url stringclasses 31
values | title stringclasses 31
values | paragraph_number stringclasses 243
values | ar stringlengths 35 7.38k | bm stringlengths 43 12.8k | syarh_bm stringlengths 0 13.9k | status stringlengths 0 167 | info stringlengths 0 48 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
https://masabih.org/mishkat/introduction | Muqaddimah Pengarang | 1 | اَلْحَمْدُ لِلَّهِ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيَّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ. | (Aku mulakan kitab ini) Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hanya kepada-Nyalah kita meminta pertolongan. Segala puji hanyasanya bagi Allah, kami senantiasa memuji Allah swt, meminta pertolongan serta keampunan daripada-Nya dan kami memohon perlindungan dengan Allah darip... | |||
https://masabih.org/mishkat/introduction | Muqaddimah Pengarang | 2 | وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ شَهَادَةً تَكُونُ لِلنَّجَاةِ وَسِيلَةً وَلِرَفْعِ الدَّرَجَاتِ كَفِيلَةً، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الَّذِي بَعَثَهُ وَطُرُقُ الْإِيْمَانِ قَدْ عَفَتْ آثَارُهَا، وَخَبَتْ أَنْوَارُهَا، وَوَهَنَتْ أَرْكَانُهَا، وَجُهِلَ مَكَانُهَا، فَشَيَّدَ صَلَوَاتُ ال... | Aku bersaksi dalam hatiku bahawa tiada yang layak disembah melainkan Allah dengan satu penyaksian yang daku saksikan dalam hatiku (dengan berkatnya itu) menjadi perantaraan kepada kejayaan (yang akan menyelamatkan daku daripada neraka) dan cukup untuk meninggikan darjat di syurga, dan aku bersaksi dalam hatiku bahawa N... | |||
https://masabih.org/mishkat/introduction | Muqaddimah Pengarang | 3 | فَإِنَّ التَّمَسُّكَ بِهَدْيِهِ لَا يَسْتَتِبُّ إِلَّا بِالِاقْتِفَاءِ لِمَا صَدَرَ مِنْ مِشْكَاتِهِ وَالِاعْتِصَامَ بِحَبْلِ اللَّهِ لَا يَتِمُّ إِلَّا بِبَيَانِ كَشْفِهِ، وَكَانَ «كِتَابُ الْمَصَابِيحِ» الَّذِي صَنَّفَهُ الْإِمَامُ مُحْيِي السُّنَّةِ، قَامِعُ الْبِدْعَةِ، أَبُو مُحَمَّدٍ الْحُسَيْنُ بْنُ مَسْعُوْدٍ ا... | Sesungguhnya berpegang kuat dengan sirah Rasulullah tidak akan berterusan melainkan dengan mengikut apa yang terbit daripada dada Baginda dan berpegang dengan tali Allah (al-Quran) tidak akan sempurna melainkan dengan penjelasan kepada al-Quran itu.
Adalah kitab al-Maṣaabiih yang dikarang o... | |||
https://masabih.org/mishkat/introduction | Muqaddimah Pengarang | 4 | وَلَمَّا سَلَكَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ طَرِيْقَ اْلِاخْتِصَارِ، وَحَذَفَ الْأَسَانِيدَ؛ تَكَلَّمَ فِيهِ بَعْضُ النُّقَّادِ، وَإِنْ كَانَ نَقْلُهُ وَإِنَّهُ مِنَ الثِّقَاتِ كَالْإِسْنَادِ، لَكِنْ لَيْسَ مَا فِيهِ اَعْلَامٌ كَاْلاَغْفَالِ، فَاسْتَخَرْتُ اللهَ، وَاسْتَوفَقْتُ مِنْهُ، فَأَعْلَمْتُ مَا أَغْفَلَهُ، فَأَْوْدَعْ... | Apabila Imam al-Baghawi telah memilih cara ringkasan dan menghilangkan kesemua sanad-sanad, sebahagian ulama telah mengkritiknya, walaupun nukilan Imam adalah seperti bersanad dan beliau adalah dalam kalangan perawi yang śiqah. Tetapi tidaklah sama sesuatu yang bertanda itu (Misykat) dengan sesuatu yang tidak bertanda ... | |||
