url stringlengths 28 237 | headline stringlengths 6 180 | content sequence |
|---|---|---|
https://alhijrahnews.com/bayi-perempuan-ditinggalkan-di-kedai-makan/ | BAYI PEREMPUAN DITINGGALKAN DI KEDAI MAKAN | [
"KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditinggalkan di dalam sebuah beg di kawasan kedai makan di Pangsapuri Sri Rakyat, Bandar Baru Bukit Jalil, Ahad lepas.",
"Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata bayi berusia kira-kira dua bulan itu ditemukan orang awam pada 10.49 pagi sebe... |
https://alhijrahnews.com/suami-isteri-maut-kereta-dinaiki-terbabas/ | SUAMI ISTERI MAUT KERETA DINAIKI TERBABAS | [
"KAMPAR: Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas di KM 292.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini tengah malam tadi.",
"Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad Nazri Daud berkata pihaknya menerima maklumat dari orang awam berkaitan kejadian melibatkan Tsia Kwai Weng, 61, ... |
https://alhijrahnews.com/nelayan-liwat-isteri-dipenjara-dan-sebat/ | NELAYAN LIWAT ISTERI DIPENJARA DAN SEBAT | [
"IPOH : Seorang nelayan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tujuh pertuduhan mengurung, melakukan seks luar tabii dan serangan seksual terhadap isterinya serta memiliki video cakera padat (VCD) lucah, pertengahan April lalu.",
"Tertuduh berusia 36 tahun dari... |
https://alhijrahnews.com/kabinet-dibentuk-segera-selepas-ambil-pandangan-semua-parti-kerajaan/ | KABINET DIBENTUK SEGERA SELEPAS AMBIL PANDANGAN SEMUA PARTI KERAJAAN | [
"PETALING JAYA: Pembentukan Kabinet kerajaan perpaduan akan dibuat secepat mungkin selepas mengambil kira pandangan daripada semua parti dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"Beliau berkata perkara itu harus diteliti memandangkan saiz Kabinet dalam kerajaan perpaduan akan dikecilkan.",... |
https://alhijrahnews.com/keluarga-mangsa-banjir-di-pahang-terima-bantuan-rm500/ | KELUARGA MANGSA BANJIR DI PAHANG TERIMA BANTUAN RM500 | [
"KUANTAN: Tanda prihatin terhadap nasib mangsa banjir di Pahang, kerajaan negeri bersetuju menyumbangkan Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 kepada setiap Ketua Isi Rumah yang terjejas banjir.",
"Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, empat kategori mangsa banjir akan menerima bantua... |
https://alhijrahnews.com/pkp-pergerakan-antara-negeri-1-hingga-3-mei/ | PKP: PERGERAKAN ANTARA NEGERI 1 HINGGA 3 MEI | [
"KUALA LUMPUR: Orang ramai yang hendak melakukan pergerakan antara negeri untuk tujuan yang dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu membuat permohonan melalui aplikasi ‘Gerak Malaysia’ bermula esok (26 April).",
"Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata mer... |
https://alhijrahnews.com/perbezaan-waktu-berbuka-di-burj-khalifah/ | Perbezaan waktu berbuka di Burj Khalifah | [
"DUBAI – Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal di Emiriah Arab \nBersatu (UAE) meminta semua penduduk di Burj Khalifa setinggi 163 \ntingkat dan bangunan pencakar langit lain untuk mengambil perhatian \nterhadap perbezaan waktu berbuka puasa yang bergantung kepada tingkat \nkediaman mereka.",
"Jabatan tersebu... |
https://alhijrahnews.com/jumlah-kes-aktif-di-rembau-naik-mendadak/ | JUMLAH KES AKTIF DI REMBAU NAIK MENDADAK | [
"KUALA LUMPUR: Jumlah kes aktif COVID-19 di Daerah Rembau, Negeri Sembilan meningkat secara mendadak semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).",
"Berdasarkan infografik CPRC yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM hari ini, jumlah kes... |
https://alhijrahnews.com/lembah-klang-beralih-ke-fasa-2-ppn-bermula-10-september/ | LEMBAH KLANG BERALIH KE FASA 2 PPN BERMULA 10 SEPTEMBER | [
"KUALA LUMPUR: Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), bermula Jumaat ini (10 September).",
"Perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang ... |
https://alhijrahnews.com/masjid-tersilap-laung-azan-awal-tiga-minit-puasa-kariah-terbatal/ | MASJID TERSILAP LAUNG AZAN AWAL TIGA MINIT, PUASA KARIAH TERBATAL | [
"KUALA LUMPUR: Masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak mengakibatkan berlaku kesilapan laungan azan Maghrib tiga minit sebelum waktu sebenar.",
"Nazir Masjid Al-Khairiyah, Wan Nawawi berkata kejadian kesilapan itu berlaku kelmarin dan kariah masjid yang bergantun... |
https://alhijrahnews.com/pkpp-dilanjutkkan-hingga-31-disember-2020/ | PKPP DILANJUTKKAN HINGGA 31 DISEMBER 2020 | [
"KUALA LUMPUR: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang tamat pada 31 Ogos ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.",
"Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan itu demi kepentingan kesihatan rakyat negara ini susulan penularan wabak COVID-19 yang masih belum reda di Malaysia.",... |
https://alhijrahnews.com/pm-anwar-yakin-kerajaan-perpaduan-terus-kukuh-kekal/ | PM ANWAR YAKIN KERAJAAN PERPADUAN TERUS KUKUH, KEKAL | [
"SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya akan terus kukuh dan kekal bertahan dalam tempoh lima tahun akan datang.",
"Dalam ucapan sulung sebagai perdana menteri pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 di sini, Anwar, yang juga Pres... |
https://alhijrahnews.com/malaysia-baharu-rakyat-bukan-mahu-perubahan-tempel-tempelan/ | Malaysia Baharu: Rakyat bukan mahu perubahan ‘tempel-tempelan’ | [
"MELAKA – Dalam era Malaysia Baharu rakyat bukan mahukan kerajaan membuat perubahan bersifat ‘tempel-tempelan’, sebaliknya rakyat mahukan perubahan yang memberi kesan substantif terhadap kehidupan mereka.",
