Doa.
\npertanyaan. : Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-
\nSalam sejahtera, selamat pagi. Saya mempersilakan Hulu Kelang.
\nTuan Speaker, soalan saya No. 29.
\nPERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN HAJI SAARI BIN SUNGIB (N18 HULU KELANG)
\nTAJUK : COVID-19
\n29. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
\na)
\nBerapakah kematian pesakit COVID-19 di Selangor yang adalah juga penghidap penyakit tidak berjangkit berikut: (a) Diabetes (b) Kanser (c) Sakit jantung (d) Hipertensi Apakah rancangan kerajaan dalam mendepani keadaan ini.
\nTerima kasih Yang Berhormat Y.B. PUAN DR. SITI MARIAH BT MAHMUD Hulu Kelang. Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum W.B.T. Yang Berhormat Hulu Kelang bertanya mengenai apakah punca-punca kematian pesakit COVID di Selangor dan punca kematian pesakit COVID di Selangor yang sekarang ini ada sejumlah 24 orang. Dan berapakah di antara mereka yang mengidap penyakit yang tidak berjangkit. Diabetes, kanser, sakit jantung, hipertensi, dan pesakit COVID yang ada diabetes, kematian enam (6) orang, yang ada kanser kematian seorang, yang sakit jantung kematian dua (2) orang, hipertensi sembilan (9) orang. Ke semua penyakit di atas ini dikategorikan sebagai penyakit kronik tidak berjangkit bagi mendepani cabaran ini pihak KKM telah merangka teras utama berdasarkan District Risks Reduction Programme atau DRRP yang akan mengguna pakai strategi CAPP iaitu Cegah dan Didik, Amal, P \u2013 Patuh dan P \u2013 Pantau sebagai strategi utama di dalam menangani penyakit COVID. Melalui strategi yang dimaksudkan ini, golongan yang perlu dilindungi akan terus dilindungi dan daerah akan terus mengekalkan status hijau. Terima kasih.
\nSoalan tambahan.
\nHulu Kelang.
\nTerima kasih Tuan Speaker. Bagaimana Y.B. TUAN HAJI SAARI BIN SUNGIB : kategori ini tidak .. dia dah sakit sebelum itu diabetes, kanser, sakit jantung, hipertensi kenapa, macam mana boleh kriteria dia kena COVID itu menjadi sebab kematiannya bukan sebab penyakit asalnya. Apakah kriteria yang digunakan?
\nY.B. PUAN DR. SITI MARIAH BT MAHMUD Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Sebenarnya, kematiannya itu, dia dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan COVID. Pesakit-pesakit jenis kategori ini sebenarnya mempunyai keimunan yang rendah dan akibat adanya penyakit-penyakit ini, jadi, COVID itu tidak boleh dikawal dengan baik ya, keimunan dia. Jadi, dengan adanya komplikasi-komplikasi ini menyebabkan daya dia mempertahankan diri pada COVID dan juga rawatan yang diberi itu kurang berkesan so jadi, akhirnya dia succumb, dia tewas di dalam .. apa ni, dengan kuman COVID yang ada di dalam tubuhnya.
\nYa, Yang Berhormat Bukit Antarabangsa.
\nTerima kasih Tuan Speaker, Yang Y.B. DATO\u2019 SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI : Berhormat EXCO, kita sedia maklum bahawa Selangor mencatatkan jumlah kes COVID yang kedua tertinggi dalam negara dan merekodkan jumlah kematian yang tertinggi di Malaysia. Sehingga 14 Julai semalam, Selangor melaporkan 2093 kes positif dan 24 kematian. Saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Speaker, apakah punca
\njumlah kes dan kematian yang tinggi di Selangor ini dan apakah langkah-langkah strategik untuk masa depan bagi mengekang penularan jangkitan ini khususnya di kalangan tenaga kerja asing. Kita sedia maklum bahawa Selangor ini negeri industri tetapi apakah kita dapat menjalankan usaha-usaha untuk improve the living standard ataupun living situation di kalangan warga asing yang berdepan dengan masalah penginapan sebagai contoh, yang sesak dan padat dan juga pematuhan kepada SOP. Terima kasih.
\nY.B. PUAN DR. SITI MARIAH BT MAHMUD Terima kasih Yang Berhormat Bukit Antarabangsa. Memang soalan ni, memang saya sebenarnya tunggu juga sebab selalunya, orang mengatakan Selangor paling tinggi, paling tinggi kerana keadaan kita, kita mempunyai 6.5 juta rakyat. Kalau kita bandingkan kepada nisbah kepada jumlah rakyat dan jumlah kes Yang Berhormat, sebenarnya kita tidak, bukanlah yang tertinggi. Ada satu fasa kita hanya duduk nombor tiga (3) ya. Putrajaya lebih tinggi, Wilayah lebih tinggi dan Selangor nombor tiga (3), kalau kita ambil nisbah jumlah penduduk dan jumlah kes yang kita dapat. Kepadatan rakyat ini, kepadatan kependudukan ini adalah satu faktor di mana kes COVID senang merebak di Selangor kerana apa, kerana kita tahu bahawa perebakan COVID, pertama, berlaku melalui droplet infection maknanya ada close proximity, ada orang tinggal berdekatan cara hidup begitu dan of course, tentu sekali dari segi kebersihan dan sebagainya.
\nJadi, ini ialah satu perkara yang saya tidak defensive sebenarnya kerana berbanding dengan negeri-negeri lain yang mempunyai penduduk yang kurang padat dan kita dapat lihat ini di Negeri Selangor bahawa kawasan-kawasan yang padat seperti Petaling ya, adalah di antara yang tertinggi. Hulu Langat itu kes lain, dia tertinggi sekali tetapi oleh sebab ada cluster maka Hulu Langat menjadi yang tertinggi tetapi kalau kita tengok Sabak Bernam ya, kita melihat pada Sepang, peringkat awal dulu mereka hampir tidak ada kes pada peringkat awal. Tetapi akhirnya, jumlah ini meningkat disebabkan depot- depot tahanan ya, di Sepang sehingga hari ini hanya di Sepang sahaja kuning. Kerana depot-depot tahanan itu terletak di sana dan ini adalah di kalangan warga asing. Sehubungan itu, maka Selangor dari awal lagi kita telah menentukan bahawa kita perlu buat target testing untuk kumpulan-kumpulan yang berisiko tinggi. So, that is why kita ada target testing hari itu, misalnya warga emas, rumah-rumah warga emas dan sebagainya, untuk kita mengesan kes ini daripada awal. Dan saya kira kita berjaya kerana kita telah dapat membendung perebakan di kalangan komuniti. Walaupun kita sudah ada jangkitan komuniti tetapi ia sangat terkawal. Yang kita ada sekarang ialah di kalangan warga pekerja dari luar negara yang sekarang ada di depot. Yang 10 kes terbaru aktif di Sepang itu adalah di depot Yang Berhormat. Dan kemudian, kes-kes lain daripada kalangan pekerja-pekerja kontrak.
\nJadi, daripada segi penginapannya ya, saya setuju. Risiko mereka yang dari kumpulan yang agak tersisih dan terpinggir ya, dari segi risiko sangat kerana mereka tinggal bersesak-sesak di dalam satu rumah sehingga 20 \u2013 30 orang satu rumah ya. Jadi, saya kira COVID Selangor tidak boleh menangani masalah ini bersendirian. Kerana ia melibatkan polisi, kalau kita telah menetapkan bahawa semua majikan di dalam industri untuk mereka memastikan perumahan ya, pekerja mereka ini selamat, itu yang penting ya Yang Berhormat. Terima kasih.
\nSemenyih.
\nY.B. TUAN ZAKARIA BIN HANAFI Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin menyentuh keterangan EXCO maklumkan tadi bahawa Hulu Langat ya, yang tercatat yang tertinggi sekali COVID-19 ini. Jadi saya bersyukur lah, terima kasih di atas pengiktirafan Hulu Langat nombor satu itu. Jadi, saya pula ambil kesempatan di sini memaklumkan Menteri kemudahan yang dibangkitkan oleh Bukit Antarabangsa tadi, saya rasa salah satunya ialah masalah kemudahan kesihatan. Sedia maklum, di Hulu Langat kita ada satu sahaja Hospital Kerajaan dan kita harap perjuangan itu dapatlah Hospital Semenyih ya, kita harap menjadi keutamaan daripada pihak pemerintah Negeri Selangor lah khususnya, pihak Kerajaan Pusat. Jadi, saya harap pengiktirafan tadi itu dapat direalisasikan lah di Semenyih. Harapan dia. Ini bukan masalah Semenyih, ini masalah rakyat Selangor juga. Terima kasih.
\nBoleh saya jawab?
\n(Ketawa) Tunggulah EXCO dulu, baru Menteri jawab.
\nTerima Berhormat Semenyih. Sebenarnya, bila kita bercakap mengenai hospital kalau kita nak hubungkan dengan COVID ya, dia tidak ada kena mengena dengan hospital.
\nHa, ni tersasar.
\nYa, sebab .. dia tersasar sedikit kerana COVID adalah satu pandemik ya, dan pandemik ini boleh kena di mana-mana sahaja. Unfortunately, ataupun malangnya cluster itu ada di Hulu Langat. Maka, jumlah jangkitan itu tinggi di Hulu Langat. Itu pun setelah dilakukan target testing ya, dan selepas itu, kes yang berjangkit itu ada di Hulu Langat ada di Hulu Langat. Berkenaan dengan hospital, saya ingat Yang Berhormat pun lebih faham bahawa pembinaan hospital adalah di bawah Kerajaan Pusat dan bukan di bawah Kerajaan Negeri ya. Jadi, kita di dalam .. kita membantu Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, kita
\nbekerjasama dengan mereka untuk memastikan bahawa penyampaian perkhidmatan kesihatan itu sampai kepada rakyat. Jadi, mungkin Menteri ada .. (Ketawa).
\nSentosa.
\nTerima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya nombor 30.
\nPERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE (N48 SENTOSA)
\nTAJUK : TAMBAHBAIK INISIATIF PEDULI RAKYAT
\n30. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
\nApakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan untuk tingkatkan penerimaan Kad Peduli Sihat dan Kasih Ibu Smart Selangor sebagai bantuan pasca COVID-19?
\nBilakah sistem Kad Peduli Sihat akan diaktifkan semula?
\nApakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membawa semula Khairat Kematian SMUE?
\nTerima kasih Yang Berhormat Sentosa. Baik. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat semua, bilangan kad KISS Ibu Smart, kad Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang diperuntukkan pada masa kini, masih sama iaitu 25,000 setelah peningkatan 5,000 selepas bajet 2020 ya. Walau bagaimanapun dalam keadaan menghadapi fasa pemulihan pandemik COVID-19 ini, Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan untuk menambahbaik perkhidmatan KISS ini dengan memperluaskan jenis barangan yang boleh dibeli oleh pemegang kad KISS sebagai alat perlindungan seperti alat perlindungan diri ya, sarung tangan, pelitup muka, cecair pembasmi kuman ya, di kedai-kedai dan pasar raya terpilih yang sebelum ini tidak ada dalam senarai yang boleh mereka beli. Bagi penambahbaikan Peduli Sihat pula Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menambah bilangan kuota pemegang polisi Skim
\nInsurans Peduli Sihat daripada 65,000 kepada 85,000 pemegang polisi dengan pembahagian tambahan kuota seperti yang saya akan sebutkan. 18,000 polisi peruntukan kepada pemohon yang memenuhi kriteria dan syarat kelayakan berasaskan pendapatan terendah daripada senarai pemohon dan kuota ini tidak tertakluk kepada kuota DUN. Kalau Yang Berhormat ingat, semasa kita membuat penjajaran 65,000 yang dapat kemudian ada lagi yang layak tetapi terkeluar dari kuota dan peruntukan yang kita ada. Jadi, kita dahulukan 18,000 ini ambil yang paling rendah di dalam senarai yang layak untuk memberikan, menyambung Skim Peduli Sihat ini kepada mereka. Dan 1,000 kad lagi adalah kita khusus kan untuk Ketua Kampung Tradisi, Ketua Kampung Cina, Ketua Komuniti India dan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN, Penyelia Pusat Wanita Berdaya dan untuk pejabat, staf kakitangan Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berpendapatan RM 2,000.00 dan ke bawah.
\nSebanyak 200 kad lagi kita berikan kepada orang kurang upaya dan warga emas yang tidak tersenarai di dalam kuota DUN dan kita ada lagi 800 untuk polisi untuk kes-kes terpencil mengikut permohonan ADUN - ADUN untuk kes-kes ini. Program Skim Peduli Sihat telah diaktifkan semula semenjak Jun 2019 sebenarnya Yang Berhormat dan semasa penjajaran berhenti sekejap daripada Mei 2019 hingga Jun 2019 dan sekarang ini ia telah ditambah baik dan saya ingat hari ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita akan membuat satu sidang akhbar untuk memberitahu kepada awam tentang tambah baik Kad Peduli Sihat ini atau pun sekarang ini kita panggil Skim Insurans Peduli Sihat ini dan yang baiknya tentang Skim Insurans Peduli Sihat ini walaupun diluluskan pada April 2020 semasa kita di dalam PKP para pemegang polisi juga layak menerima manfaat asas mula daripada Januari 2020 dengan tempoh sah laku hingga 2021 dan akan diperbaharui kepada pemegang polisi yang masih memenuhi kriteria dan syarat kelayakan yang ditetapkan. Jadi inilah yang telah ditambah baik tentang Kad Peduli Sihat kita ini dan untuk khairat kematian saya ingat Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita sudah jawab semalam kalau tak silap saya tentang pertimbangan akan diberikan semula pada peruntukan 2021, Insya Allah.
\nBukit Antarabangsa.
\nTerima kasih Tuan Speaker. Saya cukup familiar dengan inisiatif-inisiatif yang dijawab oleh Yang Berhormat EXCO tadi dan saya percaya Yang Berhormat Sentosa bangkitkan perkara ini atas keprihatinan bahawa beberapa inisiatif ini telah dijajarkan semula oleh Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Dato\u2019 Seri Menteri Besar dan beberapa peruntukan telah memperlihatkan pengurangan namun berdepan dengan situasi pasca pandemik COVID- 19 ini, apakah Kerajaan Negeri akan menyemak semula untuk meletakkan kepentingan kesihatan awam itu menjadi agenda utama kerana kalau saya lihat dalam pelan
\npemulihan ekonomi yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato\u2019 Menteri dan keselamatan rakyat. Memang benar pertimbangan kesihatan awam dan penjanaan ekonomi itu penting tapi itu saya kira dalam menghadapi situasi pasca pandemik ini apakah Kerajaan Negeri boleh menyemak semula sejumlah peruntukan yang dapat memberikan keutamaan kepada kesihatan awam rakyat Selangor, terima kasih.