https://masabih.org/mishkat/introduction | Muqaddimah Pengarang | 5 | وَإِنِّي إِذَا نَسَبْتُ الْحَدِيْثَ إِلَيْهِمْ كَأَنِّي أَسْنَدْتُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؛ لِأَنَّهُمْ قَدْ فَرَغُوْا مِنْهُ، وَأَغْنَوْنَا عَنْهُ. وَسَرَدْتُ الْكُتُبَ وَالْأَبْوَابَ كَمَا سَرَدَهَا، وَاقْتَفَيْتُ أَثَرَهُ فِيْهَا، وَقَسَّمْتُ كُلَّ بَابٍ غَالِبًا عَلَى فُصُوْلٍ ثَلَاثَةٍ: ... | Sesungguhnya apabila aku menisbahkan hadiś kepada mereka, seolah-olah seperti aku menyandarkan hadiś tersebut kepada Nabi kerana mereka para aimmah telah pun menyelesaikan urusan tersebut dan tidak perlu lagi untuk kita menyebut sanad-sanad tersebut. Lalu aku membawa kitab-kitab tersebut serta bab-babnya seperti cara... | |||
https://masabih.org/mishkat/introduction | Muqaddimah Pengarang | 6 | ثُمَّ إِنَّكَ إِنْ فَقَدْتَ حَدِيْثًا فِي بَابٍ؛ فَذَلِكَ عَنْ تَكْرِيْرٍ أُسْقِطُهُ وَإِنْ وَجَدْتَ آخَرَ بَعْضَهُ مَتْرُوْكًا عَلَى اخْتِصَارِهِ، أَوْ مَضْمُوْمًا إِلَيْهِ تَمَامُهُ؛ فَعَنْ دَاعِي اهْتِمَامٍ أَتْرُكُهُ وَأُلْحِقُهُ. وَإِنْ عَثَرْتَ عَلَى اخْتِلَافٍ فِي الْفَصْلَيْنِ مِنْ ذِكْرِ غَيْرِ الشَّيْخَيْنِ ف... | Kemudian, jika kamu (wahai pembaca) mendapati ada hadiś yang tiada pada satu-satu bab, ianya adalah kerana berulangnya hadis itu maka aku gugurkannya.
Jika kamu dapati ada hadiś yang sebahagiannya digugurkan dengan tujuan ikhtisar
atau yang lain terdapat tambahan untuk disempurnakan, maka ia kerana keperluan untuk di... | |||
https://masabih.org/mishkat/introduction | Muqaddimah Pengarang | 7 | وَإِنْ رَأَيْتَ اخْتِلَافًا فِي نَفْسِ الْحَدِيْثِ؛ فَذَلِكَ مِنْ تَشَعُّبِ طُرُقِ الْأَحَادِيْثِ، وَلَعَلِّي مَا اطَّلَعْتُ عَلَى تِلْكَ الرِّوَايَةِ الَّتِي سَلَكَهَا الشَّيْخُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ. وَقَلِيلًا مَا تَجِدُ أَقُوْلُ: مَا وَجَدْتُ هَذِهِ الرِّوَايَةَ فِيْ كُتُبِ الأُصُولِ أَوْ وَجَدْتُ خِلَافَهَا فِيْهَ... | Jika kamu melihat perbezaan pada hadiś itu sendiri, maka ianya kerana berbilangnya ṭariq hadiś. Berkemungkinan aku tidak mendapati riwayat yang digunakan oleh Syaikh . Sedikit sekali kamu akan dapati bahawa aku berkata, “Aku tidak dapati riwayat ini dalam kutub ul-usul (kitab-kitab yang asal), atau pun aku dapati riwa... | |||
https://masabih.org/mishkat/introduction | Muqaddimah Pengarang | 8 | وَلَمْ آلُ جُهْدًا فِي التَّنْقِيْرِ وَالتَّفْتِيْشِ بِقَدْرِ الْوُسْعِ وَالطَّاقَةِ، وَنَقَلْتُ ذَلِكَ الاِخْتِلَافَ كَمَا وَجَدْتُ. وَمَا أَشَارَ إِلَيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ مِنْ غَرِيْبٍ أَوْ ضَعِيْفٍ أَوْ غَيرِهِمَا؛ بَيَّنْتُ وَجْهَهُ غَالِبًا، وَمَا لَمْ يُشِرْ إِلَيهِ مِمَّا فِي الْأُصُولِ فَقَدْ قَفَّيتُهُ فِ... | Aku tidak mengurangkan sedikit pun usahaku dalam mengasingkan dan menyelidiki semampu mungkin dan aku menukilkan ikhtilaf tersebut seperti mana aku dapati di dalam kitab ul-Usul. Pada hadis yang diisyaratkan oleh syaikh dengan gharib atau ḍaʿif atau selainnya maka kebiasaannya aku terangkan wajahnya.