"Menteri\n Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata rakyat tidak \nmahu sebuah kerajaan yan... |
https://alhijrahnews.com/world-quranhour-bertemakan-dunia-bersujud-26-april-ini-tv-alhijrah-penyiar-utama/ | WORLD #QURANHOUR BERTEMAKAN ‘DUNIA BERSUJUD’ 26 APRIL INI, TV ALHIJRAH PENYIAR UTAMA | [
"KUALA LUMPUR: World #QuranHour (WQH) kali ke-7, edisi 1443H/2022 bertemakan ‘Dunia Bersujud’ anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dengan kerjasama dan sokongan rakan Sinergi Media Malaysia akan diadakan secara langsung pada 26 April ini.",
"WUIF dalam kenyataan hari ini memaklumkan WQH berkenaan merupakan... |
https://alhijrahnews.com/dua-kapal-tangki-saudi-disabotaj-di-luar-pantai-uae/ | Dua kapal tangki Saudi disabotaj di luar pantai UAE | [
"RIYADH – Dua kapal tangki minyak\nmentah milik Arab Saudi adalah antara empat kapal yang disabotaj di luar pantai\nEmiriah Arab Bersatu (UAE) pagi semalam di tengah-tengah konflik antara Amerika\nSyarikat (AS) dan Iran yang sedang meningkat.",
"Riyadh memaklumkan kejadian\nserangan itu telah menyebabkan kerosaka... |
https://alhijrahnews.com/raba-wanita-tempatan-warga-asing-dicekup/ | RABA WANITA TEMPATAN, WARGA ASING DICEKUP | [
"IPOH: Polis hari ini menahan seorang lelaki warga asing disyaki mencabul kehormatan seorang wanita dalam satu kejadian di tapak pasar malam Taman Perpaduan, di sini semalam.",
"Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata, suspek berusia 20 tahun itu ditahan selepas menerima laporan daripada mangsa berusia ... |
https://alhijrahnews.com/agong-permaisuri-sukacita-dapat-sempurnakan-impian-dekati-rakyat-sabah-sarawak/ | AGONG, PERMAISURI SUKACITA DAPAT SEMPURNAKAN IMPIAN DEKATI RAKYAT SABAH, SARAWAK | [
"KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan sukacita dan syukur kerana dapat menyempurnakan impian mendekati rakyat Sabah dan Sarawak menerusi program Kembara Kenali Borneo yang berakhir se... |
https://alhijrahnews.com/beberapa-kawasan-di-shah-alam-meru-dilanda-banjir-kilat/ | BEBERAPA KAWASAN DI SHAH ALAM, MERU DILANDA BANJIR KILAT | [
"SHAH ALAM: Dianggarkan sebanyak 20 rumah terjejas ekoran banjir kilat di Kampung Budiman, Puncak Alam di sini berikutan hujan lebat sejak kira-kira 3 petang tadi. ",
"Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata banjir kilat itu susulan hujan lebat dan berlaku limpahan air daripada longk... |
https://alhijrahnews.com/kanak-kanak-perempuan-12-tahun-dirogol-lima-lelaki/ | KANAK-KANAK PEREMPUAN 12 TAHUN DIROGOL LIMA LELAKI | [
"DUNGUN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol lima lelaki di Felda Ketengah Jaya, 29 September lalu.",
"Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata, kesemua suspek yang berusia 16 hingga 23 tahun itu berjaya ditahan awal pagi tadi susulan laporan ... |
https://alhijrahnews.com/belum-masanya-isi-kekosongan-ceo-abm-chong-wei/ | BELUM MASANYA ISI KEKOSONGAN CEO ABM – CHONG WEI | [
"PETALING JAYA: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berkata beliau belum memikirkan soal mengisi kekosongan selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Badminton Malaysia (ABM) bagi menggantikan Michelle Chai yang meletakkan jawatan baru-baru ini.",
"Chong Wei berkata selaku pemain yang telah mencurahka... |
https://alhijrahnews.com/tpp-tidak-jejas-penyatuan-asean/ | TPP TIDAK JEJAS PENYATUAN ASEAN | [
"KUALA LUMPUR, 1 Jun – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tidak akan menjejaskan penyatuan ASEAN sebagai satu komuniti tunggal, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.\nBeliau berkata terdapat banyak perbincangan yang dijalankan dalam kalangan negara ASEAN bagi menyeba... |
https://alhijrahnews.com/hancur-tangan-pecah-gegendang-telinga-akibat-mercun-buatan-sendiri/ | HANCUR TANGAN, PECAH GEGENDANG TELINGA AKIBAT MERCUN BUATAN SENDIRI | [
"GUA MUSANG: Seorang lelaki cedera parah selepas mercun buatan sendiri menggunakan botol cecair rokok elektronik (vape) meletup di tangannya, di rumahnya Kampung Batu Papan, di sini semalam.",
"Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo berkata, kejadian melibatkan mangsa berusia 23 tahun yang sedang merai... |
https://alhijrahnews.com/kkm-sedia-teliti-cadangan-tetapkan-harga-ubat-bekalan-farmasi/ | KKM SEDIA TELITI CADANGAN TETAPKAN HARGA UBAT, BEKALAN FARMASI | [
"KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan bersedia meneliti cadangan untuk menetapkan satu penanda aras bagi harga ubat dan bekalan farmasi pada masa hadapan.",
"Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata cadangan yang disifatkan baik itu perlu diberi perhatian bagi memastikan kos dan perbelanjaan kesihatan d... |
https://alhijrahnews.com/13433-2/ | KES INFLUENZA: SEGERA ATASI KEKURANGAN UBAT | [
"SHAH ALAM: Pemuda Pas Selangor menggesa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mengambil langkah segera dalam mengatasi isu perbekalan ubat yang berkurangan ketika negara kini sedang berdepan dengan peningkatan kes influenza.",
"Ketuanya, Hanafi Zulkapli berkata, walaupun pendedahan mengenai kekurangan perbeka... |
https://alhijrahnews.com/kesatuan-ulama-sedunia-rujukan-antarabangsa-dalam-maqasid-syariah-mujahid/ | KESATUAN ULAMA SEDUNIA RUJUKAN ANTARABANGSA DALAM MAQASID SYARIAH: MUJAHID | [
"PUTRAJAYA: Malaysia sedia menjadikan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) Prof Sheikh Dr Ahmad al-Raysuni sebagai rujukan antarabangsa dalam melaksanakan pentadbiran berteraskan Maqasid Syariah di negara ini.",