\nTerima kasih Yang Berhormat Y.B. PUAN DR. SITI MARIAH BINTI MAHMUD Bukit Antarabangsa. Baik mengenai SPSS ini kita tahu bahawa setelah penjajaran, ramai yang telah terkeluar dengan pasca COVID ini lebih ramai lagi yang jatuh di bawah B40 yang tingkat bawah sekali. Sudah tentu saya kira sebagai sebuah kerajaan sekiranya kita mempunyai kemampuan ini tentulah kita hendak memberi lebih kepada rakyat dan kita telus di dalam membincangkan perkara-perkara ini cuma saya ingin mengingati semua bahawa isu kesihatan adalah isu bersama. Negeri membantu tetapi yang paling besar ialah Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu Kerajaan Pusat dan kita jangan lupa kalau seorang itu tidak ada kad SPSS atau Kad Skim Peduli Sihat ini makna dia jangan kita fikir dia tidak boleh dapat langsung khidmat kerana tak ada kad. Dia mesti ada akses kepada sistem kesihatan negara kita yang diletakkan oleh KKM, hospital, klinik kesihatan, klinik komuniti cuma saya kira tentulah semua orang kalau dekat ini dia rasa mudah untuk dia pergi tak payah pergi klinik kesihatan dan sebagainya. Kita juga jangan lupa kita ada PEKA 40 yang sudah dimulakan kerajaan yang lepas dan kita juga ada mySalam, jadi sekarang ini kita ada Skim Peduli Sihat Selangor, semua ini sebenarnya dimanfaati oleh B40 makna dia yang kita ada 85,000 campur dengan PEKA 40 malah bertindih-tindih Yang Berhormat. Jadi kalau tak bertindih itu bagus . Sekarang ini bertindih, PEKA 40 pun dapat, mySalam pun dapat, SPSS pun dapat jadi saya kira kita tambah baik dan saya kira sebagai seorang anggota kerajaan tentulah kalau ada Insya Allah tambah rezeki, kita bagi 20%-23% lebih GDP Selangor kepada Persekutuan, saya ingat dulu di antara perjuangan kita di dalam PH supaya kita dapat balik sedikit daripada income tax kita kepada kerajaan supaya kami dapat memberi lebih kepada rakyat Negeri Selangor dan kita kena ingat 6.5 juta adalah paling tinggi di dalam seluruh Negeri Selangor. Mana mungkin satu kerajaan untuk kita beri kepada semua walaupun kita mempertingkatkan dari hari ke hari Insya Allah kalau Kerajaan Pusat memberi kerjasama yang baik kepada kita, bagi balik sedikit daripada GDP yang kita contribute 20% itu untuk kita gunakan untuk SPSS. Insya Allah saya rasa Dato\u2019 Menteri Besar kita pun sangat prihatin tentang perkara ini. Terima kasih.
\nSoalan tambahan.
\nSijangkang.
\nTerima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO, saya nak bertanya sama ada Kerajaan Negeri ada tak bersedia atau pun merancang untuk menambahkan lagi jumlah bilangan daripada 85,000 ini kerana saya harapkan dia tak ada kuota bagi mereka-mereka yang memerlukan di setiap DUN- DUN, saya ingat kalau ini ada satu seolah-olah satu untuk ditambah sementara menteri berada di sini dan mungkin GDP itu boleh dipertimbangkan sedikit tambahan kepada negeri. Terima kasih.
\nTerima kasih Yang Berhormat Sijangkang, saya telah jawab tadi. Saya sebagai EXCO tidak boleh membuat keputusan begini, begitu, di sini kita perlu bawa dan nanti akan dibincangkan. Saya rasa Yang Berhormat Menteri Besar akan menjawab sama ada bahan ada lagi atau tidak. Terima kasih.
\nPandamaran.
\n, soalan Y.B. TUAN LEONG TUCK CHEE tambahan untuk EXCO. Mengikut statistik yang kita dapat kalau mengikut penerimaan mengikut DUN di mana Meru mendapat paling tinggi 2,186, yang kedua Batang Kali (2,020), Permatang (2,014), Morib (2,005). Di mana benda ini mempunyai pengundi yang sederhana, di mana Batang Kali yang tinggi 49,000, Permatang hanya 23,00, mereka dapat dua ribu lebih permohonan yang diluluskan. Tapi kita tengok pengundi yang paling banyak itu Subang Jaya, Kinrara, Bukit Lanjan, Kajang, Balakong, Bandar Baru Klang dan Pandamaran yang lebih daripada 55,000 hanya dapat 1,600 atau pun 1,400. Jadi jauh beza kita nampak pengundi yang ramai dapat sedikit jadi saya nak tahu bagaimana kita pilih bil-bil yang boleh dapat sebegitu banyak. Ini yang saya nak tahu. Terima kasih.
\nTerima kasih Pandamaran. Kita masa kali pertama kita melancarkan SPSS Skim Peduli Sihat Selangor, tidak ada sistem kuota makna dia first come first serve jadi ADUN-ADUN di kawasan-kawasan yang Pandamaran sebut tadi sangat aktif dalam merekrut atau pun mereka-mereka yang layak pada ketika itu. Jadi mungkin kawasan-kawasan yang lebih urban atau lebih bandar kemudahan lebih baik jadi tidak ada ramai permohonan ada orang masa dulu dia ADUN dia buat kempen buka meja dan sebagainya. Ada ADUN yang tunggu rakyat datang jadi perbezaan cara kerja ini menyebabkan perbezaan di dalam jumlah penerimaan. Jadi setelah kita melihat hari itu bila kena ada penjajaran semula apakah cara yang terbaik untuk kita semua memastikan semua DUN dapat lebih kurang berkadar dengan jumlah penduduk dia. Jadi itulah sistem kuota yang ada formula tertentu yang telah dirancang , dibuat oleh pihak pentadbiran untuk memastikan kita mendapat jumlah kuota itu berkadar terus jumlah pengundi kita. Tapi saya juga sedar bahawa penduduk yang ada tidak sama
\ndengan jumlah pengundi. Jumlah penduduk di dalam satu kawasan tidak sama dengan jumlah pengundi. Jadi oleh itu kita dapati kawasan-kawasan yang padat, kadang-kadang dapat sikit, jadi saya sebenarnya memang meletakkan syarat untuk kita menapis sebab yang minta itu ramai dan kita minta pengundi supaya memohon di tempat dia mengundi sebab saya ada banyak aduan daripada ADUN-ADUN di mana orang ini tidak duduk sini tapi dia ambil kuota kita sebab dia mengundi di sini tapi dia duduk nun di DUN yang lain. Inilah masalah yang kita hadapi sekarang dan Insya Allah saya rasa untuk kita dah bagi kepada DUN-DUN yang belum memenuhi kuota yang Pandamaran sebut tadi Kampung Tunku, Balakong, Pandan Indah semua belum habis kuota, kita simpan kuota mereka untuk mereka mohon hingga akhir tahun ini, kalau tidak ada nanti kita ambil balik. Terima kasih.
\nSoalan tambahan.
\nSungai Air Tawar.
\nTerima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 31.
\nPERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN RIZAM BIN ISMAIL (N01 SUNGAI AIR TAWAR)
\nTAJUK : STATUS MPKK
\n31. Bertanya kepada Y.A.B. Dato\u2019 Menteri Besar :-
\na) Apakah status MPKK setelah kerajaan Pakatan Harapan pusat bertukar kepada Perikatan Nasional?
\nb) Adakah pengerusi dan ahli jawatankuasa MPKK yang sebelum ini daripada parti bersatu ditukar kepada pengerusi yang baru dalam kalangan Pakatan Harapan?
\nTerima kasih Tuan Speaker, terima kasih Y.B. PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL Sungai Air Tawar. Saya menjawab soalan yang ke-31 yang ingin mengetahui apakah
\nstatus MPKK. Di sini saya ingin menyatakan sedikit latar belakang tentang status atau nama-nama yang dinamakan di dalam pengurusan kampung ini. Pada tahun 1975, sebenarnya pengurusan kampung ini di bawah Majlis Keselamatan Negara di mana dia dinamakan Jawatankuasa Kemajuan Kampung JKKK tapi pada tahun 2008 sedikit perubahan di mana pengurusan kampung itu diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Bandar dan Wilayah maka ianya diubah nama , tidak diubah nama, dikekalkan JKKK dan kita Kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu juga pada semenjak 2008 mengekalkan nama JKKK. Walau bagaimanapun pada 23 Mei 2018, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju agar JKKP masa itu sebelum itu Selangor kita ada JKKK, tapi di peringkat pusat mengiktiraf JKKP. Bila tahun 2018, pada 23 Mei Jemaah Menteri telah pun bersetuju bila perubahan kerajaan di peringkat persekutuan setuju untuk membubarkan JKKP maka dikekalkan hanya satu institusi iaitu JKKK, tetapi pada 27 Jun 2018, nama tersebut diubah dinaikkan taraf hanya jawatankuasa kepada Majlis Pengurusan dan Komuniti Kampung (MPKK) dan semenjak itu MPKK adalah satu badan pengurusan yang diiktiraf satu sahaja untuk melaksanakan apa juga perkara berkaitan dengan kampung-kampung tradisi dan semenjak itulah sebenarnya kita Kerajaan Selangor khususnya telah melaksanakan hanya dengan satu Kementerian Luar Bandar dan hanya satu status satu nama iaitu MPKK. Tapi kita baru minggu lepas 9 Julai, Menteri Pembangunan Luar Bandar telah mengumumkan perubahan semula kepada organisasi MPKK kepada MPKKP malah telah pun menamakan semula dari MPKKP kepada JPKK, jadi pening juga Yang Berhormat kena dengar, jadi dari majlis, mula-mula ahli jawatankuasa naik kepada majlis turun balik jawatankuasa tetapi nama sedikit berubah jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung JPKK dan bukan itu sahaja menteri juga mengumumkan negeri-negeri yang bukan ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan seperti Negeri Selangor khususnya tukar nama kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan maknanya ada dua sekarang. Di peringkat negeri kita mengiktiraf, Kerajaan Selangor belum lagi membuat apa-apa keputusan kita masih mengekalkan nama MPKK tapi di peringkat Persekutuan telah pun ditukar kepada MPKKP. Tapi ingin saya rakamkan di dewan yang mulia ini bahawa Kerajaan Selangor hanya mengiktiraf MPKK dalam memberikan apa- apa pengurusan berkaitan dengan kampung. Itu jawapan yang saya bagi untuk soalan yang pertama.
\nSoalan yang kedua Air Tawar ingin bertanya berkenaan status MPKK yang diterajui oleh Parti Peribumi Bersatu. Meskipun saya ingin mengatakan di sini, meskipun Kerajaan Pakatan Harapan bertukar pada Perikatan Nasional, MPKK telah pun berusaha meneruskan pelaksanaan ini tetapi pada 8 Mac 2020 telah berlakunya perubahan malah kita lihat berlakunya COVID-19, pada asalnya kita ingin menggugurkan Pengerusi tersebut tetapi memandangkan keprihatinan Kerajaan Negeri dan solideriti untuk bersama melawan serangan COVID-19 kita telah memanjangkan jawatan itu supaya ia
\nakan ditamatkan pada 30 Jun 2020, malah bagi menjawab soalan yang dikemukakan semua 65 ketua kampung MPKK atau Pengerusi MPKK telah pun ditamatkan jawatan mereka 30 Jun 2020 yang lalu. Malah bagi mengisi kekosongan tersebut Jawatankuasa Pemilihan Dan Penilaian kampung telah pun mengadakan mesyuarat akhirnya telah menamakan ataupun menyediakan meminta parti-parti Kerajaan menyediakan nama- nama. Mesyuarat MMKN bilangan 24 yang telah bersidang pada 1 Julai 2020 dan disahkan dalam MMKN bilangan 25 bertarikh 8 Julai 2020 telah bersetuju melantik 69 orang Ketua Kampung Tradisi yang baharu bagi menggantikan kekosongan daripada Parti Peribumi Bersatu selain daripada juga menggantikan kekosongan kerana ada yang meninggal dunia dan meletakkan jawatan. Jadi pelantikan baru hanya akan dibuat bermaknanya semua Pengerusi MPKK tamat pada 31 Disember 2020 dan pelantikan baru akan dibuat pada 1 Januari 2021. Sekian, Tuan Speaker.
\nSungai Air Tawar.
\nY.B TUAN RIZAM BIN ISMAIL Terima kasih Yang Berhormat di atas penjelasan. Soalan saya ialah adakah saya di fahamkan ada 5 kampung iaitu Teluk Jawa, Teluk Rhu, Kampung Tengah , Kampung Baru dan Sungai Tengah Utara di DUN Sungai Air Tawar yang dulunya Pengerusi MPKK nya terdiri daripada Parti Komponen dalam Parti Pakatan Harapan kini diminta untuk bertukar menjadi Ahli DAP supaya dia boleh menjawat jawatan MPKK. Jadi sekiranya benar saya hendak tahu apakah kewajarannya meletakkan kuota politik di Kampung Tradisi yang tidak ada cawangan parti politik bagi Parti Kerajaan dan samping itu juga, adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengadakan kerjasama untuk melicinkan pentadbiran di peringkat kampung seperti mana Yang Berhormat katakan tadi sekarang sudah ada MPKK dan JPKKP dan saya juga hendak bertanya supaya Kerajaan Negeri semak dari segi jawatankuasa di peringkat MPKK dilihat tidak ada yang tidak lengkap dan tidak berfungsi khususnya banyak melibatkan DUN saya jawatankuasa bukan pengerusi, ahli jawatankuasa nya. Terima kasih.
\nY.B PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL Terima kasih. Ada dua soalan tambahan. Pertama tentang apakah status 5 kampung yang disebut oleh Sungai Air Tawar. Saya rasa sudah menjadi kebiasaan mana-mana parti yang memerintah atau pun Kerajaan yang memerintah kita telah memberikan atau memperuntukkan kuota setiap Parti Kerajaan. Jadi saya rasa kita telah pun menamakan kampung tersebut di bawah kuota ataupun di bawah privillage Parti DAP jadi mereka akan menamakan tetapi saya tidak pasti selain daripada itu kita yang kita dapati yang Kerajaan Selangor akan lihat kriteria pelantikan itu mestilah memenuhi semua garis panduan yang ditetapkan. Macam Kerajaan Persekutuan juga Pakatan Perikatan Nasional yang bebas menjadi Perdana
\nMenteri sebab ada kuota. Jadi jangan lah kita pertikai kan perkara tersebut di dalam Dewan ini. Ini adalah usual pelaksanaan.
\nsedikit. Boleh mencelah
\nNanti dulu jawab soalan dahulu. Yang Y.B PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL kedua tentang kerjasama saya rasa kerjasama kita hanya mengiktiraf, sekali lagi saya ulang kita hanya mengiktiraf MPKK di dalam menguruskan semua kampung-kampung tradisi. Kalau kerjasama boleh bincang lain, kalau boleh bincang dengan Menteri supaya JPKKP itu tidak diwujudkan. Terima kasih.
\nSoalan tambahan.
\nMeru.
\nTerima kasih Yang Y.B TUAN MOHD FAKHRULRAZI BIN MOHD MOKHTAR : Berhormat Speaker, saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat EXCO berkaitan dengan Lantikan Penggantian Kekosongan Lantikan yang ditinggalkan oleh Parti Bersatu, kalau diikutkan tadi kata 1 Disember 2020 baru pelantikan jadi ada kekosongan tempoh yang cukup panjang ataupun adakah mereka ini bila akan dilantik untuk menggantikan.
\nY.B PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL Yang Berhormat Meru, saya sebut tadi telah diganti pada mesyuarat yang lepas iaitu pada 8 Julai 2020 tetapi mungkin ada lah satu dua yang ada kekosongan. Jumlah mereka semua adalah 65 tetapi yang saya sebutkan yang terakhir 31 Disember 2020 semua MPKK, semua pengerusi akan tamat perkhidmatannya pada 31 Disember 2020. Jadi tahun 2021 sama ada mereka akan disambungkan ataupun dinamakan yang lain itu akan dilakukan. InsyaAllah.