Manakala hadis... | |||
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 1 | عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: بَيْنَما نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعْرِ لَا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ وَلَا يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِ... | ‘
Umar b. al-Khattab
berkata:
Suatu hari ketika kami bersama utusan Allah, datang kepada kami seorang lelaki berpakaian sangat putih dan berambut sangat hitam. Tiada tanda perjalanan yang kelihatan padanya, dan tiada seorang pun di antara kami yang mengenalinya. Sambil duduk di samping Nabi, menyandarkan lututnya ke l... | Hadis ini dinamakan "Ummu As-Sunnah" (Ibu kepada Sunnah). Kata Ibn Daqiq Al-'Eid:
هذا حديث عظيم اشتمل على جميع وظائف الأعمال الظاهرة والباطنة، وعلوم الشريعة كلها راجعة إليه ومتشعبة منه؛ لما تضمنه من جمعه علم السنة، فهو كالأم للسُّنة؛ كما سميت الفاتحة " أم القرآن "؛ لما تضمنته من جمعها معاني القرآن
Ini adalah hadis ... | Sahih Muslim | Halaman 1, Hadis 1 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 2 | وَرَوَاهُ أَبُو هُرَيْرَة مَعَ اخْتِلَافٍ وفيه: وَإِذَا رَأَيْتَ الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الصُّمَّ الْبُكْمَ مُلُوكَ الْأَرْضِ فِي خَمْسٍ لَا يَعْلَمُهُنَّ إِلَّا اللَّهُ. ثُمَّ قَرَأَ: «إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ...» الْآيَة. متفق عليه | Sayyidina Abu Hurairah juga telah meriwayatkan hadis ini dengan sedikit perbezaan, “Apabila kamu melihat orang yang tidak berkasut lagi tidak berpakaian (yang sempurna), pekak (tidak mendengar kebaikan) lagi bisu (tidak bercakap kebaikan), (orang yang buruk begini) menjadi raja di atas muka bumi, (mereka sibuk memikirk... | Maklumat Perawi :
Abu Hurairah bin ʿAmar bin Abd zu-Syari bin Zarif bin ʿItab bin Abi Suʿb. Ibnu Ishaq menukilkan bahawa sebahagian sahabat telah berkata bahawa Sayyidina Abu Hurairah berkata, “Namaku pada zaman jahiliyyah ialah Abd us-Shams bin Sakhar lalu Baginda memberi nama kepadaku Abd ur-Rahman.” Ahli hadiś se... | Sahih Bukhari dan Muslim | Halaman 2, Hadis 2 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 3 | وَعَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ. متفق عليه | Sayyidina Ibnu ʿUmar - meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda, “Islam itu dibina di atas lima
[1]
perkara, 1. Bersaksi
[2]
bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu hamba Allah dan pesuruh-Nya, 2. mendirikan solah,
[3]
3. memberi zakat,
[4]
4. menunaikan haji dan 5. berpuasa pada bulan Ramaḍa... | Maklumat Perawi :
Abdullah bin ʿUmar bin Khattab al-Qurasyi al-ʿAdawi. Beliau memeluk Islam bersama ayahnya di Makkah sedangkan ketika itu beliau masih kecil. Hadrat Nafiʿ mengatakan bahawa Ibnu Umar berkata :
"aku dibawa kepada Baginda untuk menyertai peperangan Badar sedangkan ketika itu aku berusia 13 tahun lalu... | Sahih Bukhari dan Muslim | Halaman 3, Hadis 3 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 4 | وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ شُعْبَة فَأَفْضَلُهَا: قَولُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَدْنَاهَا: إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الْإِيمَانِ. متفق عليه | Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda, “Iman itu ada tujuh puluh lebih cabang, yang paling afḍal ialah perkataan ‘لا إله إلا الله’ dan yang paling rendah adalah membuang benda yang mengganggu jalan, dan malu itu ialah satu bahagian yang besar daripada iman.” (Muttafaq ʿalaih) | Iman ini diibaratkan sebagai sebuah pokok yang mempunyai teras dan cabang-cabangnya.
Sebagai contoh, dalam hal ikhtilaf (perselisihan pendapat) dari segi bilangan, ada riwayat mengatakan 60 lebih cabang dan riwayat yang lain 70 lebih cabang. Apabila ada percanggahan pertama kita akan tatbiq (selaraskannya), kemudian ... | Sahih Bukhari dan Muslim | Halaman 4, Hadis 4 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 5 | وَعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْـمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْـمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ هَذَا لَفْظُ الْبُخَارِيِّ وَلِمُسْلِمٍ قَالَ: إِنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ : أَيُّ الْمُسْلِمِينَ خَ... | Sayyidina ʿAbdullah bin ʿAmr - meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, “Orang Islam yang sempurna ialah orang yang apabila orang-orang Islam lain terselamat daripada (keburukan) lidah dan tangannya. Sementara muhajir yang kamil ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah .”