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata selain pemikiran yang jel... |
https://alhijrahnews.com/dakwaan-mahu-jatuhkan-kerajaan-usjt-bukit-aman-akan-siasat-abdul-hadi-polis/ | DAKWAAN MAHU JATUHKAN KERAJAAN, USJT BUKIT AMAN AKAN SIASAT ABDUL HADI – POLIS | [
"KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) sedang berusaha menjatuhkan kerajaan, akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.",
"Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya telah menerima l... |
https://alhijrahnews.com/saya-tidak-boleh-tidur-lihat-banyak-mayat-kanak-kanak-kata-penggali-kubur-di-gaza/ | “SAYA TIDAK BOLEH TIDUR LIHAT BANYAK MAYAT KANAK-KANAK”, KATA PENGGALI KUBUR DI GAZA | [
"BANDARAYA GAZA: Menggali kubur besar menjadi satu-satunya penyelesaian bagi penduduk Gaza yang berdepan peningkatan jumlah kematian akibat serangan Israel sejak lebih sebulan yang lepas.",
"Penggali kubur, Saadi Baraka, 63, berkata kebanyakan mereka yang terkorban ialah kanak-kanak dan wanita. ",
"Baraka berka... |
https://alhijrahnews.com/lelaki-anjur-kenduri-nikah-dikompaun-rm4000/ | LELAKI ANJUR KENDURI NIKAH DIKOMPAUN RM4,000 | [
"ALOR SETAR: Seorang lelaki dikompaun RM4,000 kerana menganjurkan kenduri pernikahan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).",
"Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, lelaki berusia 58 tahun itu menganjurkan kenduri serta menjemput orang ramai ... |
https://alhijrahnews.com/masjidil-haram-guna-ai-pastikan-operasi-menjelang-ramadan-lancar/ | MASJIDIL HARAM GUNA AI, PASTIKAN OPERASI MENJELANG RAMADAN LANCAR | [
"MAKKAH: Masjidil Haram mula menggunakan sepenuhnya aplikasi kecerdasan buatan (AI) termaju untuk melancarkan operasi menerima kunjungan jemaah pada Ramadan tahun 1444 Hijrah ini.",
"Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Dr Abdulrahman Al Sudais berkata usaha pemodenan terhadap pelan operasi terbe... |
https://alhijrahnews.com/kebenaran-ibadah-umrah-akan-dibawa-ke-kabinet-ahmad-marzuk/ | KEBENARAN IBADAH UMRAH AKAN DIBAWA KE KABINET – AHMAD MARZUK | [
"KUALA LUMPUR: Bermula 1 November ini, Arab Saudi akan membenarkan umat Islam dari luar negara itu untuk mengerjakan ibadah umrah.",
"Oleh yang demikian kebenaran menunaikan ibadah itu membabitkan jemaah Malaysia akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat untuk dibincangkan.",
"Lapor Berita Harian, Ti... |
https://alhijrahnews.com/malaysia-mengecam-jenaka-keterlaluan-pelawak-singapura/ | MALAYSIA MENGECAM JENAKA KETERLALUAN PELAWAK SINGAPURA | [
"PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengecam tindakan pelawak Singapura, Jocelyn Chia yang mempersenda dan memperlekeh tragedi yang pernah melanda Malaysia.",
"Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tindakan pelawak itu langsung tidak menunjukkan rasa sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia d... |
https://alhijrahnews.com/31600-bakal-haji-digesa-segera-jawab-surat-tawaran-th/ | 31,600 BAKAL HAJI DIGESA SEGERA JAWAB SURAT TAWARAN – TH | [
"KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menggesa 31,600 bakal haji supaya segera menjawab surat tawaran haji bagi musim 1444H/2023M yang dikeluarkan kepada mereka, bermula 22 Mac lepas.",
"Pengarah Eksekutif Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pihaknya memohon kerjasama semua bakal haji tahun ini... |
https://alhijrahnews.com/rm10-bilion-boleh-diselamatkan-daripada-kebocoron-sistem-perolehan-kerajaan/ | RM10 BILION BOLEH DISELAMATKAN DARIPADA KEBOCORAN SISTEM PEROLEHAN KERAJAAN | [
"PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara boleh melakukan penjimatan sehingga RM10 bilion daripada kebocoran yang berlaku dalam sistem perolehan kerajaan.",
"Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kebocoran boleh dihentikan sekiranya amalan rasuah dibanteras di semua peringkat termasuk... |
https://alhijrahnews.com/persiapan-ibadah-menuju-era-endemik/ | PERSIAPAN IBADAH MENUJU ERA ENDEMIK | [
"Oleh: Muhammad Ammar Harith Idris",
"Secara asasnya, menjadi kewajipan bagi Muslim untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT tanpa mengira tempat dan masa. Hal ini dijelaskan menerusi firman Allah Ta’ala dalam surah Az-Zariyat, ayat 56 yang menyebut bahawa hakikat penciptaan manusia ke dunia ini adalah untuk berib... |
https://alhijrahnews.com/covid-19-jumlah-jangkitan-baharu-turun-kepada-8574-kes/ | COVID-19: JUMLAH JANGKITAN BAHARU TURUN KEPADA 8,574 KES | [
"KUALA LUMPUR: Jumlah kes COVID-19 hari ini turun di bawah 9,000 dengan mencatatkan 8,574 kes.",
"Tiga hari berturut-turut sebelum ini Malaysia mencatatkan kes harian lebih 9,000 dengan pada 10 Julai negara merekodkan jumlah jangkitan baharu terbanyak dengan 9,353 kes.",
"Selangor kekal menyumbang kes terbanyak... |
https://alhijrahnews.com/dua-kanak-kanak-lemas-seorang-lelaki-hilang-ketika-mandi-di-pantai-bagan-lalang/ | DUA KANAK-KANAK LEMAS, SEORANG LELAKI HILANG KETIKA MANDI DI PANTAI BAGAN LALANG | [
"PUTRAJAYA: Dua kanak-kanak perempuan lemas manakala seorang lelaki berusia lingkungan 30-an hilang ketika mandi di Pantai Bagan Lalang, Selangor, hari ini.",
"Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 2.... |
https://alhijrahnews.com/50-khemah-bazar-aidilfitri-rosak-diterbangkan-ribut/ | 50 KHEMAH BAZAR AIDILFITRI ROSAK DITERBANGKAN RIBUT | [
"KULIM: Lebih 50 khemah pelbagai saiz di tapak karnival jualan Aidilfitri di Padang Serai, di sini, rosak akibat ribut, petang semalam.",
"Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu, barangan jualan peniaga-peniaga di bazar tersebut turut rosak selain beberapa kenderaan dihempap khemah yang terbalik.",
"Menur... |
https://alhijrahnews.com/remaja-bertemu-ajal-selepas-berbuka-puasa/ | REMAJA BERTEMU AJAL SELEPAS BERBUKA PUASA | [
"HULU SELANGOR: Seorang remaja maut akibat cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 34 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, di sini malam tadi.",
"Difahamkan mangsa sedang dalam perjalanan ke kedai telefon untuk membaiki telefon bimbitnya selepas berbuka puasa.",
"Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ah... |
https://alhijrahnews.com/jabatan-peguam-negara-nafi-pendakwaan-terhadap-muhammad-sanusi-bermotif-politik/ | JABATAN PEGUAM NEGARA NAFI PENDAKWAAN TERHADAP MUHAMMAD SANUSI BERMOTIF POLITIK | [
"KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara menafikan dakwaan wujudnya pendakwaan terpilih, bermotif politik dan penganiayaan terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan mengikut peruntukan undang-undang.",
"Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa keputusan untuk mengenakan... |
https://alhijrahnews.com/dapur-itam-erat-hubungan-masjid-dan-anak-kariah/ | DAPUR IT’AM: ERAT HUBUNGAN MASJID DAN ANAK KARIAH | [
"Program Dapur It’am anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bukan hanya bantu golongan asnaf, kelompok B40 dan petugas frontliners. Ia juga bantu mengeratkan hubungan masjid dengan anak kariah sepanjang Ramadan. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/dua-sahabat-edar-dadah-gantung-sampai-mati/ | DUA SAHABAT EDAR DADAH, GANTUNG SAMPAI MATI | [
"KUALA TERENGGANU: Dua sahabat dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis ‘methamphetamine’ seberat 626.6 gram, 3 tahun lalu.",
"Hukuman dijatuhkan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed terhadap Mohd Shazril Hafez Ibrahim dan Ahmad Sawal R... |
https://alhijrahnews.com/mais-tutup-operasi-sejajar-perintah-kawalan-pergerakan/ | MAIS TUTUP OPERASI SEJAJAR PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN | [
"KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan menutup operasi bermula esok hingga 31 Mac 2020, kecuali Operasi di Baitul Iman, Baitul Ehsan dan Baitul Islah, Bahagian Pemulihan Ar-Riqab selaras Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa esok.",
"“Perkhidmatan atas talian (online) yang disediakan melalui la... |
https://alhijrahnews.com/kebakaran-kedua-wisma-jakel-bomba-fokus-unsur-sabotaj-sisa-bara-api/ | KEBAKARAN KEDUA WISMA JAKEL: BOMBA FOKUS UNSUR SABOTAJ, SISA BARA API | [
"SHAH ALAM: Unsur perbuatan bakar dan sisa bara api menjadi antara fokus utama siasatan bomba Selangor susulan kebakaran terbaru di bilik simpanan kain langsir Wisma Jakel, Seksyen 7 di sini, awal pagi tadi.",
"Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata bagaimanapu... |
https://alhijrahnews.com/koronavirus-misi-bawa-pulang-rakyat-malaysia-dari-wuhan-esok/ | KORONAVIRUS: MISI BAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA DARI WUHAN ESOK | [
"KUALA LUMPUR: Seramai 132 orang, yang terdiri daripada 108 rakyat Malaysia dan 24 bukan warganegara yang merupakan pasangan serta anak-anak mereka, akan dibawa pulang dengan penerbangan khas dari Wuhan, China, esok ekoran penularan novel koronavirus 2019 di negara itu.",
"Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr ... |
https://alhijrahnews.com/krisis-ukraine-rusia-137-warga-ukraine-terkorban/ | KRISIS UKRAINE-RUSIA: 137 WARGA UKRAINE TERKORBAN | [
"KYIV: Seramai 137 warga Ukraine terkorban sementara 316 lagi cedera pada hari pertama pertempuran dalam krisis Rusia-Ukraine.",
"Perkara tersebut disahkan oleh Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.",
"“Hari ini kami telah kehilangan 137 pahlawan kami, tentera dan orang awam,” katanya seperti dilapor AFP.",
"... |
https://alhijrahnews.com/polis-nafi-tidak-telus-siasat-kes-kanak-kanak-lemas-di-taska/ | POLIS NAFI TIDAK TELUS SIASAT KES KANAK-KANAK LEMAS DI TASKA | [
"IPOH: Polis menafikan dakwaan bahawa pihaknya tidak menjalankan siasatan secara telus, terhadap kes seorang kanak-kanak yang dipercayai mati akibat kecuaian pihak taska, di Bandar Baru Sri Klebang di sini seperti yang tular di media sosial.",
"Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya mengesan s... |
https://alhijrahnews.com/lesen-memandu-boleh-diperbaharui-sehingga-10-tahun/ | LESEN MEMANDU BOLEH DIPERBAHARUI SEHINGGA 10 TAHUN | [
"PUTRAJAYA: Warganegara Malaysia boleh memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) bagi tempoh maksimum 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini mulai 8 Mei ini, umum Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini.",
"“Orang ramai dibenarkan memperbaharui LMM antara satu hingga 10 tahun tertakluk kepada had maksimum ... |
https://alhijrahnews.com/harga-barang-keperluan-mula-turun-di-kelantan/ | HARGA BARANG KEPERLUAN MULA TURUN DI KELANTAN | [
"KOTA BHARU: Harga barang keperluan termasuk barangan basah seperti sayur-sayuran dan ayam di Kelantan sudah mula menunjukkan trend penurunan berbanding tiga minggu lalu.",
"Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, jika tiga minggu lalu har... |
https://alhijrahnews.com/296-peniaga-kecil-bukan-asnaf-dibantu-mais/ | 296 PENIAGA KECIL BUKAN ASNAF DIBANTU MAIS | [
"KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyalurkan bantuan wang tunai RM88,800 kepada 296 peniaga kecil bukan asnaf di Selangor yang terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.",
"Penyaluran sumbangan RM300 setiap peniaga kecil itu dilaksanakan Yayasan Isl... |
https://alhijrahnews.com/kes-ebit-lew-kumpulan-whatsapp-mengandungi-gambar-video-berunsur-lucah-ditemukan-dalam-telefon-bimbit-saksi/ | KES EBIT LEW: KUMPULAN WHATSAPP MENGANDUNGI GAMBAR, VIDEO BERUNSUR LUCAH DITEMUKAN DALAM TELEFON BIMBIT – SAKSI | [
"TENOM: Seorang saksi dalam perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini satu Kumpulan WhatsApp mengandungi gambar dan video berunsur lucah ditemukan dalam telefon bimbit yang diterimanya pada 8 Okt 2021.",
"Juruanalisis Kanan Audio Video Polis D... |
https://alhijrahnews.com/polis-terima-tiga-laporan-nama-kad-pengenalan-diguna-individu-lain-untuk-mengundi/ | POLIS TERIMA TIGA LAPORAN NAMA, KAD PENGENALAN DIGUNA INDIVIDU LAIN UNTUK MENGUNDI | [
"ALOR SETAR: Polis menerima tiga laporan berkaitan nama dan kad pengenalan digunakan individu lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, setakat ini.",
"Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata dua laporan berkenaan diterima di daerah Kulim manakala satu laporan di daerah Kuala Muda.",
"Be... |
https://alhijrahnews.com/tiada-kes-cacar-monyet-diterima-kkm-setakat-ini/ | TIADA KES CACAR MONYET DITERIMA KKM SETAKAT INI | [
"KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes jangkitan cacar monyet atau kes kanak-kanak yang dikatakan dijangkiti virus itu seperti dalam mesej berserta gambar yang tular di media sosial.",
"KKM dalam hantaran di Twitter menyatakan ia tidak menerima pema... |
https://alhijrahnews.com/rentas-negeri-tiga-situasi-sahaja-dibenarkan/ | RENTAS NEGERI: TIGA SITUASI SAHAJA DIBENARKAN | [
"KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak mengetatkan kebenaran merentas negeri bermula hari ini, disebabkan peningkatan kes positif COVID-19.",
"Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tiga situasi yang dibenarkan untuk merentas negeri.",
"“Pasukan pemantauan prose... |
https://alhijrahnews.com/belanjawan-secara-umumnya-memaknakan-kehidupan-rakyat-zulkifli/ | BELANJAWAN SECARA UMUMNYA, MEMAKNAKAN KEHIDUPAN RAKYAT – ZULKIFLI | [
"KUALA LUMPUR: Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada petang tadi, dapat merangkumi kebajikan pada semua lapisan masyarakat.",
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan pandangan yang memuaskan ... |
https://alhijrahnews.com/bekas-pengerusi-mcpf-kl-penceramah-bebas-tuduhan-pecah-amanah-dan-bersubahat/ | BEKAS PENGERUSI MCPF KL, PENCERAMAH BEBAS TUDUHAN PECAH AMANAH DAN BERSUBAHAT | [
"KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membebaskan bekas Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kuala Lumpur (MCPF KL) dan seorang penceramah daripada pertuduhan melakukan pecah amanah dan bersubahat membabitkan dana yayasan itu berjumlah RM195,000.",
"Hakim Datin Sabariah Othman memutuskan demiki... |
https://alhijrahnews.com/macau-scam-65-kes-babitkan-pengeluaran-tabung-haji-kerugian-rm3-6-juta/ | MACAU SCAM: 65 KES BABITKAN PENGELUARAN TABUNG HAJI, KERUGIAN RM3.6 JUTA | [
"KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia telah mengesan taktik baharu sindiket Macau Scam untuk mengeluarkan wang daripada akaun Tabung Haji mangsa yang dihubungkan dengan akaun bank konvensional.",
"Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, setakat ini pihaknya telah mengesan 6... |
https://alhijrahnews.com/503-hari-yang-penuh-bererti-zulkifli/ | 503 HARI YANG PENUH BERERTI – ZULKIFLI | [
"KUALA LUMPUR: Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil meluahkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan ke atasnya untuk memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).",
"Tempoh 503 hari atau 17 bulan 6 hari menyandang jawatan itu katanya penuh bererti.",
"“Amanah yang saya teri... |
https://alhijrahnews.com/parti-liar-lima-pasangan-bersantai-kantoi-dadah/ | PARTI LIAR: LIMA PASANGAN BERSANTAI ‘KANTOI’ DADAH | [
"KUALA LUMPUR: Sekumpulan individu termasuk seorang penjawat awam diberkas ketika leka berpesta liar di dalam sebuah unit apartmen mewah dekat Jalan Imbi, Bukit Bintang, di sini.",
"Jumlah keseluruhan kompaun yang dikenakan kira-kira RM42,000.",
"Saksikan laporan penuh dalam Berita Alhijrah 25 Julai.–AlHijrah O... |
https://alhijrahnews.com/taburan-hujan-tinggi-risiko-banjir-pru15-tidak-sesuai-tahun-ini/ | TABURAN HUJAN TINGGI, RISIKO BANJIR, PRU15 TIDAK SESUAI TAHUN INI | [
"SUNGAI PETANI: Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan pada tahun ini disebabkan taburan hujan tinggi dan risiko bencana banjir yang dijangka berlaku pada pertengahan November ini.",
"Beliau berkata berdasarkan ramalan keadaan cu... |
https://alhijrahnews.com/psm-tak-arah-guna-penyodok-kadbod-buang-air-bertakung-di-stadium-nasional/ | PSM TAK ARAH GUNA PENYODOK, KADBOD BUANG AIR BERTAKUNG DI STADIUM NASIONAL | [
"KUALA LUMPUR: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) tidak mengeluarkan arahan supaya penyodok dan kadbod digunakan untuk mengalirkan air keluar dari padang sebelum aksi kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain di Stadium Nasional di Bukit Jalil, semalam.",
"Ketua Pegawai Eksekutif PSM Mohd Faidz Sanusi ... |
https://alhijrahnews.com/gunung-merapi-meletus-debu-setinggi-enam-kilometer/ | GUNUNG MERAPI MELETUS, DEBU LEDAKAN CECAH 6KM | [
"PULAU JAWA: Gunung Merapi yang merupakan gunung berapi paling aktif di Indonesia meletus semalam.",