\nbila mereka akan mula bertugas. Yang 65 orang itu
\nMereka semua akan mula bertugas
\nY.B PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL
\nYa, sudah mula.
\nY.B DATO\u2019 DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI
\nSoalan tambahan.
\nDipersilakan Banting.
\nTerima kasih Tuan Speaker, soalan saya ke 32. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN LAU WENG SAN (N52 BANTING)
\nTAJUK : KEBAJIKAN PEKERJA LADANG DI KUALA LANGAT
\n32. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
\nBerapa banyak pekerja ladang di Selangor dari tahun 2009 hingga 2019 mengikut pecahan kaum di setiap kawasan DUN?
\nApakah rancangan-rancangan yang bakal diketengahkan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu mempertingkatkan taraf kehidupan golongan pekerja ladang?
\nTuan Speaker saya minta izin untuk menjawab soalan 32 bersamaan dengan soalan 72, soalan daripada Yang Berhormat Bukit Gasing. Menurut sumber dari Jabatan Tenaga Kerja JDK bertarikh 6 Jun 2020 penularan Pandemik COVID-19 yang melanda negara tidak memberi impak secara langsung kepada pekerja ladang warganegara di Negeri Selangor, khususnya memandangkan Kerajaan Negeri membenarkan Sektor Perladangan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac 2020. Namun begitu saya berpandangan bahawa butiran tidak secara menyeluruh memandangkan tiada data terkumpul dan bancian dilaksanakan berkenaan perkara ini. Untuk maklumat Yang Berhormat Bukit Gasing dan Kampung Tunku, jumlah pekerja ladang di Negeri Selangor tidak di rekod secara khusus di mana pekerja ladang dibahagikan kepada 3 kategori. Pertama terdapat pemilik ladang yang mengajikan pekerja ladang secara tetap dan pekerja tersebut dikenal pasti sebagai pekerja ladang, kedua terdapat pemilik ladang membenarkan pihak swasta bekerja di ladang di mana mereka tersebut bekerja secara kontrak dan tidak dianggap sebagai pekerja ladang dan ketiga terdapat pekerja ladang yang bekerja sebagai kontraktor persendirian untuk membuat kerja-kerja di sektor perladangan. Justeru impak COVID-19 terhadap pekerja ladang warganegara di Negeri Selangor tidak dapat dikenal pasti secara tepat dan menyeluruh. Dalam pada itu berdasarkan rekod, bilangan pekerja ladang yang berdaftar di Jabatan Tenaga Kerja yang bertarikh 6 Jun 2020 adalah mengikut cawangan dan bilangan pekerja ladang pada tahun 2009 sehingga 2019 saya tidak ada jadual di sini tapi
\nsaya akan bekalkan kepada Yang Berhormat Kampung Tuanku nanti. Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri sentiasa peka terhadap keadaan sosio ekonomi keluarga yang kurang berkemampuan khususnya dalam kalangan pekerja ladang dan bekas pekerja ladang. Sebagaimana kita sedia maklum, Kerajaan Negeri pada ketika dahulu telah merangka program-program untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan berdasarkan kaum di mana program-program melibatkan kampung tradisi adalah khusus untuk membantu masyarakat melayu. Program-program melibatkan kampung baharu pula dikhususkan untuk membantu masyarakat cina. Manakala program-program yang dirangka di bawah Jawatankuasa Pekerja Ladang, adalah dikhususkan untuk membantu masyarakat India. Kerajaan Negeri menyedari masalah sosio ekonomi dalam kalangan pekerja ladang dan masyarakat India bukan suatu perkara yang baharu di mana rata-rata mereka adalah terdiri dari kumpulan B40. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memelihara kebajikan golongan ini dengan mewujudkan dua (2) Portfolio di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin yang khusus untuk membantu pekerja ladang. Pertama Portfolio Pembangunan Pekerja Ladang dan kedua Portfolio Program Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang. Di bawah Portfolio Pembangunan Pekerja telah merencanakan beberapa program bercirikan Ladang, Kerajaan Negeri kebudayaan, kemahiran serta motivasi. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Estate Land Board (ELB) juga membantu dan meneliti setiap permohonan ladang-ladang bagi tujuan pembangunan dan pertukaran pemilikan ladang yang berkeluasan melebihi 100 ekar dengan mengambil kira pelbagai aspek. Penelitian ini adalah bagi memastikan bahawa pertimbangan dan kelulusan akan mengambil kira fasiliti yang terdapat di dalam ladang berkenaan seperti sekolah, rumah ibadat, tapak perkuburan dan sebagainya adalah terjamin. Ia adalah bagi membantu mereka untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya demi memastikan mereka terus berdaya saing dan maju seiring dengan pembangunan negeri yang semakin pesat membangun.
\nPembangunan ekonomi dalam kalangan pekerja ladang atau bekas pekerja ladang merupakan teras kepada kehidupan yang lebih selesa dan terjamin pada masa hadapan. Justeru itu, program-program yang telah dilaksanakan melibatkan pekerja ladang dan juga bekas pekerja ladang di Negeri Selangor memberi tumpuan untuk meningkatkan pendapatan sampingan mereka menerusi penganjuran kursus kemahiran jangka pendek seperti pembuatan kek dan coklat, kelas jahitan, kelas solekan, pembaikan peralatan, pembuatan kraf tangan serta ceramah dan taklimat yang membantu meningkatkan keyakinan dan semangat dalam kalangan pekerja ladang untuk terus maju dan berdaya saing. Program-program kemahiran seperti ini dilihat sedikit sebanyak dapat membantu para pekerja ladang memantapkan asas-asas ilmu kemahiran ilmu yang boleh menjana pendapatan sampingan. Kerajaan Negeri juga turut memberi tumpuan utama kepada program pendidikan anak-anak pekerja ladang.
\nDi bawah Portfolio Program Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang, Kerajaan Negeri telah merancang dan menyusun lebih banyak program berdasarkan peruntukan yang diluluskan dan memastikan ianya dapat dibelanjakan secara berhemah dan teratur. Antara program-program yang terdapat di bawah Portfolio Program Pendidikan Anak - anak Pekerja Ladang adalah seperti berikut. Sumbangan Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah, Bantuan Yuran Pengajian (IPTA/IPTS) di Malaysia, Program Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR), Program\u2013 program Motivasi Anak Pekerja Ladang (Program Ad-Hoc) dan Program Pembangunan Sains, Sukan, Inovatif dan Kebudayaan. Salah satu perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri terhadap anak-anak pekerja ladang atau bekas pekerja ladang adalah untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif. Dengan adanya persekitaran pembelajaran yang lengkap, secara tidak langsung dapat menarik minat anak-anak pekerja ladang atau bekas pekerja ladang untuk menimba ilmu pengetahuan. Komitmen Kerajaan Negeri berhubung perkara ini dapat dilihat melalui pembinaan Asrama Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Midlands, Shah Alam dan yang terkini Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Coalfields, Kuala Selangor. Melalui pembinaan projek tersebut, ia dapat membantu anak- anak pekerja ladang atau bekas pekerja ladang untuk mendapat pendidikan yang lebih sempurna dengan kemudahan-kemudahan dan teknologi terkini melalui persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, selesa dan kondusif. Secara tidak langsung, dengan adanya kemudahan- kemudahan pembelajaran dan akses kepada maklumat pendidikan terkini, ia dapat mendorong dan memupuk minat anak-anak pekerja ladang atau bekas pekerja ladang untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta untuk mencapai cita-cita. Secara tidak langsung, anak-anak pekerja ladang atau bekas pekerja ladang ini dapat memperluaskan bidang pekerjaan dan membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi keluarga dengan menggunakan ilmu pengetahuan dan pendidikan yang telah mereka peroleh dan pelajari. Secara keseluruhannya, melalui penganjuran program-program sebegini, masyarakat India khususnya anak-anak pekerja ladang atau bekas pekerja ladang dapat di berdayakan sekali gus mengurangkan masalah keciciran golongan ini. Dalam pada itu saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gasing yang menanyakan program terbaru ataupun skim baru untuk dalam impak COVID-19 ini. Kita sebenarnya ada program, Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan pantas dengan menghulurkan bantuan kepada pekerja ladang dan bekas pekerja ladang semasa tempoh PKP semasa penularan pandemik COVID-19 melalui program, satu program khas untuk membantu seramai 5,000 pekerja ladang dan bekas pekerja ladang di mana mereka rata-rata adalah golongan B40 yang dikenal pasti melalui Ketua Komuniti India dan Ahli Majlis berketurunan India. Sekian, terima kasih.
\nY.B TUAN LAU WENG SAN
\nSoalan tambahan.
\ndengan soalan nombor 13. Saya persilakan Pandamaran. : Soalan nombor 32, Seri Setia telah dijawab bersekali
\nTerima kasih Tuan Speaker. Soalan saya 34. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN LEONG TUCK CHEE (N47 PANDAMARAN)
\nTAJUK : BANTUAN KEWANGAN KEPADA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN
\n34. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
\nNyatakan tarikh penyerahan bantuan kewangan kepada sekolah jenis kebangsaan.
\nSenaraikan sekolah-sekolah yang telah diluluskan mengikut DUN.
\nY.A.B. DATO\u2019 MENTERI BESAR Terima kasih Pandamaran dan Ahli-Ahli Dewan yang saya kasihi sekalian. Disebabkan oleh bencana COVID-19 Kerajaan Negeri terpaksa menstruktur semula program penyerahan bantuan kepada sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Agama Rakyat yang kita laksanakan sebelum ini. Sebelum ini kita laksanakan dua sesi penyampaian dan In syaa Allah kita akan laksanakan satu sesi sahaja pada tahun ini dan pada saat ini Jawatankuasa Pendidikan Negeri Selangor sedang meneliti senarai akhir yang telah dikemukakan melalui pejabat-pejabat Dewan Undangan Negeri ataupun melalui jawatankuasa-jawatankuasa sekolah. In syaa Allah.
\nUntuk soalan (b) dan kita akan laksanakan secepatnya adalah pada akhir Julai ini ataupun pada awal bulan Ogos nanti, In syaa Allah. Tarikh, yang kedua senarai sekolah- sekolah yang telah diluluskan mengikut DUN yang diberikan secara bertulis. Secara ringkasan, taburan permohonan mengikut DUN adalah seperti berikut:-
\nSungai Air Tawar ada 6 jenis sekolah ada 6 sekolah yang diluluskan. 5 untuk SJKC dan 1 untuk SJKT ya. Soalan ini untuk SJKC dan SJKT sahaja sebab Sekolah Agama Rakyat tidak dipinta jadi kita tidak senaraikan ya.
\nSabak ada 3 sekolah. 2 untuk SJKC dan juga SJKT 1.
\n3. Sungai Panjang 1 iaitu SJKC.
\nSekinchan ada 4. SJKC 2. SJKT ada 1. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan 1.
\nHulu Bernam ada 5. SJKC 1, SJKT 4.
\nKuala Kubu Baharu. SJKT ada 2.
\nBatang Kali. SJKC 3. SJKT 3.
\nSungai Burung. SJKC 4.
\nPermatang. SJKC 2. SJKT 6.
\n10. Bukit Melawati. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 5.
\nIjok. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 2. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 1.
\n12. Jeram. SJKC 3. SJKT 3. 6.
\n13. Kuang. Ada 3 sekolah. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 2 dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 1.
\n14. Rawang. SJKC 2. SJKT 2.
\n15. Taman Templer. SJKC 1.
\n16. Sungai Tua. SJKC 1. SJKT 1.
\n17. Bukit Antarabangsa. Ada 3 sekolah. SJKC 2. SJKT 1.
\n18. Teratai ada 1. SJKC 1.
\n19. Dusun Tua ada 2 sekolah. Kedua-duanya SJKC.
\n20. Semenyih ada 5 sekolah. SJKC 3. SJKT 2.
\n21. Kajang ada 7 sekolah. SJKC 4. Mubaligh 2, (SMJK) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan 1.
\n22. Sungai Ramal ada 1. SJKC 1. 23. Balakong 4. SJKC 4. 24. Seri Kembangan ada 1. SKJC 1.
\n25. Seri Serdang ada 2. Masing-masing ada 1 daripada SJKC dan SJKT. 26. Kinrara ada 3. Tiga-tiga SJKC.
\n27. Subang Jaya 3. Tiga-tiganya SJKC.
\n28. Seri Setia 1 iaitu SJKT.
\n29. Taman Medan 1. SJKC 1.
\n30. Bukit Gasing ada 4 yang melibatkan 1 SJKC, 1 SJKT, 1 Sekolah Mubaligh. Eh apa pasal ada 3 sahaja ni? (Ketawa). Bukit Gasing ada 3. Ada satu lagi iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Maafkan saya. Ni Bukit Gasing ada 2 kolum. Maaf kan saya.
\n31. Kampung Tunku ada 2. Kedua-duanya SJKC.
\n32. Bandar Utama ada 5. SJKC 4. SJKT 1.
\n33. Bukit Lanjan ada 2. Kedua-duanya SJKC.
\n34. Paya Jaras ada 1 iaitu SJKT.
\n35. Kota Damansara SJKC 1 dan SJKT 1.
\n36. Kota Anggerik ada 4. SJKC 1. SJKT 3.
\n37. Batu Tiga, 3. Ketiga-tiganya SJKC.
\n38. Meru ada 4. Setiap SJKC ada 2. SJKT 2.
\n39. Sementa ada 4. SJKC 2. SJKT 2.
\n40. Bandar Baru Klang ada 6. SJKC 2. SJKT 3. SMJK ada 1.
\n41. Pelabuhan Klang ada 3 iaitu 2 SJKC dan 1 SJKT.
\n42. Pandamaran ada 7. Patutlah bertanya. SJKC ada 3. Mubaligh ada 4.
\n43. Sentosa ada 3. SJKC ada 1 dan SJKT ada 2.
\n44. Sungai Kandis 1 iaitu SJKT.
\n45. Kota Kemuning ada 5. SJKC 3. SJKT ada 2.
\n46. Sijangkang ada 4. Keempat-empatnya Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Dan
\n47. Banting ada 7. SJKC ada 2. SJKT 5.
\n48. Morib ada 4 iaitu dua bagi setiap jenis kebangsaan.
\nTanjung Sepat ada 4. 1 SJKC dan 3 SJKT.
\n49. Dengkil 6. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 2 dan juga SJKT ada 4.
\n50. Sungai Pelek ada 8. Iaitu SJKC 4. SJKT 3 dan Sekolah Mubaligh 1.
\nTerima kasih.
\nTeratai.
\nmemberi bantuan kewangan kepada SK dan SMK? : Tuan Speaker, adakah Kerajaan Selangor juga
\nY.A.B. DATO\u2019 MENTERI BESAR Terima kasih. Dasar kita sejak daripada tahun 2009 diperkenalkan peruntukan-peruntukan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan adalah untuk menambah. Ini adalah sekolah-sekolah bantuan separa kerajaan. Sepenuhnya Sekolah Kebangsaan itu adalah bantuan penuh kerajaan. So, memang dalam jadual yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Sekolah-Sekolah Kebangsaan ini memang sepenuhnya di bawah Kerajaan Persekutuan dan kita sebenarnya tidak secara langsung berurusan.