[1]
Ini ialah lafaz bagi Imam ... | Maklumat Perawi :
Sayyidina Abdullah bin ʿAmr bin al-ʿAas bin Waʾil bin Hasyim bin Suʿaid Abu Muhammad al-Qurasyi. Nabi mengubah nama beliau yang asal iaitu al-ʿAaṣiy. Beliau meriwayatkan hadiś daripada Nabi dan juga daripada Umar Abu Dardaʾ, Ibnu ʿAuf dan daripada ayahnya sendiri Sayyidina ʿAmr y. Antara sahabat ya... | Sahih Bukhari dan Muslim | Halaman 5, Hadis 5 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 6 | وَعَنْ أَنَسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ | Sayyidina Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Tidak sempurna iman seorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dia cintai dari bapanya, anaknya dan kesemua manusia. (Muttafaq ʿalaih) | Maklumat Perawi :
Anas bin Malik bin Nadhar bin Dhomdhom bin Zaid Abu Hamzah al-Anṣari.Beliau ialah khadim (pelayan) Rasulullah dan antara sahabat muda yang banyak meriwayatkan hadiś. Beliau wafat pada tahun 93 Hijrah.
Pengajaran Hadis
Tiga perkara disebut di sini, ia tidak dibataskan kepada tiga perkara ini d... | Sahih Bukhari dan Muslim | Halaman 6, Hadis 6 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 7 | وَعَنْه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَمَنْ أَحَبَّ عَبْدًا لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَمَنْ يَكْرَهُ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ ... | Anas meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, “Sesiapa yang mempunyai tiga perkara akan dapat merasai kemanisan iman, pertama, dia kasihkan Allah dan rasul-Nya lebih daripada segala sesuatu yang lain, kedua, dia mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah, ketiga, dia tidak suka kembali kepada kekufuran (setelah beriman) se... | Apabila tiga perkara ini didapati maka barulah kemanisan iman itu akan didapati. Tiga perkara ‘
ثلاث
’ disebut dengan nakirah tanwin lit-taʿzim, atau
‘كان تامة’
. Apabila wujud tiga perkara ini maka Allah akan merasakan seseorang itu kemanisan iman kerana iman itu manis.
Dalam hadis ditasybihkan iman dengan ben... | Sahih Bukhari dan Muslim | Halaman 7, Hadis 7 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 8 | وَعَن الْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْـمُطَّلِبِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : ذَاقَ طَعْمَ الْإِيمَانِ مَنْ رَضِيَ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا. رَوَاهُ مُسْلِمٌ | ʿAbbas bin ʿAbd ul-Muṭṭalib meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Rasulullah bersabda, “Kelazatan iman pasti dapat dirasa oleh sesiapa yang reḍa bahawa Allah sebagai Rabnya, Islam sebagai agama, dan Nabi Muhammad sebagai rasul.” (Muslim) | Hadis ini diriwayatkan oleh ʿAbbas bin ʿAbd ul-Muttalib, bapa saudara Nabi.
Makna ‘reḍa’ bahawa Allah itu sebagai Rabnya ialah yakin bahawa Allah itulah Rab, Pencipta, Penjaga, Penguasa dan segalanya bagi kita, iaitu kita tidak berhajat selain daripada Allah .
نِعۡمَ ٱلۡمَوۡلَىٰ وَنِعۡمَ ٱلنَّصِيرُ ٤٠
“Dan j... | Sahih Muslim | Halaman 8, Hadis 8 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 9 | وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَا يَسْمَعُ بِي أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ يَهُودِيٌّ وَلَا نَصْرَانِيٌّ ثُمَّ يَمُوتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ إِلَّا كَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ. رَوَاهُ مُسلم | Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Demi Zat yang jiwa Muhamad dalam genggaman-Nya, tidak mendengar seorang pun mengenai daku dalam kalangan umat ini Yahudi dan tidak juga Nasrani lalu dia mati dalam keadaan tidak beriman dengan apa yang aku diutuskan dengannya melainkan dia adalah ahli neraka” (Musl... | Hanya dengan agama Islam sahaja seseorang itu akan mendapat kejayaan.
‘والذي نفس محمد بيده’
wau qasamiyah, untuk sumpah. Apabila sesuatu sumpah dibuat dalam sesuatu percakapan maka sumpah itu untuk menguatkan percakapan tersebut.
