Apakah status kes yang berlaku dan prestasi kawalan pada tahun ini berbanding 3 tahun yang lalu?
\na) Berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dari 1 Januari 2020 sehingga 30 Jun 2020, sebanyak 982 aduan pembakaran terbuka yang diterima, berbanding tempoh yang sama pada 3 tahun yang lepas adalah seperti berikut:
\nTAHUN 2019 2018 2017 BIL. ADUAN (JAN \u2013 JUN) 992 488 418 BIL. KESELURUHAN ADUAN 2054 1516 1066
\nJAS Negeri Selangor juga telah mengambil tindakan perundangan berupa tawaran kompaun dan kertas siasatan ke atas kes-kes pembakaran terbuka yang berasas dan dapat dikenalpasti pelaku atau pemilik tanah. Berikut merupakan bilangan tindakan perundangan yang telah diambil:
\nTAHUN TAWARAN KOMPAUN KERTAS SIASATAN 2020 2019 2018 2017 14 49 62 24 1 2 9 9
\nBagi mengurangkan kes pembakaran terbuka, Kerajaan Negeri mengambil tindakan dengan melaksanakan berbagai cara seperti berikut:-
\n(i) Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang mengenai larangan melakukan pembakaran terbuka di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan undang-undang lain yang berkaitan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah & Daerah dengan mengambil tindakan ke atas pihak yang didapati melakukan atau membenarkan aktiviti pembakaran terbuka;
\nJAS menjalankan program pemantauan dan rondaan darat ke atas kawasan-kawasan yang berisiko tinggi berlaku pembakaran seperti di kawasan tanah gambut dan tapak pelupusan sampah;
\nJabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Mineral dan Geosains melaksanakan langkah pencegahan pembakaran terbuka di kawasan hutan yang melibatkan tanah gambut dengan melaksanakan \u201cwater management system\u201d melalui pembinaan \u201ccheckdam\u201d dan pembinaan telaga air tanah (tubewell) di kawasan tersebut supaya kebakaran dapat dikawal dan dikurangkan;
\nJabatan Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama agensi-agensi lain seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosains, JPAM dan RELA terlibat di dalam kerja-kerja pemadaman bagi kes-kes kebakaran yang telah berlaku melibatkan kawasan hutan, tanah gambut dan tapak pelupusan sampah;
\nJawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah akan digerakkan bagi kes-kes pembakaran terbuka berskala besar seperti kebakaran hutan simpan dan tapak pelupusan sampah haram untuk mengambil tindakan bersepadu bagi memadam kebakaran tersebut mengikut Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Bencana Kebakaran Hutan/Pembakaran Terbuka dan Jerebu;
\n(vi) Bagi membantu untuk mempercepatkan pemadaman kebakaran yang dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kerajaan Negeri telah mendapatkan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk menggunakan khidmat penerbangan Bombardier untuk pemadaman kebakaran hutan di Negeri Selangor ;
\n(vii) Kerajaan Negeri Selangor juga melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke-30/2012 yang diadakan pada 15 Ogos 2012 telah membuat keputusan bahawa Pejabat Tanah Daerah akan merampas
\ntanah-tanah terbiar dan tanah-tanah di mana pembakaran terbuka berlaku serta pemilik tanah tidak mengusahakan apa-apa aktiviti dan tidak menjaga tanah mereka; dan
\n(viii) Melaksanakan program pendidikan dan kesedaran alam sekitar kepada orang awam dan para petani bagi memastikan mereka memberi kerjasama dalam usaha-usaha penjagaan alam sekitar dengan tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka.
\nJAS menerbitkan Pelan Tindakan / Prosedur Operasi Standard berkaitan pembakaran terbuka melalui dokumen seperti berikut:
\na. Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan b. Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan c. Prosedur Tetap Operasi Melaksanakan Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu Di Malaysia
\nDari segi prestasi kawalan pada tahun ini, tindakan pencegahan pembakaran terbuka telah dipertingkatkan melalui pengawasan menggunakan \u2018drone\u2019 yang dapat mengesan pembakaran terbuka di kawasan yang sukar dilalui dan membolehkan tindakan pemadaman yang cepat diambil.
\nApakah status kes yang berlaku dan prestasi kawalan pada tahun ini berbanding 3 tahun yang lalu?

\n