\nJusteru, Kerajaan Negeri menambah kepada sekolah-sekolah bantuan separa kerajaan ini untuk mereka melengkapkan sebelum ini mereka adalah masalah daif dari segi infra, daripada segi kelengkapan mengajar dan juga perkara-perkara lain yang perlu dibantu
\ndan sebab itu Kerajaan Negeri bantu untuk inisiatif pendidikan selain daripada inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam melalui rangkaian sekolah-sekolah agama dan juga maahad-maahad. Sekolah-sekolah agama yang di bawah tajaan dan kelolaan Jabatan Agama. So, memang itu sebelum ini di bawah Kerajaan Persekutuan ketika kita bersama PH pun masih di bawah Kerajaan Persekutuan dan kalau kita PH lagi pun, In syaa Allah Persekutuan lagi. In syaa Allah, terima kasih.
\nSoalan tambahan.
\nHulu Bernam.
\nOk. Saya nak tanya kepada Menteri Besar tentang Sekolah Rendah Agama pulak. Bantuan. Walaupun tadi yang Persekutuan yang ni bawah Kerajaan Negeri. Apakah bantuan yang ada kepada Sekolah Rendah Agama?
\nY.A.B. DATO\u2019 MENTERI BESAR Untuk Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, memang kita sudah ada peruntukan di dalam Jabatan Agama Islam dan salah satu peruntukan yang besar di dalam Jabatan Agama Islam adalah untuk pendidikan dan SRA ataupun Sekolah Rendah Agama di bawah Jabatan Agama Islam selain MITS, Maahad Integrasi yang Sains dan Integrasi yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri itu sepenuhnya di bawah pengelolaan Jabatan Agama Islam yang sebahagian besar daripada peruntukan itu adalah peruntukan-peruntukan yang telah dikemukakan dan dikelola dan hampir sepenuhnya operasi adalah daripada operasi Jabatan Agama Islam dan juga Kerajaan Negeri. Untuk maklumat Hulu Bernam. Terima kasih.
\nMorib.
\nTerima kasih Tuan Speaker.
\nY.B. TUAN HASNUL BIN BAHARUDDIN Soalan saya ke 35.
\nPERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN HASNUL BIN BAHARUDDIN (N53 MORIB)
\nTAJUK : JALAN DARI PANTAI MORIB KE PANTAI KELANANG (LALUAN ALTERNATIF)
\n35. Bertanya kepada Y.A.B. Dato\u2019 Menteri Besar:-
\nAdakah perancangan dari pihak Kerajaan Negeri untuk menambah baik jalan dari Pantai Morib ke Pantai Kelanang (laluan alternatif) kemudahan lampu jalan masih tidak mencukupi.
\nTerima kasih kepada Yang Berhormat Morib. Morib bertanyakan soalan berhubung dengan jalan dari Pantai Morib ke Pantai Kelanang sama ada akan ada kerja-kerja penambahbaikan ataupun penaiktarafan daripada Jalan Pantai Morib ke Pantai Kelanang. Terdapat dua (2) jalan alternatif dari Pantai Morib ke Pantai Kelanang iaitu Jalan Sungai Hantu Tongkah dan Jalan Morib Tongkah. Hah, ni ada Sungai Hantu ya. Berdasarkan kepada rekod MARRIS, buat masa ini tiada perancangan daripada Pihak Kerajaan Negeri melalui JKR untuk menaik taraf laluan tersebut. Walau bagaimanapun sebagaimana yang kajian-kajian yang kita buat pada jalan-jalan yang lain, pihak JKR telah mengkaji keperluan untuk menaik taraf untuk membantu membaiki dari segi aspek keselamatan dan juga lampu jalan untuk tahun 2020. Ini dalam proses ya. Terima kasih.
\nMorib.
\nSoalan tambahan. Dalam soalan Y.B. TUAN HASNUL BIN BAHARUDDIN tu ada ditanya berkaitan dengan kemudahan lampu jalan yang mana sebahagiannya telah di naik taraf tapi sebahagian lagi masih dalam keadaan yang gelap lah jadi mohon penjelasan.
\nItu yang saya sebut tadi dari segi aspek keselamatan sebab lampu jalan ini berkait rapat dengan aspek keselamatan itu memang dalam perancangan untuk tahun 2020 ini yang dibuat oleh pihak JKR. Termasuk lampu jalan ya, keselamatan.
\nSoalan 17. Saya mempersilakan Bukit Gasing. : Soalan 26 Kota Anggerik sudah dijawab sekalian dengan
\nTerima kasih Tuan Speaker. Soalan 37.
\nTerima kasih Tuan Speaker. Soalan 37.
\nPERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN RAJIV A/L RISHYAKARAN (N34 BUKIT GASING)
\nTAJUK : IMPAK PEMBERHENTIAN AIR PERCUMA
\n37. Bertanya kepada Y.A.B. Dato\u2019 Menteri Besar:-
\nAdakah pemberian air percuma secara automatik yang dihentikan baru-baru ini mengurangkan purata kegunaan seharian untuk pelanggan domestik?
\na)
\nBerapakah permohonan air percuma yang diterima dan diluluskan setakat ini?
\nTerima kasih Bukit Gasing. Bukit Gasing ingin bertanyakan soalan berhubung dengan impak daripada pemberhentian air percuma Negeri Selangor yang kita telah mula laksanakan pada tahun ini dan ingin mengetahui adakah soalan pertamanya adakah akan mengurangkan purata penggunaan air untuk pelanggan domestik yang kedua berapakah permohonan air percuma yang diterima dan diluluskan setakat ini.
\nUntuk makluman Yang Berhormat Bukit Gasing, purata penggunaan air seharian para pelanggan domestik di Negeri Selangor adalah seperti berikut, untuk kalau saya sebut daripada Januari tahun 2020 sehingga Mei ya iaitu penggunaannya laporan bulan Januari ialah 43 juta meter padu. Bulan Februari 42.8 juta meter padu. Bulan Mac 44.3 juta meter padu peningkatan di situ. Bulan April penurunan 42.43 juta liter dan pada Mei meningkat mendadak daripada 42.43 kepada 62.5 juta meter padu.
\nBerdasarkan kepada akaun yang ada peningkatan daripada sebenarnya penurunan ya daripada 1.687 juta akaun pada bulan Januari dan kini bulan Mei 1.633 juta akaun jadi saya boleh buat secara purata penggunaan akaun setiap hari ialah pada bulan Januari 0.82 meter padu per akaun per hari. Meningkat kepada Februari 0.91. Pada bulan Mac 0.84 turun. Bulan April 0.86 meningkat tetapi pada bulan Mei meningkat daripada 0.86 kepada 1.23 meter padu per akaun per hari. Data purata penggunaan harian bagi pelanggan domestik bermula pada bulan Mac hingga Mei tidak lah dapat kita jadikan ukuran yang tepat bahawa pelanggan domestik menggunakan air secara berkurangan ini kerana disebabkan oleh kebanyakan pelanggan berada di rumah ya, 24 jam berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat oleh Kerajaan semasa Pandemik COVID-19 bermula Mac. 18 Mac hingga 31 Mei. Jadi kebetulan kita melaksanakan Program Air Percuma ini berlaku pulak PKP dan sebagainya jadi angka yang bulan-bulan berkenaan tidak boleh lah dijadikan ukuran sebenarnya tentang penggunaan air yang tepat ini kerana semua kita berada di rumah dan tentulah penggunaan air yang banyak dan ada macam saya di rumah kalau keluar 4 kali balik 4
\nkali mandi. Itu syarat dia. Siapa yang keluar rumah balik kena mandi banyak kali sebab COVID. Pendamik COVID. Tapi saya rasa, mungkin ke depan ini kita mungkin boleh membuat pemantauan dan kita faham bahawa perlunya kita memastikan penggunaan air sebab Malaysia ni sangat tinggi penggunaan air. Biasa 220 \u2013 250 liter sehari tinggi ya berbanding dengan Singapura di sekitar 160. Sangat banyak penggunaan air yang kita di Malaysia ini dan juga di Negeri Selangor.
\nPermohonan pendaftaran Skim Air Darul Ehsan yang kita lancarkan di bawah penjajaran semula iaitu SADE (Skim Air Darul Ehsan) sehingga 31 Disember 2019 adalah sebanyak 226,969. Daripada jumlah ini sebanyak 15,625 tidak dapat diproses kerana pendaftarannya ke dalam Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) kerana sebab- sebab berikut:-
\ni. Nombor kad pengenalan telah digunakan oleh pemohon lain antaranya ya;
\nii. Nombor meter air telah digunakan oleh pemohon lain;
\niii. Nombor telefon telah digunakan oleh pemohon lain; saya pun tak faham macam mana boleh berlaku ni dan
\niv. Maklumat permohonan yang tidak lengkap seperti tidak kemukakan nombor Kad Pengenalan, alamat e-mel, nombor akaun air, alamat kediaman/premis dan maklumat pasangan.
\nSelanjutnya, setelah semak silang dibuat ke atas 211,344 permohonan menggunakan data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kategori Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi memastikan kesahihan permohonan berdasarkan kepada kelayakan jumlah pendapatan di bawah RM 4,000.00, yang kita syaratkan mesti pendapatan di bawah RM 4,000.00. Sebanyak 199,254 layak mendapat SADE ataupun Skim Air Darul Ehsan dan 12,090 permohonan tidak layak kerana tidak memenuhi syarat pendapatan.
\nDengan mengambil kira penduduk rumah pangsa kos rendah dalam kategori meter pukal yang secara automatik layak mendapat air percuma di bawah SADE, jumlah keseluruhan pengguna air Negeri Selangor yang menikmati SADE adalah sebanyak 250,000 akaun.
\nSekian.
\nBatang Kali.
\nTerima kasih Yang Berhormat Tuan Y.B. HARUMAINI BIN HAJI OMAR Speaker. Saya cuma nak tanya soal syarat e-mel kepada pengguna air yang disyaratkan bila mana di kampung-kampung kita melihat warga-warga emas ataupun kebanyakan orang kampung tidak ada e-mel. So, adakah kerajaan cadang untuk e-mel ini ditukar kepada kaedah yang lain, whatsapp ke ataupun cara yang dapat memudahkan orang kampung dapat mendaftar sebagai pengguna air ini, terima kasih.
\nTerima kasih Batang Kali, kita faham perkara ini yang telah kita mendapat aduan begini dan kita telah memberikan kelonggaran mereka untuk menggunakan bil sedia ada bagi membantu untuk pendaftaran. Jadi kita boleh gunakan itu ya, jadi menyediakan bil sedia ada, bil yang lepas-lepas itu, daripada situ kita boleh uruskan untuk mendaftarkan mereka ya, tidak ada masalah, terima kasih.
\nBukit Gasing.
\nTerima kasih, so memandangkan masih Y.B. TUAN RAJIV A/L RISHYAKARAN : ada rakyat yang tidak tahu bahawa Skim Air Percuma ini kena berdaftar, adakah Kerajaan Negeri akan membuka ruang untuk mendaftar sampai bila dan mohon beri penjelasan.
\ntentang pendaftaran ini sebab peringkat awal dulu kita dapati memang sangat lambat atau pun sangat kurang yang berdaftar, jadi kita telah melaksanakan pelbagai program promosi dan juga pendaftaran yang dibuat di merata tempat melalui Pusat Khidmat, melalui Ketua Kampung dan juga melalui PBT. Banyak kaedah yang kita gunakan dan ada peningkatan yang agak ketara tapi walau bagaimanapun, kita tahu masih ramai yang belum dan kita dengan itu kita membuka ruang untuk terus berdaftar. Kita sebenarnya tidak limitkanlah walaupun asalnya kita kata bulan Mac tapi kita buka sehingga Jun dan kita terus buka lagi untuk membenarkan rakyat yang belum lagi mendaftar untuk berdaftar. Dan program pemakluman atau pun promosi terus kita laksanakan bagi mencapai tahap sebanyak yang mungkinlah yang layak untuk berdaftar, terima kasih.
\nSungai Kandis.
\nBerhormat Speaker, soalan Sungai Kandis nombor 38. Terima kasih Yang
\nPERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN MOHD ZAWAWI BIN AHMAD MUGHNI

\nTAJUK : KESAN PEKERJAAN AKIBAT PKP
\nBerapakah anggaran jumlah rakyat yang kehilangan pekerjaan akibat PKP?
\nApakah Kerajaan Negeri mempunyai sistem pendaftaran pangkalan data untuk mereka yang mencari pekerjaan?
\nBerapakah jumlah premis perniagaan tidak sah warga asing yang telah dikenal pasti dan tindakan yang telah diambil mengikut PBT?
\nY.A.B. DATO\u2019 MENTERI BESAR tidak mempunyai sistem pendaftaran pengkalan data untuk pencari kerja buat masa kini. Namun begitu, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai jalinan kerjasama dengan pihak JobsMalaysia di mana laman web JobsMalaysia berfungsi sebagai padanan dan carian pekerjaan atas talian bagi seluruh rakyat Malaysia. Pencari kerja khususnya rakyat Selangor boleh mendaftar di laman web www.jobsmalaysia.gov.my untuk mencari pekerjaan dan mendapat notifikasi padanan pekerjaan melalui e-mel yang telah didaftarkan secara percuma. Daripada anggaran Jabatan Buruh kepada Invest Selangor baru-baru ini, dianggarkan untuk soalan (a) pada setakat Julai sahaja, ada sekitar 4,000 pembuangan pekerjaan berlaku. Ini tak termasuk kepada pengangguran yang sedia ada. Sebelum ini kadar pengangguran kita lebih rendah daripada kadar nasional. Kita sekitar 3.1, Nasional 3.2, semalam Paya Jaras ada menyebutkan dan dijangkakan kemungkinan ada faktor tambahan yang berlaku. Dan hip sebenarnya kita akan lihat pada akhir tahun ini. Sebab itu salah satu daripada Pakej Rangsangan kita Kerjaya Selangor iaitu satu tempat untuk mereka merujuk peluang pekerjaan baru, sektor baru, up scaling risk scaling untuk ditingkatkan kemahiran dan menukar kemahiran mereka agar kita dapat menangani dan membantu mereka-mereka yang memerlukan selepas daripada berlakunya pengangguran yang diakibatkan oleh penutupan beberapa syarikat-syarikat yang tidak mampu bertahan atau pun mampu stand ketika berdepan dengan krisis selepas pasca atau pun pasca Covid-19.
\nUntuk soalan (c), berkenaan dengan premis perniagaan tidak sah warga asing yang telah dikenal pasti dan tindakan yang telah diambil mengikut PBT. Kita telah laksanakan UKK atau pun Undang-undang Kecil yang tidak membenarkan bukan sahaja pemilikan yang sudah jelas dalam peraturan kita tetapi juga tentang pekerja-pekerjanya. Dan insyaAllah dengan UKK ini penguatkuasaan yang berterusan dapat dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan angkanya kita akan sebutkan nanti setelah ia dilaksanakan secukupnya. Saya rasa ia telah dilaksanakan cuma kita belum mendapat pengesahan berapa banyak operasi dan sebagainya. Baru-baru ini sebagai contoh Yang Berhormat EXCO kita turut
\nberada di Pandamaran, Klang untuk membuat serbuan-serbuan dan kita akan teruskan daripada masa ke semasa, terima kasih.
\nTUAN SPEAKER : Sungai Kandis. Soalan tambahan.