قُلۡ إِي وَرَبِّيٓ إِنَّهُۥ لَحَقّٞۖ وَمَآ أَنتُم بِمُعۡجِزِينَ ٥٣
“Dan me... | Sahih Muslim | Halaman 9, Hadis 9 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 10 | وَعَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : ثَلَاثَةٌ لَهُمْ أَجْرَانِ: رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمَنَ بِنَبِيِّهِ وَآمَنَ بِمُحَمَّدٍ وَالْعَبْدُ الْمَمْلُوكُ إِذَا أَدَّى حَقَّ اللَّهِ وَحَقَّ مَوَالِيهِ وَرَجُلٌ كَانَتْ عِنْدَهُ أَمَةٌ يَطَؤُهَا فَأَدَّبَهَا فَأَحْسَنَ تَأْدِيبَهَا وَعَلّ... | Sayyidina Abu Musa Asyʿari (Abdullah bin Qais) meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Tiga jenis orang yang akan mendapat dua ganjaran, pertama, seorang lelaki daripada ahli kitab (sama ada Yahudi atau Nasrani) yang telah beriman dengan nabinya kemudian beriman juga dengan Muhammad , kedua ialah hamba sahaya yang ... | ‘Dua ganjaran’ adalah kebiasaan apabila dua amal dilakukan maka diberi dua ganjaran. Disebut secara khusus dalam hadis ini adalah kerana untuk melakukan dua pekerjaan ini secara serentak adalah susah.
‘Ahli kitab’ mereka telah beriman dengan seorang nabi, Yahudi beriman dengan Nabi Musa dan Nasrani beriman dengan... | Sahih Bukhari dan Muslim | Halaman 10, Hadis 10 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 11 | وَعَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلَّا بِحَقِّ الْإِسْلَامِ وَحِسَابُه... | Sayyidina Ibnu ʿUmar - meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku diperintahkan bahawa aku memerangi manusia (orang-orang yang bukan Islam) sehingga mereka bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solah dan menunaikan zakat. Apabila mereka melakukan demikian, maka mere... | ‘Aku diperintahkan’ zahirnya hukum ini adalah daripada Allah . Hukumnya adalah untuk memerangi musyrikin kufar sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solah dan menunaikan zakat.
Daripada hadis ini difahami bahawa orang kafir itu perl... | Sahih Bukhari dan Muslim | Halaman 11, Hadis 11 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 12 | وَعَن أَنَسٍ أَنَّهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : مَنْ صَلَّى صَلَاتَنَا وَاسْتَقْبَلَ قِبْلَتَنَا وَأَكَلَ ذَبِيحَتَنَا فَذَلِكَ الْـمُسْلِمُ الَّذِي لَهُ ذِمَّةُ اللَّهِ وَذِمَّةُ رَسُولِهِ فَلَا تُخْفِرُوا اللَّهَ فِي ذِمَّتِه. رَوَاهُ البُخَارِيّ | Sayyidina Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda, “Barang siapa yang bersolat dengan solat kita dan menghadap ke arah qiblat kita dan memakan sembelihan kita maka dia dikira sebagai seorang muslim yang baginya perlindungan Allah dan perlindungan Rasul-Nya maka janganlah kamu mengkhianati (perjanjian dengan... | Mereka yang melakukan tiga perkara ini iaitu makna umumnya merujuk kepada mereka yang melakukan amalan Islam yang zahir pada pandangan kasar maka dia akan dianggap sebagai seorang muslim. Pada kawasan pemerintahan kuffar dan seseorang melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kuffar maka dia akan dianggap orang Isla... | Sahih Bukhari | Halaman 12, Hadis 12 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 13 | وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: أَتَى أَعْرَابِيٌّ النَّبِيَّ فَقَالَ: دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ دَخَلْتُ الْجَنَّةَ. قَالَ: تَعْبُدُ اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ الْـمَكْتُوبَةَ وَتُؤَدِّي الزَّكَاةَ الْـمَفْرُوضَةَ وَتَصُومُ رَمَضَانَ. قَالَ: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا أَ... | Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa seorang Arab kampung datang bertemu Nabi lantas berkata, “Beritahulah kepadaku sesuatu amalan (yang besar) yang apabila aku melakukannya maka aku akan memasuki syurga.” Nabi bersabda, “Beribadahlah kamu kepada Allah, jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu, dirikanlah solah ... | ‘أعرابي’ orang Arab kampung, orang yang kehidupannya mudah dan biasa. Dalam hadis ini, lelaki kampung ini telah mengajukan satu soalan besar kepada Baginda Nabi.
