a) Berapakah usia rumah-rumah pangsa yang berada di Daerah Klang?
\nb) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menghidupkan kembali JMB di rumah- rumah pangsa yang telah berusia lebih daripada 20 tahun?
\nc) Berapakah jumlah terkini JMB yang aktif dan yang tidak aktif di dalam Daerah Klang?
\na) Usia rumah-rumah pangsa yang berada di dalam Daerah Klang boleh dikategorikan seperti berikut:-
\nUSIA BANGUNAN BILANGAN BANGUNAN < 1 \u2013 10 93 (5.59%) 11 \u2013 20 678 (40%) 20 DAN KE ATAS 890 (53%)
\nb) Di antara usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam menghidupkan kembali JMB di rumah-rumah pangsa yang telah berusia lebih daripada 20 tahun adalah dengan melakukan progam-program bersama JMB/ MC. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan pelbagai program latihan kepada JMB/ MC dalam memberi pendidikan, kesedaran dan juga bantuan peruntukan kewangan bagi menjayakan program latihan tersebut. Di antara program yang telah dilakukan adalah seperti:-
\ni) Kursus Format Kurikulum Pengurusan Bangunan Berstrata;
\nii) K-SQUAD (Bantuan Ejen Pengurusan);
\niii) SEROJA (Bantuan Keselamatan);
\niv) SKORA (Program Pendidikan Pengurusan Strata ke sekolah-sekolah Daerah Klang);
\nv) SAFWA (Bantuan rebet air)
\nc) Di daerah Klang terdapat sebanyak 161 skim pemajuan berstrata. Daripada jumlah itu, sebanyak 156 skim telah berjaya menubuhkan JMB/ MC. Daripada jumlah tersebut, 76 JMB/ MC adalah aktif dan baki 80 lagi JMB/ MC adalah tidak aktif.
\na) Berapakah usia rumah-rumah pangsa yang berada di Daerah Klang?

\n