\nTerima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan tambahan berkenaan dengan isu yang dibangkitkan berkenaan dengan pengangguran. Jawapan yang diberikan oleh Sungai Tua berkenaan dengan JobsMalaysia, jadi saya Sungai Kandis melihat sejauh manakah JobsMalaysia berkesan digunakan oleh penduduk di Selangor untuk mencari pekerjaan kerana kita melihat rata- rata yang tidak ada pekerjaan ini ialah golongan yang berpendapatan rendah, pendidikan rendah dan mereka akhirnya membuka kedai-kedai di tepi jalan dan saya kira Kerajaan Selangor sudah tiba masanya untuk ada pengkalan data sendiri untuk pekerjaan rakyat Selangor apps yang boleh diakses seperti mana SELangkah. Kita mampu sebab kita ada kepakaran dan kita ada keupayaan. Jadi saya yakin Selangor boleh mendahului sistem ini kerana pengalaman kami menggunakan sistem JobsMalaysia walau pun dia percuma, jadi bila percuma ini orang menilai yang percuma biasanya kurang berkesan, kurang efektif. Ini yang cabaran yang kita hadapi.
\nKeduanya berkaitan dengan premis-premis warga asing ini yang saya kira sudah berlarutan. Contohnya di pasar-pasar borong di Selangor ini di daerah Klang khususnya di mana petani-petani kita tidak dapat menjual barang atau pun produk pertanian mereka kerana warga-warga asing ini mereka buang harga. Akhirnya petani kita tidak ada pilihan melainkan terpaksa juga menjual walau pun dengan harga yang sangat rendah. Justeru itu saya ingin bertanya apakah halangan, cabaran yang dihadapi oleh penguatkuasaan dalam masalah ini.
\nUntuk sistem pengkalan data saya perlu memang baik tapi ia telah dilaksanakan oleh Jabatan Buruh atau pun Jabatan Tenaga Kerja yang telah memberikan data-data yang cukup accurate, sebagai contoh semalam Paya Jaras telah menyebutkan daripada 10,000 yang telah dibuang kerja, dalam masa yang sama Jabatan Tenaga Buruh merekodkan 30,000 yang lain telah mendapat kerja menunjukkan bahawa bukan hanya 10,000 sahaja itu boleh berpeluang mendapat kerja tetapi ada 20,000 orang lain yang datang ke Selangor sebagai pelajar, sebagai berhijrah telah diberikan peluang pekerjaan yang sedia ada. So far, atau pun setakat ini Jabatan Buruh telah melaksanakan tugasnya namun bagaimana kita integrasi data itu saya anggap ia adalah tugas yang seterusnya. Sebab itu kita laksanakan Kerjaya Selangor itu. Ini adalah untuk menangani limpahan nanti ya, limpahan bagaimana mereka yang tidak bekerja dan sebagainya itu dapat kita bantu atau pun tempatkan mereka, matchingkan mereka dengan peluang-peluang pekerjaan yang baharu atau pun peluang- peluang yang sedia ada yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan baharu.
\nBerkenaan dengan peniaga-peniaga yang memang ada cabaran, sebab itu kita tegas, sebab itu kita mulakan dengan gimik politik atau pun bukan dengan pengumuman tapi kita mulakan pengubalan Undang-undang Kecil. Undang-undang Kecil yang dilaksanakan di pihak-pihak PBT di selaraskan khususnya di bawah Yang Berhormat Batu Tiga kita dan juga Pihak Berkuasa Tempatan akan membuat pemantauan daripada masa ke semasa dan kita sendiri harus melaksanakan tanggungjawab kita iaitu tidak melayan dan membeli atau pun menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan. Ini masalahnya dia tak suka tengok ada rasa kurang selesa, peraturannya jelas tetapi kita benarkan secara melayan membeli dengan pihak-pihak atau pun kedai- kedai dan juga warga asing yang disebutkan tadi. Itu jelas daripada awal lagi peraturan tidak membenarkan, terima kasih.
\nSungai Pelek, tidak hadir. Kota Damansara.
\nSoalan saya yang ke-40.
\nPERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN SHATIRI BIN MANSOR (N39 KOTA DAMANSARA)
\nTAJUK : PELAN TINDAKAN HALA TUJU KHUSUS AEROANGKASA SELANGOR (2020-2030)
\nApakah usaha atau tindakan Kerajaan Negeri apabila berlaku pembuangan pekerja-pekerja akibat penstrukturan syarikat kerana dasar Kerajaan Pusat. (i.e. pemberhentian pekerja-pekerja mahir di Syarikat AIROD Sendirian Berhad).
\na)
\n, Yang Berhormat Kota Y.B. DATO\u2019 TENG CHANG KHIM Damansara bertanyakan usaha atau tindakan Kerajaan Negeri apabila berlaku pembuangan pekerja-pekerja akibat penstrukturan syarikat kerana dasar Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri menerusi Divisyen S-DAICO atau Selangor Darul Ehsan Rules Ways Industry Co-ordinating Office dalam Invest Selangor mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai syarikat-syarikat yang berkaitan dan kita sedang cuba mengumpul data- data yang berkaitan supaya pihak kerajaan boleh membuat pemadanan tenaga kerja dengan syarikat-syarikat yang memerlukannya.
\nSoalan tambahan.
\nKota Damansara.
\nTerima kasih Tuan Speaker dan jawapan yang diberikan oleh EXCO. Saya ingin menyingkap kembali tentang Syarikat AIROD Sdn Bhd. AIROD Sdn Bhd ini mempunyai sejarah yang lama berkaitan dengan pekerja. Kalau kita buka rekod mahkamah mereka ini mempunyai sejarah menganiaya pekerja. Saya ingin menarik perhatian Dewan, baru-baru ini pekerja AIROD ada mengadu kepada saya berkenaan hampir 200 pekerja yang dibuang. Dan 60 daripada mereka dibuang dengan cara yang tidak adil dan 60 mereka ini, kebanyakan mereka mempunyai kemahiran yang tinggi. Dan usia yang 60an, 50an susahlah mereka hendak minta kerja. Dan di bawah S-DAICO ini saya melihat fungsi S-DAICO ini amat besar. Syabas dan tahniah Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha untuk membantu Syarikat AIROD Space Angkasa dan maju. Dan AIROD ini adalah satu syarikat yang peneraju dalam bidang AIROD Angkasa. Dan di Kota Damansara sendiri adalah pusat AIROD Angkasa. Saya khuatir kalau Kerajaan Negeri tidak menangani masalah pekerja ini dengan serius akan lebih meningkat lagi kadar pengangguran walaupun kita kata sekitar 60 orang. Tetapi 60 orang ini di belakang mereka ialah keluarga dan anak-anak yang selama ini mendapat rezeki daripada Syarikat AIROD.
\nSaya mengambil perkara ini secara serius kerana saya sendiri tahu AIROD Sdn Bhd ini. Jadi saya harap sangat pihak Kerajaan Negeri campur tangan dalam menyelesaikan hal dalam 60 keluarga yang diberhentikan tanpa mengikut syarat-syarat yang sepatutnya. Dan mereka ini pada pandangan saya dianiaya. Dan kalau saya tengok S-DAICO ini memberi khidmat nasihat ....
\nYang Berhormat, soalan tambahannya mana?
\nJadi saya minta soalannya simple ya. Y.B. TUAN SHATIRI BIN MANSOR Saya harap sangat, adakah Kerajaan Negeri dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran terutamanya dalam bidang AIROD Angkasa ini supaya keluarga 60 orang ini dapat dibela dengan sempurnanya, itu soalan saya, terima kasih.
\nTerima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Tuan Speaker, seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Paya Jaras semalam. Di Selangor yang dibuang kerja 10,000 tahun lepas, jadi mungkin yang 60 ini adalah di antara mereka. Jadi kalau hendak bela semua, hendak bantu kena bantu 10,000 bukan bantu yang 60. Dan kita pun tidak tahu ya, kita di pihak Kerajaan Negeri kita tidak menerima, mungkin S-DAICO juga, saya tidak mendapat maklumat daripada S-DAICO bahawa terdapat 60 pekerja dalam bidang AIROD Angkasa ini telah pun dibuang kerja dengan cara yang tidak adil.
\nWalau bagaimanapun, kalau diberikan maklumat ini juga kita ada peruntukan undang- undang yang merupakan saluran kepada mereka untuk membuat aduan sekiranya mereka terkilan dengan pemberhentian kerja yang dihadapi oleh mereka. Kita ada Jabatan Perhubungan Industri boleh menyelesaikan masalah pemberhentian kerja. Dan sekiranya ada kes yang menunjukkan bahawa pemberhentian kerja itu tidak adil, maka boleh dibawa ke Mahkamah Perusahaan. Jadi ada saluran-saluran yang di sediakan melalui undang-undang yang sedia ada ini. Jadi tidak ada, saya tidak nampak justifikasi untuk Kerajaan Negeri campur tangan dalam perkara ini. Dan sekiranya mereka memerlukan bantuan sementara, sudah tentu kita ada proses-prosesnya di mana mereka boleh membuat permohonan. Jadi saya kira itulah yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor, terima kasih.
\nSemenyih.
\nNombor 41. Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya
\nPERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN ZAKARIA BIN HANAFI (N24 SEMENYIH)
\nTAJUK : CSR MBI
\n41. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
\nSumber pendapatan baharu negeri adalah daripada keuntungan operasi GLC-GLC yang di urus oleh MBI. Di segi peraturan adalah pendapatan ini mesti dimasukkan terlebih dahulu ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri atau boleh digunakan terus oleh MBI atas nama CSR?
\nY.A.B. DATO\u2019 MENTERI BESAR Terima kasih atas soalan yang telah dikemukakan oleh pihak Semenyih. Selepas daripada tahun 2008 sebenarnya pihak Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu tabung di mana tabung-tabung ini adalah tabung Akaun Amanah Sumbangan Anak-anak Syarikat, Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan Negeri yang dilaksanakan sedikit sebanyak untuk melaksanakan serta membelanjakan program-program merakyatkan ekonomi pada ketika itu dan kemudian kita jenamakan kepada Insentif Peduli Rakyat. Walaupun daripada peruntukan RM 600 Juta itu, ia hanya telah menyumbang kepada sebahagian yang telah saya sebutkan tadi. Untuk tahun
\n2019, Kerajaan Negeri menjangkakan kita akan memperoleh sekitar RM 58 juta daripada sumbangan Anak-anak Syarikat, Kerajaan Negeri komitmen-komitmen yang diberikan namun begitu atas beberapa kekangan dan juga keadaan semasa dan sebagainya kita dapat mengutip sekitar RM 47.51 Juta daripada anak-anak syarikat Kerajaan Negeri dan sebahagian daripada sumbangan itu kita telah belanjakan lebih kurang RM 42.68 juta untuk program-program skim rawatan penyakit vaskular bersama IJN dan kita belanjakan untuk RM 5 Juta seperti program Sultan Selangor Cup, seperti sumbangan untuk Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor, Wifi Selangorku dan juga Kejohanan seperti Le Tour di Selangor dan beberapa aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan. MBI menjadi penyumbang terbesar iaitu RM 20 Juta, diikuti sebahagian besar Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Pada setakat ini pada tahun 2020 disebabkan oleh Covid dan beberapa urusan kita menjangkakan kita akan menerima juga sumbangan daripada anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor secara keseluruhan. Namun begitu dipihak-pihak Kerajaan Negeri dan Anak-anak Syarikat juga membenarkan supaya anak- anak syarikat ini juga melakukan program-program CSR secara terus ataupun projek- projek yang boleh dilaksanakan secara terus oleh anak-anak syarikat ini dan kita memang sedang merangka dan membantu supaya ia dijajarkan selepas ini supaya tidak berlaku overlapping ataupun perkara yang sama diulang di antara program Kerajaan Negeri dan Kerajaan dan juga anak syarikat Kerajaan Negeri. Namun program seperti tuisyen rakyat yang kita belanjakan lebih daripada RM 4 Juta adalah perbelanjaan terus dari MBI ataupun program untuk Selangorku Wifi Selangorku adalah perbelanjaan terus dari MBI. Lembu-lembu korban sumbangan anak-anak syarikat dan juga MBI dan juga mahabbah haji sebagai contoh yang kita belanjakan RM 6 Juta adalah terus daripada MBI dan beberapa program-program yang dirasakan sesuai teruskan difikirkan dan sumbangan dari masjid dan surau yang kita laksanakan ketika lawatan-lawatan Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri yang saya rasa nikmat dan hasilnya dinikmati oleh rakyat. Dalam pada masa yang sama laporan ini harus dibentangkan dalam mesyuarat penuh MBI ataupun meeting board MBI untuk dikemukakan dan di sekalikan dan di serasikan. Ia buka suka-suka bagi sumbangan tetapi ia berdasarkan kepada certain ataupun sebahagian projek yang lebih sesuai dilaksanakan kerana mempermudahkan aliran dan juga penyerahan sumbangan program yang dilaksanakan. Terima kasih.
\nBukit Gasing.
\nBerdasarkan Y.B. TUAN RAJIV A/L RISHYAKARAN laporan yang dibentangkan kepada Ahli Lembaga MBI, ada tak laporan kewangan MBI ini pun akan dibentangkan dalam dewan yang mulia ini pada masa.
\nSetakat ini mengikut peraturan belum Y.A.B. DATO\u2019 MENTERI BESAR ditetapkan. InsyaAllah, kalau ada kemahuan kita boleh bentangkan sebab tidak ada perkara perlu kita rahsiakan. Yang pentingnya bagi kita bagaimana MBI mampu memberikan sumbangan yang signifikan kepada Kerajaan Negeri yang urus tadbirnya dikekalkan dan dikawal good governance ataupun pentadbiran yang baik yang boleh disemak dan diperiksa. Terima kasih.
\nSijangkang
\nSoalan saya nombor 42. Terima kasih Tuan Speaker.
\nPERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. DATO' DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI (N51 SIJANGKANG)
\nTAJUK : PROGRAM INTEGRASI DAN PERPADUAN KAUM
\n42. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
\nApakah agenda Kerajaan Negeri di dalam menjamin kestabilan, kesejahteraan dan kesentosaan negeri?
\nY.A.B. DATO\u2019 MENTERI BESAR Terima kasih pihak Sijangkang telah mengemukakan apakah agenda Kerajaan Negeri untuk mengekalkan kestabilan, kesejahteraan dan kesentosaan negeri. Alhamdulillah di bawah pentadbiran yang ada di pihak Kerajaan Negeri sekarang kita melihat bahawa kestabilan Kerajaan Negeri merupakan antara isi penting dan nilai penting ciri penting yang harus kita kekalkan untuk memastikan Negeri Selangor terus maju ke hadapan dan mampu berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan-rintangan yang kita hadapi. COVID-19 mengajar kepada kita bahawa masalah seperti kaum dan agama bukan menjadi pilihan kepada virus. Ia boleh menyerang kepada siapa sahaja. Sebab itu kita harus bermuafakat dan sepakat dalam melapangi dan juga berhadapan dengan cabaran-cabaran termasuk cabaran- cabaran ekonomi. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebab itu Kerajaan Negeri cuba untuk melayani dan membantu setiap bangsa kaum dan agama dan keturunan termasuk memastikan semua yang ada dalam Negeri Selangor ini dibela. Berdasarkan kepada keperluan dan kehendak masing-masing. Isu tentang sekolah-sekolah, rumah-rumah
\nibadat Negeri Selangor adalah negeri pertama yang mempunyai satu institusi yang dipanggil Hal Ehwal Selain Islam, yang dulu pada peringkat awal untuk menguruskan rumah ibadat sahaja, tapi kini sekarang ini kita lihat aspek-aspek seperti kebudayaan seperti aspek-aspek kehidupan dan sebagainya yang saya lihat ia adalah salah satu daripada kata kunci yang mampu membantu menyesuaikan dan melihat isu toleransi bukan hanya isu di permukaan di sebaliknya pemahaman antara satu sama lain dalam menangani perbezaan dan juga perkara-perkara menimbulkan keresahan. Kerajaan Negeri menjalankan Selain kita melaksanakan pembangunan menyeluruh untuk sektor agama sebagai contoh bila dibangkitkan sekolah-sekolah agama 200 juta kita belanjakan adalah peruntukan yang terbesar untuk sekolah-sekolah agama yang ditadbir oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Namun hampir peruntukan 24 juta untuk sekolah agama yang lain seperti sekolah Cina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan sebagainya. Dalam masa yang sama kita juga melaksanakan proses bagi kawasan-kawasan yang ditempatkan yang tidak sah dan ia melibatkan rumah-rumah ibadat seperti kuil ataupun tokong dan sebagainya dengan syarat kita telah melakukan negosiasi perbincangan dan juga agenda untuk memastikan semua dapat dilayan dan dilaksanakan dengan baik. InsyaAllah bagi pihak Kerajaan Negeri dengan program shopping raya kita sebagai contoh dengan program Back To School kita yang tidak lihat perbezaan kaum dengan kembali kepada program-program perayaan ketika sambutan hari perayaan utama sama ada Deepavali, Tahun Baru Cina, Aidilfitri, dan juga penyerahan lembu-lembu korban ketika sambutan Aidiladha saya yakin masing-masing antara kita lebih memahami dan juga lebih mendalam persefahaman antara kita untuk mengekalkan kesejahteraan kestabilan Kerajaan Negeri. Terima kasih.