Asal bagi memasukkan seseorang itu memasuki syurga ialah ihsan dan rahmat Allah. Amalan itu hanyalah sebab-sebab zahir sahaja. Ada si abid yang beribada... | Sahih Bukhari dan Muslim | Halaman 13, Hadis 13 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 14 | وَعَن سُفْيَانَ بْنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِيّ قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ قُلْ لِي فِي الْإِسْلَامِ قَوْلًا لَا أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا بَعْدَكَ وَفِي رِوَايَةٍ: غَيْرَكَ قَالَ: قُلْ: آمَنْتُ بِاللَّه ثُمَّ اسْتَقِم. رَوَاهُ مُسلم | Sayyidina Sufyan bin ʿAbdullah Śaqafi berkata bahawa saya telah bertanya kepada Nabi , “Ya Rasulullah, beritahulah kepadaku satu amalan (yang lengkap) dalam Islam yang saya tidak perlu bertanya tentang hal itu kepada sesiapa pun selepas tuan,” dalam riwayat yang lain, “selain tuan.” Baginda bersabda, “Katakanlah oleh... | Sufyan bin Abdullah bin Rabiʿah bin Harś Abu ʿAmar as-Śaqafi.Beliau ialah sahabat Rasulullah . Beliau dilantik sebagai amil di Ṭaif pada zaman khalifah ʿUmar. Beliau meriwayatkan hadiś daripada Nabi dan Sayyidina Umar. Antara yang meriwayatkan hadiś daripada beliau ialah anak beliau sendiri iaitu ʿAṣim bin Sufyan bin A... | Sahih Muslim | Halaman 14, Hadis 14 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 15 | وَعَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَهْلِ نَجْدٍ ثَائِرُ الرَّأْسِ نَسْمَعُ دَوِيَّ صَوْتِهِ وَلَا نَفْقَهُ مَا يَقُولُ حَتَّى دَنَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا هُوَ يَسْأَلُ عَنِ الْإِسْلَامِ فَقَالَ... | Sayyidina Ṭalhah bin ʿUbaidullah berkata, “Telah datang seorang lelaki dari Najd untuk bertemu Rasulullah , kusut masai rambutnya. Kami mendengar deruan suaranya tetapi kami tidak faham apa-apa yang dia katakan (kerana jarak yang jauh) sehingga dia hampir baru kami fahami bahawa dia bertanya tentang Islam. Nabi menja... | Talhah bin Ubaidullah bin Uśman bin Amar bin Kaab Abu Muhammad al-Qurasyi at-Taimi. Beliau ialah sahabat Rasulullah. Beliau ialah salah seorang daripada lima sahabat yang masuk Islam di tangan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dan juga salah seorang ʿasyarah mubassyarah (sepuluh orang yang dijamin syurga). Nama ibu beliau... | Sahih Bukhari dan Muslim | Halaman 15, Hadis 15 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 16 | وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: إِنَّ وَفْدَ عَبْدِ الْقَيْسِ لَمَّا أَتَوُا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنِ الْقَوْمُ؟ أَوْ: مَنِ الْوَفْدُ؟ قَالُوا: رَبِيعَةُ. قَالَ: مَرْحَبًا بِالْقَوْمِ أَوْ: بِالْوَفْدِ غَيْرَ خَزَاي... | Sayyidina Ibn ʿAbbas meriwayatkan bahawa ketika rombongan ʿAbd ul-Qais telah datang kepada Nabi, baginda telah bersabda, “Siapakah kaum ini?” atau “Rombongan manakah ini?” Lalu mereka menjawab, “Kaum Rabiʿah.” Baginda bersabda “Selamat datang kepada rombongan atau kaum tersebut, tanpa kehinaan (bukan datang sebagai taw... | Rombongan Qabilah Abd Qais telah datang kepada Nabi sebanyak dua kali, pada tahun keenam hijrah seramai 13 hingga 14 orang dan pada kelapan atau kesembilan hijrah seramai 30 hingga 40 orang. Wufud ialah jamak kepada wafid maknanya ialah tetamu daripada luar.