"Letusan tersebut menyebabkan debu meledak sehingga ketinggian enam kilometer (km).",
"Menurut Reuters, penduduk tempatan dilarang untuk melakukan sebarang aktiviti dalam jarak 3km dari lokasi Gunung Merapi.",
... |
https://alhijrahnews.com/sidang-kemuncak-kl-cari-penyelesaian-isu-dihadapi-dunia-islam/ | SIDANG KEMUNCAK KL CARI PENYELESAIAN ISU DIHADAPI DUNIA ISLAM | [
"KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL) 2019 yang diadakan minggu ini berobjektif untuk mengembalikan semula kegemilangan dunia Islam dan peradaban Islam.",
"Pengkritik mungkin meragui akan cita-cita murni itu, tetapi Perdana Menteri yang juga Pengerusi sidang kemuncak ini Tun Dr Mahathir Mohamad nampakn... |
https://alhijrahnews.com/polis-bantuan-maut-dirempuh-ketika-bantu-kereta-rosak/ | POLIS BANTUAN MAUT DIREMPUH KETIKA BANTU KERETA ROSAK | [
"BATU KAWAN: Seorang anggota polis bantuan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) maut dalam kemalangan ketika sedang bertugas membantu sebuah kereta yang rosak di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah awal pagi tadi.",
"JKSB dalam kenyataan hari ini memaklumkan ketika kejadian, Musyiri Bakar, 49, berada di kawas... |
https://alhijrahnews.com/putera-mahkota-arab-saudi-bantah-tindakan-paksa-penduduk-palestin-berpindah/ | PUTERA MAHKOTA ARAB SAUDI BANTAH TINDAKAN PAKSA PENDUDUK PALESTIN BERPINDAH | [
"ANKARA: Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman pada Jumaat mengulangi bantahan negaranya terhadap pemindahan secara paksa penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.",
"Semasa mengadakan panggilan telefon dengan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, baginda menggalakkan agar pelbagai usaha dibuat untuk mereda... |
https://alhijrahnews.com/jual-sijil-vaksin-palsu-sampai-bila-kemelut-covid-19-akan-berakhir-sultan-selangor/ | JUAL SIJIL VAKSIN PALSU, SAMPAI BILA KEMELUT COVID-19 AKAN BERAKHIR? – SULTAN SELANGOR | [
"KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj meminta pihak-pihak berkuasa di Selangor menyiasat, menangkap dan mengambil tindakan tegas ke atas pengamal perubatan yang menawar serta menjual sijil digital vaksin COVID-19 palsu kepada orang awam.",
"Baginda turut menzahirkan rasa dukacita dan sangat ... |
https://alhijrahnews.com/kenaikan-kos-haji-diharap-seiring-dengan-kualiti-perkhidmatan-untuk-jemaah/ | KENAIKAN KOS HAJI DIHARAP SEIRING DENGAN KUALITI PERKHIDMATAN UNTUK JEMAAH | [
"MAKKAH: Kenaikan kos mengerjakan haji tahun ini diharap seiring dengan kualiti perkhidmatan dan kebajikan yang bakal dinikmati jemaah.",
"Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata keadaan kenaikan kos bukan sahaja menjadi topik utama di tanah air tetapi juga negara lain, malah... |
https://alhijrahnews.com/malaysia-kecam-serangan-israel-ke-atas-gaza/ | MALAYSIA KECAM KERAS SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA | [
"PUTRAJAYA: Malaysia mengecam keras serangan berterusan Israel ke atas wilayah Gaza yang mengorbankan orang awam, termasuk kanak-kanak Palestin.",
"Wisma Putra dalam kenyataan di sini hari ini berkata serangan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) adalah keterlaluan dan tidak seimbang, menyalahi semua undang-undang ant... |
https://alhijrahnews.com/lelaki-naik-angin-pecah-cermin-kereta-dan-barang-perniagaan/ | LELAKI NAIK ANGIN PECAH CERMIN KERETA DAN BARANG PERNIAGAAN | [
" ALOR SETAR: Akibat tidak berpuas hati, seorang lelaki berang lalu bertindak memecahkan cermin kereta dan barangan perkakasan perniagaan milik jirannya di Taman Bee Bee Park, Simpang Kuala, Alor Setar.",
"Dalam kejadian jam 2.09 petang itu, lelaki berusia 52 tahun itu dikatakan bertindak demikian kerana jirannya... |
https://alhijrahnews.com/konflik-palestin-gaza-majlis-keselamatan-pbb-bersidang-semula-pada-isnin/ | KONFLIK PALESTIN-GAZA: MAJLIS KESELAMATAN PBB BERSIDANG SEMULA PADA ISNIN | [
"NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sekali lagi mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin bagi membincangkan konflik terkini ketika pengeboman berterusan tentera penceroboh Israel ke atas Gaza.",
"Pada sesi berkenaan, Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersat... |
https://alhijrahnews.com/dari-quarantine-ke-qurantime/ | DARI QUARANTINE KE #QURANTIME | [
"Di saat catatan ini dibuat, saya kira majoriti umat Islam di Malaysia sudah tahu yang solat Jumaat hari ini ditiadakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.",
"Umat Islam\nsebaliknya diminta kekal di kediaman masing-masing dan menggantikan solat\nJumaat dengan solat zohor.",
"Ini bagi mematuhi Perintah Kawa... |
https://alhijrahnews.com/lebih-100-sekolah-di-kelantan-mohon-khidmat-pengiring-keluarkan-bap/ | LEBIH 100 SEKOLAH DI KELANTAN MOHON KHIDMAT PENGIRING KELUARKAN BAP | [
"KOTA BHARU: Lebih 100 sekolah di Kelantan membuat permohonan bagi mendapatkan khidmat pegawal pengiring bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku ketika mengambil wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di bank.",
"Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata permohonan itu dibuat oleh guru besar bag... |
https://alhijrahnews.com/lima-kelas-kafa-tulen-dilaksanakan-di-sekolah-terpilih-di-perak/ | LIMA KELAS KAFA TULEN DILAKSANAKAN DI SEKOLAH TERPILIH DI PERAK | [
"IPOH: Lima kelas Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) tulen telah dilaksanakan di sekolah-sekolah kebangsaan terpilih di negeri Perak bagi memastikan tiada murid tercicir, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.",
"Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ia melibatkan Sekolah K... |
https://alhijrahnews.com/tv-alhijrah-lancar-rm7-65-juta-pakej-stimulus-untuk-iks-terjejas-covid-19/ | COVID-19: TV ALHIJRAH LANCAR RM7.65 JUTA PAKEJ STIMULUS IKLAN PERCUMA UNTUK IKS TERJEJAS | [
"KUALA LUMPUR: AlHijrah Media Corporation hari ini melancarkan Pakej Stimulus Industri Kecil dan Sederhana (PSIKS-TVAH) bernilai RM7.65 juta dalam bentuk ruang siaran percuma kepada IKS terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).",
"Melalui pakej stimulus TV AlHijrah itu, sekurang-kurangnya 300... |
https://alhijrahnews.com/lebih-500-coopmart-akan-ditubuhkan/ | LEBIH 500 COOPMART AKAN DITUBUHKAN | [
"PUTRAJAYA: Lebih 500 kedai koperasi (Coopmart) yang diusahakan menerusi pelbagai jenis koperasi akan ditubuhkan di seluruh negara bagi membolehkan ahli koperasi menjana pendapatan serta membantu meringankan beban kos sara hidup Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri.",
"Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pe... |
https://alhijrahnews.com/adakah-mksu-dibubar-selepas-lesen-khas-umrah-dimansuhkan/ | ADAKAH MKSU DIBUBARKAN SELEPAS LESEN KHAS UMRAH DIMANSUHKAN? | [
"SYED AZWAN SYED ALI",
"KUALA LUMPUR: Lesen Khas Umrah (LKU) dimansuhkan! Jujurnya, penulis terkejut apabila mendengar berita tergempar ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) siang tadi.",
"Pertama, kerana penulis menyedari tentang perkara itu melalui sidang media peraturan baru umrah yang dikendalikan Persat... |
https://alhijrahnews.com/deepavali-tahanan-ltte-dibenar-bertemu-ahli-keluarga-di-pusat-tahanan/ | DEEPAVALI : TAHANAN LTTE DIBENAR BERTEMU AHLI KELUARGA DI PUSAT TAHANAN | [
"KUALA LUMPUR : Kesemua 12 individu yang ditahan kerana disyaki ada kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dibenar bertemu ahli keluarga pada sambutan perayaan Deepavali ini.Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata 12 individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN... |
https://alhijrahnews.com/go-shop-di-tv-alhijrah-bermula-14-okt/ | GO SHOP DI TV ALHIJRAH BERMULA 14 OKT | [
"KUALA LUMPUR : Program Go Shop destinasi beli-belah gaya hidup 24 Jam di Malaysia yang menampilkan produk eksklusif dan terhangat di pasaran kini mula bersiaran di saluran TV AlHijrah semalam.",
"Program kerjasama itu menawarkan pelbagai produk digital dan elektronik, barangan rumah dan perkakas dapur, produk ke... |
https://alhijrahnews.com/perpaduan-kaum-kunci-utama-keharmonian-kesejahteraan-rakyat-dan-negara-agong/ | PERPADUAN KAUM KUNCI UTAMA KEHARMONIAN, KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN NEGARA – AGONG | [
"KUALA LUMPUR: Perpaduan berbilang kaum ialah kunci utama kepada keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.",
"Menerusi hantaran melalui Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka bertitah ia bersesuaian dengan tema sambut... |
https://alhijrahnews.com/mpaj-beri-notis-kepada-penduduk-ubah-suai-rumah-flat-secara-haram/ | MPAJ BERI NOTIS KEPADA PENDUDUK UBAH SUAI RUMAH FLAT SECARA HARAM | [
"KUALA LUMPUR: Penghuni flat perumahan AU3 Ampang, Ulu Klang diberi notis 30 hari untuk membuka atau meroboh sambungan atau struktur tanpa kelulusan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).",
"Arahan tersebut dikeluarkan semalam ke atas pemilik rumah flat yang melakukan perubahan pelan pembinaan tambahan seca... |
https://alhijrahnews.com/aidilfitri-aliran-lalu-lintas-di-pintu-sempadan-malaysia-singapura-lancar/ | AIDILFITRI: ALIRAN LALU LINTAS DI PINTU SEMPADAN MALAYSIA-SINGAPURA LANCAR | [
"JOHOR BAHRU: Aliran trafik di dua pintu masuk sempadan negara melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) pada hari pertama sambutan Hari Raya Aidilfitri setakat ini masih berada dalam keadaan terkawal.",
"Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata secara keseluruhan, aliran traf... |
https://alhijrahnews.com/menuju-negara-rahmah-2030/ | MENUJU NEGARA RAHMAH 2030 | [
"Kursus “Training of Trainers” sebagai persediaan menjelang Dasar Negara Rahmah 2030. Laporan Berita AlHijrah 1 Februari 2020. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pesakit-covid-19-terjun-dari-tingkat-6-hospital-di-sabah/ | PESAKIT COVID-19 TERJUN DARI TINGKAT 6 HOSPITAL DI SABAH | [
"KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang sedang menerima rawatan akibat menghidap kanser dan posifif COVID-19 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) terjun dari tingkat 6 hospital berkenaan.",
"Harian Metro melaporkan, kejadian kira-kira jam 8 malam semalam itu menyebabkan mangsa yang berusia 64 tahun cedera... |
https://alhijrahnews.com/hampir-150000-penduduk-di-gaza-terpaksa-berpindah/ | HAMPIR 150,000 PENDUDUK DI GAZA TERPAKSA BERPINDAH | [
"BRUSSELS: Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) Josep Borrell berkata pada Selasa bahawa pertempuran terkini antara Israel-Palestin menyebabkan pemindahan hampir 150,000 penduduk di Semenanjung Gaza. ",
"Borrell berkata Semenanjung Gaza kini amat memerlukan bantuan kemanusiaan, lapor Agensi Anadolu.",
"“Jumla... |
https://alhijrahnews.com/pengecualian-bayaran-bagi-jemaah-haji-buat-ujian-covid-19-di-fasiliti-kkm/ | PENGECUALIAN BAYARAN BAGI JEMAAH HAJI BUAT UJIAN COVID-19 DI FASILITI KKM | [