\nSoalan tambahan.
\nSilakan Sijangkang
\nTerima kasih Yang Berhormat Y.B. DATO\u2019 DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : Dato\u2019 Menteri Besar. Saya faham dengan laporan Kerajaan Negeri yang melibatkan semua pihak semua kaum dan juga kepelbagaian agama itu sendiri. Cuma soalan saya adakah Kerajaan Negeri merancang bagaimana ia dilihat sebagai satu program yang diadakan secara integrasi, kepelbagaian kaum itu sendiri mungkin sambutan apabila Hari Rukun Negara sebagai contoh yang baru-baru ini dilancarkan Sempena Jubli Perak itu sendiri yang mana. Message itu juga membawa adalah berikut 13 Mei 1969. Jadi saya ingat ini antara perkara kita kalau dapat mahu melihat integrasi itu benar-benar dapat diterap dilihat oleh masyarakat bukan sekadar program yang melibatkan pelbagai kaum tetapi tidak dilihat persamaan itu sendiri. Terima kasih.
\nTerima kasih Yang Berhormat. Saya kira Y.A.B. DATO\u2019 MENTERI BESAR kita agak konsisten dalam isu perayaan sambutan, sambutan cuti sambutan 16 hari bulan September sebagai contoh. Itu boleh membina inisiatif awal kerajaan Negeri sebelum akhirnya Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan cuti. 16 September sebagai umum ataupun cuti awam. Dan kemudian sambutan seperti Sambutan Hari Kemerdekaan. Kita tidak ada masalah dan kita faham, kita lihat kepada rukun negara, mari kita lihat matlamat rukun negara menubuhkan sebuah kerajaan yang demokrasi, kerajaan yang berperlembagaan dan menubuhkan kerajaan yang hormat-menghormati antara satu sama lain dan ia sebenarnya tidak tercela dalam Parlimen Malaysia yang ada sekarang. Terima kasih.
\nSoalan Tambahan.
\nTaman Medan.
\nTuan Speaker soalan Taman Medan nombor 43.
\nYang Berhormat
\nPERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN SYAMSUL FIRDAUS BIN MOHAMED SUPRI (N33 TAMAN MEDAN)
\nTAJUK : KEBAJIKAN PENUNTUT ANAK SELANGOR DI LUAR NEGARA DALAM ERA COVID-19
\n43. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
\nAdakah Kerajaan Negeri terbabit menangani permasalah pelajar IPT anak Selangor sama ada di dalam atau luar negara yang terjejas disebabkan penularan wabak COVID-19?
\nApakah langkah-langkah yang telah diambil jika benar Kerajaan Negeri ada terbabit?
\nBerapakah kos yang dibelanjakan bagi urusan tersebut?
\nBertubi-tubi. (Ketawa) Terima kasih Y.A.B. DATO\u2019 MENTERI BESAR Taman Medan, InsyaAllah. Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan telah mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah pelajar-pelajar IPT anak Selangor di dalam dan luar negara. Bagi di dalam negara melalui Pakej Rangsangan Selangor Prihatin COVID\u201319. Manakala di luar negara ianya bergantung kepada situasi semasa negara terbabit. Mana kala bagi soalan jawapan (b), apakah langkah-langkah yang diambil oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan adalah seperti berikut bantuan sara diri Bantuan Sara Diri One-Off RM 200.00 kepada mahasiswa mahasiswi Anak Selangor yang masih aktif menuntut di Institusi Pengajian Tinggi di Sabah dan Sarawak. (B), Program Makanan Percuma pula diberikan kepada mahasiswa/ mahasiswi institusi pengajian tinggi di bawah kerajaan negeri yang terpaksa kekal di kampus masing-masing di Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS. (C), manakala bagi pelajar Mesir, kerajaan negeri melalui Pejabat Atase Pendidikan telah menyediakan keperluan makan asas dan peralatan kesihatan seperti pembasmi kuman dan pelitup muka. Untuk makluman semua, baru-baru ini Kerajaan Negeri sebagai contoh tetapi Lembaga Zakat sebagai contoh telah menyampai sumbangan secara terus kepada pelajar-pelajar kita di Mesir yang berdepan masalah kekurangan makanan disebabkan lockdown, perintah PKP atau MCO yang hampir sama dengan Malaysia.
\nKos perbelanjaan yang telah diperuntukkan bagi Bantuan Sara Diri adalah sebanyak RM 161 Ribu dengan melibatkan RM 161,400.00 kepada 807 orang mahasiswa mahasiswi kepada program Makanan Percuma untuk UNISEL, KUIS dan INPENS sebanyak RM 111,120.00 dan ini adalah sumbangan daripada MBI dan ini adalah contoh CSR sebagaimana contoh yang dibangkitkan oleh pihak sebentar tadi. Manakala yang ketiga bagi Program Urus Diri Mahasiswa di Timur Tengah sebanyak RM 49,980.00 telah diperuntukkan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor, RM 20,000.00 daripada Tabung Amanah Pembangunan Islam, dan RM 180,000.00 telah kita kemukakan sumbangan daripada Lembaga Urusan Zakat Selangor ataupun Lembaga Zakat Selangor dan saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan keprihatinan Lembaga Zakat terutamanya membela pelajar-pelajar kita yang berada di Timur Tengah. Terima kasih,
\nSoalan tambahan.
\nTaman Medan.
\nTerima kasih Tuan Y.B. TUAN SYAMSUL FIRDAUS BIN MOHAMED SUPRI Speaker. Adakah pihak Kerajaan Negeri juga mengambil berat perhatian masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang anak Selangor yang bukan peringkat IPT. Yang setengahnya ada yang belajar di peringkat rendah, pra universiti, persekolahan seperti mana di Timur Tengah juga ada anak-anak pelajar itu juga yang mereka dihantar oleh ibu bapa di peringkat usia yang lebih usia yang lebih muda lagi. Terima kasih.
\nY.A.B. DATO\u2019 MENTERI BESAR luar negara biasanya akan berurusan rasmi dengan Wisma Putra. Akhirnya dalam pertemuan saya dengan Menteri Luar Negara baru-baru ini. Saya turut melabur isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Kita cukup faham dan kita sedia berurusan dengan pihak Wisma Putra dan sebagainya kerana memang kita Atase pendidikan di Timur Tengah sebagai contoh. Tapi kita harus ingat kadang-kadang Atase Timur Tengah tu dia punya lingkaran jajahan itu dari Sudan sampai ke Mekah sampai ke Arab Saudi macam Ottoman empire dia punya kawasan dan tiga empat pegawai sahaja dia punya. Kita ada 4 dari Jordan, Sudan, di Madinah sampailah ke Mesir mempunyai lebih 2 ribu pegawai-pegawai. Saya bila melakukan lawatan terakhir tahun lepas sebagai contoh, saya sebenarnya agak kesian dengan keadaan mereka namun pengorbanan yang telah diberikan dan sumbangan yang kita berikan itu saya kira pada ketika ini agak memadai dan kita akan cuba menambah sebaik mungkin untuk pelajar-pelajar kita, termasuk Atase kita untuk melihat juga hal-hal dibangkitkan untuk pelajar-pelajar di peringkat rendah selain dari peringkat daripada pengajian tinggi. Terima kasih.
\nAhli-ahli Yang Berhormat sekalian. Masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk sesi seterusnya.
\nAturan urusan mesyuarat seterusnya, sambungan Usul No. 8 Tahun 2020, Usul Pakej Rangsangan Selangor Prihatin dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor.
\nSaya menjemput Yang Berhormat Batu Tiga, EXCO. Dah habis dah. Selesai. Cepat. Seterusnya, Yang Berhormat Pandan Indah untuk meneruskan penggulungan.
\nTerima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ingin memberikan sedikit penjelasan berhubung dengan perkara yang timbul dalam perbahasan, berhubung Usul yang dibawa oleh Yang Amat Dato\u2019 Menteri Besar.
\nYang pertamanya berhubung pertanyaan ataupun soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Banting dan juga Yang Berhormat Dengkil, tentang isu internet ataupun penggunaan fiber dalam ataupun Unifi dalam infrastruktur digital kita, bagi negeri Selangor sejajar dengan keperluan semasa kita dalam program Smart Selangor yang kita sedang adakan.
\nJadi yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Banting, ialah bagaimana kawasan-kawasan perindustrian, di sekitar Kuala Langat terutama di Banting yang masih lagi tidak menerima signal ataupun hubungan yang baik, connectivity yang baik. Berhubung dengan penggunaan, isu penggunaan Streamyx dan internet yang perlahan di kawasan perindustrian Kuala Langat ini, dan juga di Sepang. Untuk makluman Ahli-ahli yang Berhormat, pihak kerajaan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi, termasuk Telekom, Maxis dan berbagai-bagai syarikat dan juga anak syarikat Kerajaan Negeri yang kita khususkan untuk membantu meningkatkan connectivity ini, iaitu Smartsel Sdn. Bhd., kita memberi perhatian kepada menyeluruh pembangunan infrastruktur digital berkelajuan tinggi di negeri Selangor. Sebab Telekom Malaysia sebagai sebuah telekomunikasi yang agak lama, yang tertua di Malaysia, dan terbesar. Mereka ini memang banyak melibatkan diri dan banyak infrastrukturnya terlibat dengan Telekom Malaysia ni di luar bandar ataupun di pinggiran bandar. Jadi tentulah saya akan menyebutkan peranan yang dimainkan oleh TM ataupun Telekom Malaysia ini lebih dominan lah, lebih terserlah, lebih jelas. Kerana mereka lebih awal membangunkan di kawasan-kawasan luar bandar. Dan Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, syarikat-syarikat telco lain ada, sedikit sebanyak mereka turut melabur dalam infrastruktur di luar bandar, tetapi tidak banyak kerana sebagai sebuah syarikat, mereka memberi pertimbangan kepada pulangan pelaburan mereka. Tentulah pelaburan di kawasan ini agak lambat. Jadi sebab itu yang menyebabkan tidak begitu ramai yang sedia untuk invest ataupun untuk melabur dengan cara yang banyak pada masa ini. Walaupun ada peningkatan-peningkatannya. Untuk makluman untuk di .. Selangor, 70 peratus daripada rangkaian telekomunikasi ini telah pun mempunyai jalur lebar fiber, 70 peratus, 30 peratus lagi masih menggunakan, apa dipanggil, copper punya kabel. Copper ini tembaga. itu untuk melayakkan tahap sampai pada Unifi ini, mereka kena ada fiber. Dan penggunaan fiber ini, di negeri kita, juga di negara, akan meningkat dengan tinggi sejajar dengan kemajuan teknologi. Makna sekarang ini dia akan banyak video streaming, penggunaan banyak video dan juga content dalam kita punya aplikasi, internet, meminta kepada penggunaan fiber. Kerana penggunaan microwave ini tidak mampu mengendalikan sistem ataupun aplikasi yang memerlukan kelajuan yang tinggi dan juga bandwidth dan juga kapasiti yang besar. Sebab itu fiber ini, proses pemasangan fiber akan menjadi satu agenda penting untuk kita selaraskan dengan pembangunan Smart Selangor yang kita sedang rancang sehingga 2025. Jadi sebab itu jugalah. Dan juga dengan kedatangan sistem 5G, lagilah tinggi penggunaan fiber ini. Dan sebab itu, kerajaan di bawah persekutuan telah di bawah perancangan MCMPFP. Untuk pelaksanaan fiber seluruh negara. Ini pun telah dirancakkan dan telah diberi peruntukkan yang agak tinggi.
\nJadi untuk kawasan-kawasan inilah kita menjadi isunya, sebab kita mendapat komitmen daripada TM, Telekom Malaysia, dan juga player Telekom, telco yang lain, bahawa
\nnegeri Selangor akan lengkap dengan fiber pada hujung tahun depan. Ini 100 peratus, merupakan negeri yang pertama, di negara kita yang mencapai capaian 100 peratus fiber, untuk di Malaysia. Dan itu diberi komitmen pada, sehingga hujung tahun depan. Jadi saya harapkan dengan PKP, tidak terganggulah program itu. Sila.
\nBanting agak gembira untuk mengetahui tentang berita baik ini. Saya ingin bertanya dengan lebih lanjut lagi, walaupun TM memberi komitmen bahawa seluruh negeri Selangor akan dapat menikmati perkhidmatan internet, melalui fiber optik pada hujung tahun depan, selewat-lewatnya. Apakah TM dan juga syarikat- syarikat telekomunikasi ini, akan membentangkan laporan kemajuan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan juga PBT untuk melaporkan status terkini. Kerana keadaan ya, ini saya bertanya, Yang Berhormat Speaker, keadaan di Kuala Langat dan Banting ini amat memerlukan. Dan saya kira sangat kritikal. Dengan adanya pembangunan taman perindustrian berat di Bandar Mahkota Banting, kita akan menerima kemasukan pelaburan yang begitu pesat. Sejajar dengan pembangunan, dengan lengkapnya Lebuh Raya Pantai Barat pada Mei tahun depan, yang akan juga akan melalui Banting. Dan juga ECRL, sekiranya Menteri Kanan tidak akan mengubah akan jajaran asal, ECRL akan melalui Kuala Langat juga. Dan akan ada satu stesen di kawasan Jenjarom ataupun Seri Cheeding, Kuala Langat. Dengan adanya ini, pastinya kemasukan pelaburan asing itu akan semakin meningkat, dari sekarang sehingga ke tahun depan. Saya khuatir kalau kena tunggu sampai akhir tahun depan, baru ada fiber optik sepenuhnya di Kuala Langat, mungkin ia sedikit terlewat. Dan saya berharap boleh dibentangkan secara berperingkat. Terima kasih.