Kebiasaannya qabilah-qabilah yang masuk Islam akan datang k... | Sahih Bukhari dan Muslim | Halaman 16, Hadis 16 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 17 | وَعَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ وَحَوْلَهُ عِصَابَةٌ مِنْ أَصْحَابِهِ: بَايِعُونِي عَلَى أَنْ لَا تُشْرِكُوا بِاللَّهِ شَيْئًا وَلَا تَسْرِقُوا وَلَا تَزْنُوا وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ وَلَا تَأْتُوا بِبُهْتَانٍ تَفْتَرُونَهُ بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَأَرْجُلِكُمْ وَلَا تَعْصُوا فِي مَع... | Sayyidina ʿUbadah bin Ṣamit meriwayatkan sesungguhnya Rasulullah bersabda sedangkan di sisi Baginda ada sekumpulan sahabat, “Berbaiʾahlah kamu kepadaku bahawa kamu jangan menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, jangan mencuri, jangan berzina, jangan membunuh anak-anak kamu (kerana takut miskin), jangan kamu sengaja... | ʿUbadah bin Ṣamit bin Qais bin Aṣram bin Fahr bin Qais bin Śaʿlabah al-Anṣari. Beliau juga banyak meriwayatkan hadiś daripada Nabi . Antara yang meriwayatkan hadiś daripada beliau ialah Abu Umamah, Anas, Jabir dan ramai lagi. Beliau wafat pada tahun 34 Hijrah di Bait ul-Maqdis.
‘Baiʿah’ diperingkat awal digunakan un... | Sahih Bukhari dan Muslim | Halaman 17, Hadis 17 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 18 | وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ فِي أَضْحًى أَوْ فِطْرٍ إِلَى الْمُصَلَّى فَمَرَّ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ فَإِنِي أُرِيتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ فَقُلْنَ وَبِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ مَا رَأَيْت... | Sayyidina Abu Saʿid al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah telah keluar pada hari raya ʿId il-Aḍha atau ʿId il-fitri ke tempat solat. Maka baginda telah lalu berdekatan dengan wanita-wanita lalu Baginda bersabda, “Wahai kaum wanita sekalian! Bersedekahlah, sesungguhnya aku diperlihatkan bahawa kebanyakkan kamu ialah... | Nabi keluar untuk solat ʿId il-fitr atau ʿId il-Aḍha, ini ialah syak daripada rawi. Nabi keluar untuk solat hari raya dimusalla, oleh sebab itu mazhab Imam Abu Hanifah solat sunat hari raya afdalnya dilakukan dipadang. Bagi mazhab Syafiʿi afdalnya dimasjid. Apabila keluar Nabi melalui sekumpulan wanita, mereka ini sama... | Sahih Bukhari dan Muslim | Halaman 18, Hadis 18 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 19 | وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ قَالَ اللَّهُ كَذَّبَنِي ابْنُ آدَمَ وَلم يَكُن لَهُ ذَلِكَ وَشَتَمَنِي وَلم يَكُن لَهُ ذَلِكَ فَأَمَّا تَكْذِيبُهُ إيَّايَ فَقَوْلُهُ لَنْ يُعِيدَنِيْ كَمَا بَدَأَنِي وَلَيسَ أَوَّلُ الْخَلْقِ بِأَهْوَنَ عَلَيَّ مِنْ إِعَادَتِهِ وَأَمَّا شَتْمُهُ إيَّايَ فَقَوْلُه... | Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda Allah berfirman, “Anak Adam telah membohongi Daku sedangkan tidak sepatutnya dia melakukan begitu dan anak Adam telah mencela Daku sedangkan tidak sepatutnya dia melakukan begitu. Adapun pembohongannya kepada-Ku bahawa mereka berkata, “Allah mengambil anak... | Hadis ini dinamakan hadis qudsi. Hadis Nabi yang Baginda naqalkannya daripada firman Allah . Al-Quran makna dan lafaznya daripada Allah. Hadis ialah perkataan Nabi . Hadis Qudsi maknanya daripada Allah dan lafaznya daripada Nabi.
Allah berfirman ‘كذبني ابن آدم’ anak Adam membohongi Daku sedangkan tidak sepatutnya... | Sahih Bukhari | Halaman 19, Hadis 19 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 20 | وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسلم: قَالَ اللَّهُ تَعَالَى: يُؤْذِينِي ابْنُ آدَمَ يَسُبُّ الدَّهْرَ وَأَنَا الدَّهْرُ بِيَدِيَ الْأَمْرُ أُقَلِّبُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ. متفق عليه | Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Allah berfirman, “Anak Adam menyakiti-Ku mereka mencela masa, sedangkan Akulah (yang mencipta dan mengawal) masa dan segala urusan hanya dalam tangan-Ku. Aku menukarkan malam dan siang. (Muttafaq ʿalaih) | Anak adam bercakap dengan sesuatu yang menyalahi kemuliaan Allah. Mereka berkata, “Oh, zaman sudah tidak betul.” “Zaman telah menyusahkan kita.”