"PUTRAJAYA: Ujian pengesanan COVID-19 tindak balas berantai polimerase (RT-PCR) bagi jemaah haji Malaysia yang dilakukan di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) adalah dikecualikan daripada bayaran, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.",
"“Dilaksanakan secara percuma,” katanya mengumumkan perkara tersebut da... |
https://alhijrahnews.com/semua-kerajaan-negeri-digalakkan-beri-sumbangan-sspn-i-kepada-bayi-baru-lahir/ | SEMUA KERAJAAN NEGERI DIGALAKKAN BERI SUMBANGAN SSPN-i KEPADA BAYI BARU LAHIR | [
"JOHOR BAHRU: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggalakkan kerajaan-kerajaan negeri memberikan sumbangan kepada para bayi yang baru lahir menerusi tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).",
"Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setakat ini, hanya tiga negeri yang... |
https://alhijrahnews.com/as-angkat-kaki-musuh-bashar-berdepan-tindakan-balas-dendam/ | AS angkat kaki: Musuh Bashar berdepan tindakan balas dendam | [
"Presiden Syria, Bashar Al Assad",
"Presiden Donald Trump meneruskan dasar luarnya yang drastik dan komplikated. Fokus utamanya kini ialah pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dari Syria.",
"Trump sudah menandatangi arahan itu. Ini disahkan pasukan keselamatan AS pada 23 November lalu. Satu langkah mudah s... |
https://alhijrahnews.com/56-adun-selangor-diseru-sumbang-rm5000-bantu-penduduk-gaza/ | 56 ADUN SELANGOR DISERU SUMBANG RM5,000 BANTU PENDUDUK GAZA | [
"SHAH ALAM: Kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor diseru menyumbang sebanyak RM5,000 ke dalam tabung kemanusiaan Palestin yang dicadang diwujudkan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu untuk membantu mangsa konflik kemanusiaan di Gaza.",
"ADUN Bukit Lanjan Pua Pei Ling berkata jika perkara berkenaa... |
https://alhijrahnews.com/guna-alat-pelindung-muka-bersama-pelitup-muka-berganda-kp-kesihatan/ | GUNA ALAT PELINDUNG MUKA BERSAMA PELITUP MUKA BERGANDA – KP KESIHATAN | [
"PUTRAJAYA: Orang ramai disarankan menggunakan alat pelindung muka (face shield) bersama pelitup muka berganda (double mask) semasa berada di tempat awam.",
"Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, penggunaan alat pelindung muka bersama pelitup muka berganda mampu memberi perlindungan s... |
https://alhijrahnews.com/tujuh-pendatang-haram-lari-dari-pusat-tahanan-di-sabah-diburu/ | TUJUH PENDATANG HARAM LARI DARI PUSAT TAHANAN DI SABAH DIBURU | [
"TAWAU: Polis kini sedang memburu tujuh pendatang haram yang melarikan diri ketika dikuarantin di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau awal pagi semalam.",
"Lapor Bernama, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata enam daripadanya merupakan pendatang haram warga Filipina dan seorang warga Indonesia.",
"T... |
https://alhijrahnews.com/bekas-rektor-uiam-meninggal-dunia-di-arab-saudi/ | BEKAS REKTOR UIAM MENINGGAL DUNIA DI ARAB SAUDI | [
"KUALA LUMPUR: Bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdul Hamid A. Abu Sulayman, 85, meninggal dunia semalam, di Hospital Riyadh, Arab Saudi.",
"Dalam kenyataan UIAM, Allahyarham yang merupakan bekas rektor kedua universiti awam tersebut dilapor meninggal dunia akiba... |
https://alhijrahnews.com/prosedur-permohonan-sijil-halal-dipermudah-dipendekkan-ke-23-hari-bekerja/ | PROSEDUR PERMOHONAN SIJIL HALAL DIPERMUDAH, DIPENDEKKAN KE 23 HARI BEKERJA | [
"PUTRAJAYA: Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia memutuskan bermula awal tahun depan, prosedur permohonan dan pembaharuan sijil halal akan dipermudahkan dengan tempoh kelulusan sijil atau maklum balas dipendekkan kepada 23 hari bekerja",
"Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kep... |
https://alhijrahnews.com/tidak-perlu-imbas-mysejahtera-di-stesen-minyak-jika-hanya-isi-petrol/ | TIDAK PERLU IMBAS MYSEJAHTERA DI STESEN MINYAK JIKA HANYA ISI PETROL | [
"KUALA LUMPUR: Individu yang ke stesen minyak untuk hanya mengisi petrol tidak perlu mengimbas aplikasi MySejahtera.",
"Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.",
"Jelas Ismail Sabri, kelonggaran tersebut diberikan kepada pelanggan yang membuat bayaran di pam menggunak... |
https://alhijrahnews.com/mra-lancar-tabung-bantuan-banjir-pakistan/ | MRA LANCAR TABUNG BANTUAN BANJIR PAKISTAN | [
"KUALA LUMPUR: Malaysian Relief Agency (MRA) melancarkan Tabung Bantuan Banjir Pakistan bagi membantu mangsa bencana alam yang disifatkan salah satu situasi terburuk dalam sejarah Pakistan.",
"Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, MRA telah menyalurkan bantuan kecemasan awal berjumlah RM50,000 bagi memulak... |
https://alhijrahnews.com/parlimen-3877-akaun-media-sosial-menyamar-dikesan-78-peratus-dipadam-gobind/ | PARLIMEN: 3,877 AKAUN MEDIA SOSIAL MENYAMAR DIKESAN, 78 PERATUS DIPADAM | [
"KUALA LUMPUR: Sejumlah 3,877 akaun media sosial menyamar dikesan dan 78 peratus daripadanya berjaya dipadam oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat September lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.",
"Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata faktor ... |
https://alhijrahnews.com/rogol-pembantu-rumah-adun-tronoh-dihukum-penjara-13-tahun-dua-sebatan/ | ROGOL PEMBANTU RUMAH: ADUN TRONOH DIHUKUM PENJARA 13 TAHUN, DUA SEBATAN | [
"IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dihukum penjara 13 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya pada 2019.",
"Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman itu ke ata... |
End of preview. Expand in Data Studio
No dataset card yet
- Downloads last month
- 14