\nUntuk maklumat juga, Yang Berhormat Banting, sebenarnya laporan daripada telekomunikasi, syarikat telekomunikasi dan juga daripada Smartsel juga dibuat secara berkala dengan saya, secara bulanan, saya dapat makluman, bagaimana kemajuan sedang dibuat. Dan untuk makluman juga, kawasan perindustrian ini ada 187 kawasan di Selangor. 85 peratus dah pun dipanggil Unifi ready. Makna dia telah ada sistem infrastruktur backbone, telah sampai, Cuma hanya perlu pelanggan membuat permohonan untuk disambung. Itu di 187 kawasan, hanya tinggal 37 baki lagi yang belum siap. Kawasan perindustrian, saya merujuk pada kawasan perindustrian, yang belum sampai lagi, dia punya backbone, apa bahasa melayunya, tulang belakang. Tulang belakangnya, ada backbone dah ready. Bila sebut unifi ready, makna kawasan perindustrian itu dah bersedia untuk menyediakan servis unifi ini, hanya tunggu permohonan untuk disambung. Ha, itu yang saya sebut tadi, 85 peratus. Dan untuk Banting dan kawasan Dengkil, dia akan siap hujung tahun ini, itu yang untuk kawasan perindustrian. Yang saya sebut awal tadi, yang fiberisasi tadi, itu adalah untuk keseluruhan Selangor, pada hujung tahun depan akan siap. Dan saya akan memantau
\nkemajuan yang dibuat syarikat-syarikat telco, terutama TM, yang mereka yang banyak melabur kawasan-kawasan luar bandar.
\nDan, tadi, tapi masalahnya, kita ni, ialah sebenarnya bukan itu. Itu mungkin satu masalah, masalah paling besar, proses migrasi rakyat Selangor ini daripada Streamyx kepada Unifi. Walaupun sistem Unifi dah ready, ramai mengambil keputusan tidak bertukar kepada Unifi. Saya beritahu hanya 3.3 peratus yang buat migrasi, walaupun sistem dah ada di kawasan masing-masing. Ha, ini saya telah bertanya dengan Telekom, kenapa jadi begitu, dia kata mungkin kadar yang agak berbeza. Mungkin mereka selesa dengan Streamyx yang telah ada. Ha, ini yang berlaku hakikatnya, sangat rendah sebenarnya, yang membuat migrasi ke unifi. Jadi saya telah bincang dengan Telekom, antaranya saya cadangkan supaya turunkan kadar, biar sama Streamyx dengan Unifi. Dan mereka sedang pertimbangkan untuk membuat promosi, untuk tujuan bagi menurunkan harga langganan unifi ini, supaya sama ataupun kalau tinggi pun, sikit sahaja, daripada Streamyx. Ini yang sedang diusahakan.
\nBerhubung dengan yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gasing tentang isu penggunaan max energy meter, sebenarnya kerajaan negeri telah pun mempunyai rancangan dan melaksanakan program-program yang boleh memberikan sokongan kepada renewable energy di negeri. Ini antara perkaranya adalah penggunaan solar, bukan sahaja di bangunan-bangunan kerajaan tapi juga di kawasan-kawasan pertanian, yang kita telah mula gerakkan. Dan untuk peringkat awal kita telah mula luluskan untuk pelaksanaan untuk solar punya ini, di bangunan JKR Negeri Selangor. Sebagai pengujian dan untuk bangunan SUK, kita telah pun, sebagai dasarnya telah bersetuju.
\nCuma kita sedang meneliti kadar tarifnya, dan juga aspek mengenai maintenance untuk, sebab jangkauannya kalau tak silap saya 20 tahun lebih, 21 tahun, kalau tak silap saya perjanjian itu dengan syarikat. Dan saya difahamkan kementerian pun telah melantik, telah meluluskan 16 syarikat yang mempunyai kelayakan untuk membuat kerja-kerja pemasangan solar ini, untuk makluman semua pemasangan solar ini, hibrid sistem, solar dengan elektrik ini, boleh dipasang bersekali dan di waktu yang kadar elektrik yang, malam contohnya, dia akan menggunakan elektrik, siangnya dia akan menggunakan solar. Supaya bil akan turun, dan bangunan, pemilik bangunan akan dapat benefit, faedah daripada solar yang ada sistem, tenaga elektrik, tenaga matahari. Yang ada tu untuk menjana mungkin sebahagian daripada sistem lampu dan juga air-cond di pejabat berkenaan. Dalam masa sama, bukan sahaja mengurangkan bil elektrik bulanan, tapi yang paling pentingnya ialah membantu kita supaya mengurangkan penggunaan fossil fuel ini, untuk jangka panjang. Sebab ini adalah renewable energy, yang sepatutnya menjadi dasar. Dan saya sebenarnya memang bukan sahaja begitu, di bawah kerajaan negeri, kita memberikan peranan itu kepada Worldwide, anak syarikat kerajaan penuh,
\nanak syarikat Kerajaan Negeri, untuk melihat aspek penjanaan kuasa, renewable energy ni, contohnya yang baru-baru ini, kita bincang mengenai penggunaan hidro di Sungai Kerling, yang akan kita laksanakan.
\nWTE juga dianggap sebagai juga sebahagian, iaitu di mana sampah-sampah sisa pejal ni, kita buat bakaran untuk mengambil elektrik juga dan sebagainya. Dan juga, ada juga cadangan-cadangan, saya meneliti penggunaan tidal punya energy, penggunaan, perbezaan. Tapi memang ada kajian dibuat, memang ada kemungkinan itu boleh dibuat, di Klang. Kawasan Klang ada potensi untuk penggunaan tidal wave punya energy, kita akan buat kajian. Saya yakin, solar, walaupun satu ketika dulu sangat mahal sebab kos panel sangat mahal, solar cell, tapi sekarang ini boleh jadi kompetetif untuk kita melaksanakan.
\nItu semua bergantung pada teknologi dan juga komersial punya implikasi yang kita kena kaji dari masa ke semasa. Ya, silakan.
\nTerima kasih Yang Berhormat memberi saya peluang untuk mencelah. Saya amat gembira kerajaan negeri Selangor menceburi berbagai jenis tenaga boleh baru. Ini sangat bagus dan patut dicontohi oleh negeri lain. Tetapi di dalam Usul ini, kita membincang fasal isu COVID, isu stimulate ekonomi di negeri Selangor. Itu di mana saya membawa cadangan, kita mempercepatkan pemasangan bumbung solar di semua premis kerajaan, bukan di satu, dua, tiga ataupun sepuluh. Tapi kita ada banyak dewan masyarakat. Kita ada banyak medan selera, banyak bangunan pasar, banyak lagi aset kerajaan. Di mana kita boleh stimulate ekonomi di mana dengan kerja-kerja pemasangan yang kita buat, ia akan melibatkan banyak technician, banyak kontraktor. Dan ini akan membantu untuk membangunkan pasaran ini, dan membantu kontraktor-kontraktor ini yang sekarang kekurangan projek di dalam pasaran. So, demi mencapai objektif stimulate ekonomi, ia harus disegerakan. Itu adalah cadangan saya.
\nYa, itu yang saya sebutkan tadi, bahawa kita perlu buat penelitian. Bahawa kita sedia maklum, bahawa benda ini agak baru bagi negara kita. Kita dalam penelitian. Kita antaranya, contohnya penggunaan aspek teknikal. Bila pemasangan ini melibatkan struktur, kajian struktur, integriti struktur, kalau boleh tahan. Ini benda-benda teknikal itu perlu dibuat, dan kita sebab itu, pada dasarnya kerajaan negeri tak ada masalah untuk kita perluaskan kepada bangunan-bangunan kerajaan dan juga bangunan-bangunan yang lain tetapi kita perlu meneliti aspek-aspek teknikal ini dan juga komersialnya. Supaya benda ini akan sustainable, boleh dilaksanakan dan mampu dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat ini adalah antara perkara-perkara yang boleh memberikan semula peluang-peluang pekerjaan dan juga
\npeningkatan ekonomi kepada rakyat. Satu lagi yang saya nak sebut iaitu berkaitan dengan pertanian moden ini yang ditimbulkan ialah oleh Sungai Panjang ya, ada menyebut sedikit mengenai pertanian moden ini. Cuma sikit sahaja saya nak sebut panjang ceritanya itu sebab disebut dalam food security ataupun jaminan bekalan makanan keselamatan makanan itu disebut dalam pakej ini dan saya berkeyakinan pihak kerajaan juga yakin bahawa ini ialah antara satu lagi sumber yang kita boleh gerakkan untuk membantu menangani isu pasca COVID ini dari segi ekonominya dan kita dengan teknologi yang ada pada hari ini dia moden ini, kawasan yang kecil pun boleh kita manfaatkan untuk pulangan yang tinggi dan boleh diusahakan oleh anak-anak muda kita dengan bantuan teknologi dan juga dana, kita boleh gerakkan untuk membantu mereka dan saya berkeyakinan penuh dan banyak kita sedang rancang program-program yang bersesuaian, kita kenal pasti dari segi tanah, kita kenal pasti dari segi jenis dan tanaman ataupun jenis ternakan. Untuk makluman semua bahawa ada potensi besar bila benda- benda baru di Negeri Selangor ini yang ramai orang tak tahu ya, saya bagi contoh antara hasil pulangan tinggi yang boleh kita usahakan ikan kelah ini contohnya. Kita baru tahu sebenarnya ikan kelah dan juga ikan kurau yang terkenal mahal itu di Sarawak itu sebenarnya telah diternak di Selangor lebih 4 tahun. Berjaya, sekilo RM 800.00 yang telah berjaya dibuat di Kuala Kubu Baharu dan juga di Puchong. Telah berjaya, saya sendiri sudah melawat dan merasalah, banyak mana ikan-ikan ini. Sabar kita mulakan dengan buah harumanis dulu lepas itu kita pergi kepada...
\nnenas dan durian itu, apa itu? Adakah produk dari Selangor punya hasil?
\nProduk yang kita bekalkan semalam itu, yang durian itu Selangor belum bermusim tetapi yang nenas itu memang daripada Selangor. Itu adalah nenas MD2 yang sekarang ini nenas MD2 ini ialah merupakan salah satu daripada produk pulangan tinggi kita, di mana tidak mencukupi walaupun banyak ditanam dia pasaran sangat luas terutama di Timur Tengah dan juga di negeri China. Sangat besar jualan nenas ini, dia manis dan tidak ada lidas. Tidak gatal ya. Ya ini merupakan satu produk penting dalam pembangunan pertanian. Tetapi yang saya sebutkan tadi itu, untuk makluman semua kita baru dapat tahu ini, kejayaan menghasilkan kupang di Kuala Selangor di Sungai Sembilang yang sebelum ini tidak ada di Negeri Selangor berjaya di buat di laut lepas, hasil ternakan kupang yang terkenal dari Johor ya. Ini telah berjaya dan boleh diusahakan secara besar-besaran sebenarnya. Dia sangat-sangat berkualiti dan saya baru dapat makluman ini daripada Jabatan Perikanan. Selain daripada kita ada ternakan udang yang besar di negeri Selangor terutama di kawasan Sabak Bernam dan juga Kuala Selangor dan di Sepang, udang sekarang kita dah convert kepada organik. Itu boleh memberikan hasil yang tinggi juga dan kita buat di bawah pembangunan program agro preneur termasuk juga nenas saya sebut tadi dan
\nsaya rasa untuk eksport banyak lagi saya boleh cerita ini tetapi saya rasa sekadar memaklumkan kepada semua ekosistem rangkaian makanan lengkap ini, di bawah pertanian moden ini kita sedang gerakkan untuk memastikan bukan sahaja berjaya menjamin bekalan makanan yang apa yang baik untuk negeri Selangor tetapi juga peluang pekerjaan dan menjadikan pertanian bukan sahaja untuk semata-mata hobi, tetapi juga menjadi kerjaya ataupun karier ataupun kerjaya mereka itu sendiri dalam bidang ini yang boleh dijayakan. Jadi itu sedikit sebanyak...
\nCelahan.
\nSilakan.
\nTerima kasih EXCO, semalam Y.B. DATO\u2019 DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : saya ada menyebutkan dalam ucapan perbahasan saya berkaitan cadangan dan kalau boleh di setiap Daerah itu ada kawasan-kawasan yang kita tentukan sebagai kawasan pertanian, perikanan dan sebagainya untuk menjamin jaminan makanan negara ini, ialah bukan semua kawasan itu ada mempunyai tanah kerajaan yang masih boleh diguna pakaikan, sudah tentulah kawasan-kawasannya berbeza-beza, kawasan mungkin yang bandar ada secara teknologinya tetapi mengkhususkan soal pertanyaan perikanan dan sumber makanan ini dan tadi SELDEC dah disebutkan dan kalau boleh ada kawasan- kawasan tertentu ini dan seterus dibangunkan sekali dan SELDEC supaya akhirnya ada rakyat yang mempunyai keperluan itu dapat menjadi sumber pekerjaan tersebut. Terima kasih.
\nBerhormat Sijangkang, sebenarnya itu yang saya nak sebutkan tadi di sini bahawa kita menilai dari segi rantaian nilai ataupun value change itu. Kita kalau kita melihat pada pertanian ataupun makanan ini kita kena lihat makanan ini daripada aspek penanamannya, teknologi cara penyediaannya, juga warehousing nya, penyimpanan, pengurusannya, penyebarannya, distribution nya, pembahagiannya dan juga penjualan marketing nya. Jadi kita melihat semua sudut. Negeri Selangor kalau kita nak kata kita nak bergantung terus food security maknanya kita nak buat semua sendiri atau pun self sufficient ini adalah satu perkara yang hampir mustahil. Saya beri contoh bekalan daging segera kita yang kita usahakan di negeri Selangor ini hanya 3% yang lain import. Jadi tidak lah bermakna kita nak ternak lembu-lembu di sini kita nak 100% kita buat sendiri, bukan itu makna dia food security ya, bukan itu makna dia dan ini kita kena lihat dalam konteks seluruh negara kita. Jadi Selangor tumpuan dia apa? Bidang apa? Makanan apa yang dia akan buat yang kita boleh contribute bukan sahaja untuk negeri Selangor tetapi juga untuk negara. Ini yang kita perhatikan sebab itu kita telah berbincang dengan pihak GLC.
\nGLC pun ada tanah-tanah yang agak luas sebenarnya yang boleh dimanfaatkan, mungkin mereka tidak akan bangunkan tanah itu dalam 10 tahun lagi, jadi dalam 10 tahun itu kita akan gunakan dan saya dah bertemu mereka beberapa kali dan telah adapun senarai tanah-tanah yang mereka ada dan juga tanah-tanah kerajaan yang masih ada dan tanah-tanah terbiar walaupun saya tahu masalah sikit tanah terbiar, kita akan juga usahakan. Itu pun telah kita rangka dan juga kita berbincang juga isu dana. Bagaimana dana dapat kita bantu melalui Hijrah, melalui Agro Bank yang telah kita pun ada perbincangan. Jadi semua ini kita kenal pasti dan zoning pun kita akan buat. Setakat ini kita kenal pasti ada 12 ke 15 jenis tanaman yang bermutu tinggi, pulangan tinggi yang kita boleh perkenalkan. Saya bagi contoh macam Kuala Langat antara yang paling terkenal Kuala Langat ialah cili dan nenas di Kundang itu. Itu merupakan produk utama mereka, ada produk lain tetapi itu utama. Kalau di Kuala Selangor rock melon, ini merupakan makanan ataupun tanaman mereka yang begitu terkenal. Kalau di kawasan Tanjong Karang tentulah padi dan sebagainya. Jadi ini perkara yang kita sudah kenal pasti dan kita akan buat zoning dengan cara yang lebih teratur untuk tujuan memastikan tanaman-tanaman yang dibuat. Saya tak nak dari sana dengar bila datang YB saya ini tanam kundur ni tapi tak boleh jual. Nak jual kat mana, kita tak mahu, kita nak kenal pasti produk yang boleh ada pasaran yang bagus, stabil lepas itu baru kita suruh dia tanam. Ini yang sedang kita amalkan buat masa ini. Terima kasih.