Di dunia ada dua jenis manusia, 1. Orang yang tidak percaya kepada Allah langsung, kepercayaan mereka kepada zaman dan masa. 2. Orang Islam yang beriman tetapi hidup dal... | Sahih Bukhari dan Muslim | Halaman 20, Hadis 20 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 21 | وَعَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا أَحَدٌ أَصْبَرُ عَلَى أَذًى يَسْمَعُهُ مِنَ اللَّهِ يَدْعُونَ لَهُ الْوَلَدَ ثُمَّ يُعَافِيهِمْ وَيَرْزُقُهُمْ. متفق عليه | Sayyidina Abu Musa Asyʿari meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Tiada zat yang lebih bersabar dengan keburukan apa yang dia dengari lebih daripada Allah. Mereka (manusia) mendakwa Allah itu mempunyai anak, kemudian Allah masih memberi ʿafiah (kesejahteraan) dan memberi kepada mereka rezeki. (Muttafaq ʿalaih) | Tiada siapa di dunia ini yang lebih sabar daripada Allah setelah mendengar kenyataan dan percakapan yang menyakiti Allah . Pada hakikatnya, Maha Suci Allah daripada terkesan dengan apa-apa pun, maksud nisbah sabar kepada Allah di sini ialah natijah. Apabila ada yang menyakiti Allah , Allah tidak terus mengazab orang it... | Sahih Bukhari dan Muslim | Halaman 22, Hadis 22 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 22 | وَعَن مُعَاذٍ رَضِي الله عَنهُ قَالَ كُنْتُ رِدْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى حمَارٍ لَيْسَ بَيْنِي وَبَيْنَهُ إِلَّا مُؤْخِرَةُ الرَّحْلِ فَقَالَ يَا معَاذُ هَل تَدْرِي مَا حَقُّ اللَّهِ عَلَى عِبَادِهِ وَمَا حَقُّ الْعِبَادِ عَلَى اللَّهِ؟ قُلْتُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ فَإِنَّ حَقّ... | Sayyidina Muʿaz berkata, “Aku membonceng di belakang Nabi di atas seekor keldai dan tiada pemisah di antara aku dan Baginda melainkan pelana lalu Nabi bersabda, “Wahai Muʿaz, adakah kamu mengetahui tanggungjawab hamba kepada Allah dan apakah hak Allah ke atas hamba.” Aku berkata, “Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui.”... | Kehidupan Nabi adalah kehidupan yang sederhana. Sepatutnya sebagai seorang nabi Baginda menunggang binatang yang megah sesuai dengan kedudukan Baginda. Tetapi Baginda berpada dengan menunggang apa sahaja yang ada. Menunggang keldai di sini tidaklah bercanggah dengan kedudukan Nabi. Dapat diketahui di sini bahawa menung... | Sahih Bukhari dan Muslim | Halaman 23, Hadis 23 |
https://masabih.org/mishkat/kitab-iman | Kitab Iman | 23 | وَعَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمُعَاذٌ رَدِيفُهُ عَلَى الرَّحْلِ قَالَ يَا مُعَاذُ قَالَ لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَسَعْدَيْكَ قَالَ يَا مُعَاذُ قَالَ لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَسَعْدَيْكَ قَالَ يَا مُعَاذُ قَالَ لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَسَعْدَيْكَ ثَلَاثًا قَالَ مَ... | Sayyidina Anas bin Malik meriwayatkan bahawa sesungguhnya pada suatu kali Rasulullah berada di atas tunggangannya sedangkan Sayyidina Muʿaz membonceng di belakang. Baginda bersabda, “Wahai Muʿaz.” Jawab beliau, “لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللهِ وَسَعْدَيْكَ” “Saya hadir wahai Rasulullah.” Kemudian Rasulullah bersabda lagi... | Nabi ﷺ memanggil Mu'adh dan mengulangi panggilan itu
tiga kali
, sebagai penekanan terhadap pentingnya pesan tersebut baginya. Mu'adh رضي الله عنه menjawab dengan berkata, "Saya di sini, wahai Rasulullah, untuk mengikuti perintahmu."
Ini menunjukkan respons segera terhadap panggilan dan kesiapan untuk melaksanakan pe... | Sahih Bukhari dan Muslim | Halaman 24, Hadis 24 |
End of preview. Expand in Data Studio
YAML Metadata Warning:empty or missing yaml metadata in repo card
Check out the documentation for more information.
Mishkat al-Masabih from masabih.org
Scraping code: https://github.com/mesolitica/malaysian-dataset/blob/master/crawl/masabih.org/scrape_mishkat_al_masabih.py
- Downloads last month
- 3