\ntadi antaranya adalah kalau boleh di negeri Selangor ini kita sudah melihat beberapa pusat pengumpulan untuk jenis-jenis makanan tertentu dengan pembangunan SELDEC yang akan dibangunkan itu. Sebagi contoh kalau saya sebutkan bahawa Singapura antara negara yang menjadi pengeluar beras yang utama di dunia, walaupun kita tak nampak sawahnya di Singapura. Begitu juga kalau Selangor kita boleh wujudkan dengan rangkaian SELDEC yang akan dibangunkan ini di beberapa kawasan di negeri Selangor ini mungkin melibatkan soal pusat pengumpulan padi, pusat pengumpulan macam tadi haiwan-haiwan ternakan dan sebagainya ini, sebab saya tengok bila Kuala Langat melalui Pertubuhan Peladang kawasan, bukan pusat pengumpulan dan dia menggunakan IOT untuk bangunkan, dia tahu daripada Kelantan berapa jumlah kebun, berapa kebun yang dia ada, berapa jumlah yang boleh hasilkan pada bila, dia tahu dah pasarannya di mana. Jadi ini antara yang saya lihat supaya akhirnya petani terjamin pendapatan mereka lebih baik daripada kalau mereka pasarkan sendiri tetapi Selangor kita unggul daripada sudut pusat pengumpulan ini dan kita ada sistem yang akan dibangunkan SELDEC ini, sangat baik, terima kasih.
\nTerima kasih Yang Berhormat, itu yang sebutkan tadi, bahawa rantaian nilai itu perlu dilengkapkan. Saya mula-mula masuk jadi EXCO Pertanian antara perkara pelik yang saya dapati ialah Jabatan-Jabatan ataupun
\nAgensi di bawah Pertanian ini dia tidak ada hubungan antara mereka. Kalau contoh seorang usahawan yang duduk di bawah Jabatan Pertanian dia tak tahu yang dekat sama seorang ini juga ada memohon bantuan di bawah Jabatan yang lain. Jadi sebab itu kita buka pangkalan data yang agro data sebut itu di bawah e-agro itu, kita telah bangunkan dan sekarang kita tahu syarikat mana, perusahaan mana menawarkan apa. Sekarang kalau kita tanya berapa tempat, berapa luas kawasan cili di Selangor, tak ada siapa boleh jawab. Sebab apa, sebab tempat yang tanam cili pergi sekarang dah tanam benda lain. Ini yang menjadi isu sebenarnya sebab kita nak match kan antara pengeluar contohnya macam kita banyak mengeluarkan kerepek sebagainya, tetapi tak tahu berapa banyak, berapa tan kita keluarkan ubi ataupun pisang. Kita nak match kan dulu. Itu yang perlukan data itu maklumat daripada yang menanam dan juga yang memproses, itu yang telah kita bangunkan di Negeri Selangor sejak saya menjadi EXCO di bawah e-agro kita telah berjaya laksanakan dan kita tahu sekarang sebab saya tahu sekarang sebenarnya ubi-ubi kita tak cukup untuk kerepek kita. Kita banyak import daripada Perak. Ini hakikat ya. Selepas kita melakukan, ini contoh ada banyak lagi kita boleh dapati daripada situ juga sebenarnya kita akan berjaya kenal pasti jenis tanaman apa yang perlu kita tanam untuk membantu dalam prosesan makanan di Negeri Selangor. Seperti saya kata, sekarang kita makan ayam kita tahu jagungnya, kita tak ada, kita import RM 3 Bilion setahun. RM 3.3 Bilion di luar negara untuk jagung ayam. Makanan ayam, ayam kita ternak banyak, di Sabak Bernam sahaja saya rasa 6 Juta ekor. Keperluan ayam meningkat sebab apa anak muda makan ayam dia tak makan daging. Jadi kita jagung kita tak tanam kita import. Setiap tahun kita hilang pertukaran duit membeli jagung ayam. RM 3.3 Bilion, jadi siapa ada tanah kita tanam jagung ayam untuk makanan ayam. Sebab harga dia bagus. Jadi ini antara contoh-contoh yang akan kita buat dan pusat pengumpulan Yang Berhormat Sijangkang saya maklumkan memang dah ada tempat pengumpulan ini yang diusahakan oleh Pertubuhan Peladang dan yang diusahakan oleh FAMA. Saya perhatikan terpisah dan perlu selaraskan balik dan di bawah PKPS nanti kita akan bantu untuk menyelaraskan dan bekerjasama dengan semua pusat pengumpulan ini supaya produk-produk ini dapat dikumpulkan dan dapat diproses dengan baik, sebab produk-produk pertanian dia perishable dia mudah rosak. Kalau kita tidak urus dengan baik akan menurunkan nilai produk-produk ini. Ini semua kita kena tengok, promosi yang kita buat. Sejak saya jadi EXCO, kalau dulu tak pernah promosi sekarang kita promosi, kita bawa ke Singapore, kita bawa ke Jepun dan Alhamdulillah mereka-mereka yang merupakan kategori tier satu yang telah ready eksport ini mereka berjaya mempromosikan produk-produk dan dengan kerjasama EXCO Usahawan kita akan perkembangkan lagi tetapi tahun ini sebab PKP kita tak ada promosilah tahun ini, melalui Internet sahajalah yang kita berjaya buat tahun ini ya. Jadi itu sedikit sebanyak ulasan saya berhubung dengan usul yang berkaitan. Ada lagi.
\nSeri Setia ingin mencelah.
\nYa.
\nYang Berhormat EXCO, saya nak Y.B. TUAN HALIMEY BIN ABU BAKAR tanya kalau tanaman di dalam bandar. Contoh kawasan saya adakah pihak kerajaan juga akan bantu sebab mereka ini dapat apa nama TOL ataupun untuk pertanian sementara ini, adakah pihak kerajaan juga akan bantu?
\nDi bawah program Agro Bandar Yang Berhormat apa ini Seri Setia, di bawah program Agro Bandar sebenarnya untuk makluman tahun lepas sahaja kita membantu jualan produk-produk tanaman ataupun tumbuhan dan sayuran daripada kebun komuniti yang di bandar ini di bawah PBT, 46,000 kilogram kita bantu pasarkan melalui pasar tani dan juga pasar saya ingat Selangor Agro Market. Ini kita buat pada tahun lepas. 46 tan, kita berjaya buat. Kerana kita sediakan kaunter-kaunter meja khas di pasar raya tani untuk kebun-kebun komuniti ini untuk dijual produk mereka dan kebun komuniti ini jangan kita pandang kecil ya walaupun di bandar, kawasan yang kecil mereka berjaya mengeluarkan produk-produk yang tinggi kuantitinya dan saya kita di bawah program Agro Bandar di bawah Portfolio Jawatankuasa Tetap Pertanian, kita sedang kita telah meneliti untuk tahun ini kita menggerakkan lagi dan menambahkan lagi program-program untuk kebun komuniti dan juga tanah-tanah yang poket yang kecil ini dengan penggunaan teknologi seperti rain shelter ataupun green house, fertigation, ecoponic dan juga vertical farming. Ini sebenarnya kecil pun boleh menghasilkan 3 kali ganda pulangan dan telah terbukti di beberapa tempat di Selangor ini mereka berjaya laksanakan dan kita akan gunakan itu untuk menambah baik ataupun berikan hasil kepada bukan sahaja pada komuniti malah kepada anak-anak muda yang di bandar untuk menghasilkan tanaman-tanaman ini. Saya akan bekerjasamalah dengan pihak-pihak PBT dengan juga agensi yang lain yang mempunyai tanah-tanah yang kecil di bandar ini untuk kita manfaatkan bagi tujuan pertanian moden ini ya. Terima kasih.
\nDipersilakan. Seri Serdang.
\nTerima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker saya ingin menjawab dengan ringkas beberapa persoalan dibangkitkan walaupun ada yang tidak ada disini namun untuk pengetahuan semua ya. Yang Berhormat sekalian, Yang Berhormat Sungai Air Tawar telah membangkitkan isu peruntukan program kesihatan mental dan saya ucapkan ribuan terima kasih kerana beliau membangkitkan isu ini terima kasih kepada Yang Berhormat Kampung Tunku kerana telah membetulkan kesilapan fakta yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Memang betul peruntukan 1 juta diperuntukan untuk program kesihatan mental untuk tahun 2020 sebenarnya kita sudah ada sasaran kerja tahunan
\nprogram-program yang kita nak buat tapi dengan kedatangan COVID-19 semasa PKP kita terpaksa ubah sedikit kerana kalua tidak ada sebahgian program kita tidak dapat laksanakan jadi kesihatan mental kita tahu semasa PKP peningkatan panggilan telefon kepada hotline-hotline sebagainya rakyat di dalam keadaan tertekan dan sebagainya. Jadi kita telah Alhamdulillah dapat mengatasi sedikit bagaimana hendak deliver program- program kesihatan mental ini dan kita telah melakukan program interactive kesihatan mental secara atas talian menggunakan medium Facebook ye sebanyak 22 episod.
\nUntuk makluman semua program ini hanya mengambil dana daripada sejuta iaitu hanya 151,200.00 sahaja untuk 22 program. Jadi saya kira, walaupun semasa live itu tidak ramai yang menonton tetapi ulang siaran ataupun dilihat kemudian mencecah kepada 50 ribu lebih. Jadi kami merasakan bahawa ia adalah pelaburan yang berbaloi kerana ia bersifat ilmu dan kita sebenarnya mendapat sokongan yang baik daripada pakar-pakar psikiatri ye, pakar-pakar psikologi dan juga NGO-NGO kesihatan mental yang kita jemput sebagai ahli-ahli panel. Jadi dalam bulan April puratanya 24,800 penonton kemudian dalam bulan Mei 137, 600 penonton dan pada bulan Jun 122,300 orang kali ditonton jadi makna dia bagi saya ia adalah perbelanjaan yang tidak banyak untuk 22 sesi ini. Jadi seterusnya apabila PKP ini sudah di kira sekarang kita PKPP maka kita sudah boleh buat program-program bersemuka dengan apa ni sasaran-sasaran kita InsyaaAllah akan berbalik SKT kita yang kita rancang awal tahun. Dan pada asalnya program kesihatan mental ini adalah untuk kita meningkatkan lagi kita panggil kemahiran dan pengetahuan atau kita panggil pertugas barisan hadapan frontliner bertemu dengan rakyat termasuk pelajar-pelajar sekolah, pihak universiti, orang awam. Ini akan dilakukan bersama Jabatan Pendidikan dan juga guru-guru Pendidikan Tinggi dan sebagainya untuk kita menyampaikan program-program kesihatan mental ini. Jadi bukan sejuta masih ada lagi duit tu untuk kesihatan mental. Kedua, saya ingin menyentuh tentang cadangan daripada Yang Berhormat Subang Jaya dan Yang Berhormat Kampung Tunku supaya kerajaan mewujudkan dana bantuan guaman kepada golongan tidak berkemampuan untuk mendapat accessibility kepada bantuan guaman. InsyaaAllah ini akan saya bincangkan dan dengan ni walaubagaimanapun ingin saya nyatakan bahawa untuk ibu-ibu tunggal dan ibu-ibu tinggal mereka tidaklah disisihkan untuk program- program KISS, Skim Peduli Sihat, Bantuan Anak Istimewa Selangor dan berbagai-bagai kes negeri Kerajaan Negeri mereka tidak tersisih cuma dalam kes ini yang dibawa Yang Berhormat Subang Jaya dan Yang Berhormat Kampung Tunku adalah dana bantuan guaman jadi setakat kita belum pernah membuat mengadakan dana untuk tujuan ini dan saya kira kami perlu juga membuat pertemuan-pertemuan dengan pihak Yayasan Bantuan Guaman untuk mendapat maklumbalas seterusnya. Seterusnya saya ingin menyentuh sedikit tentang\u2026.
\nSila Subang Jaya.
\nTerima kasih Yang Berhormat EXCO cuma disini saya nak membuat sedikit klarifikasi. Sebenarnya bantuan guaman yang dicadangkan bukan setakat untuk ibu tunggal sahaja tetapi untuk kes-kes bantuan guaman berjenis contohnya untuk kes bankruptcy ataupun untuk mereka yang hilang kerja di mana kontrak dibatalkan secara tidak munasabah dan lain-lain. Saya berharap bantuan guaman yang dirancang dapat merangkumi mereka juga. Itu sahaja, terima kasih.
\nTerima kasih Yang Berhormat Subang Jaya.kita akan berbincang terus saya ingat saya kira Yang Berhormat boleh membantu jawatankuasa saya InsyaaAllah. Seterusnya YB Lembah Jaya membangkit tentang isu bantuan nutrisi makanan kepada kanak-kanak daripada golongan B40 untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telahpun memulakan semasa PKP hari tu menyalurkan bantuan susu dan lampin pakai buang kepada semua 56 dun melalui PWB dan kita berjaya memberi bantuan kepada 5,834 orang kanak-kanak untuk mendapat susu dan juga lampin pakai buang dengan perbelanjaan 300,036.00 ribu ringgit baru- baru ini. Kemudian saya juga ingin mengatakan Y.B. Lembah Jaya selaku EXCO untuk kehidupan bandar ya, mantan maaf telah sebenarnya mengemukakan satu kertas satu proposal kepada MMKN telah diluluskan satu program dipanggil Selangor Indah untuk memberi bantuan menyalurkan bantuan makanan berkhasiat kepada anak-anak golongan B40 di PPR yang terpilih InsyaaAllah program itu akan dilaksanakan.
\nDisamping itu semasa tempoh PKP juga Jawatankuasa Tetap Kebajikan turut bekerjasama dengan badan-badan tajaan seperti FAME ataupun family development NGO sebenarnya telah melakukan survey yang ringkas ataupun kajian yang ringkas sebaik sahaja kita dikenakan PKP dan dapati bahawa kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada kesan PKP ini apabila mereka tidak boleh keluar rumah dan apabila ibubapa tak dapat bekerja dan kami telah memperuntukan pada masa dan ketika itu apabila permohonan telah dibawa kepada kita untuk melalui FAME ini kita telah menyalurkan bantuan kepada 200 kanak-kanak B40 selain daripada makanan-makanan berkhasiat mereka juga telah diberi bahan untuk mereka belajar dan main dirumah. Peruntukan RM 25,000 Ribu itu masa dalam 1 bulan itu. Dan itu adalah bantuan-bantuan yang kita berikan ya.
\nSaya terus nak menembus sikit mengenai kes denggi yang dibawa oleh Y.B. Sementa Yang Berhormat Sementa, sebenarnya Yang Berhormat seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, semasa tempoh PKP sebenarnya kejadian atau kes denggi menurun ya menurun dia disebabkan kurangnya mobility rakyat diluar daripada rumah ya bukan kurangnya pembiakan nyamuk denggi ya oleh kerana tidak dapat keluar maka ia
\nturun dan tapi sekarang kita melihat setelah kita dibenarkan rakyat dibenarkan semula bergerak dalam PKPP ini maka sedikit sebanyak angka ini mula meningkat ya. Mula menigkat maknanya kita akan terpaksa untuk bukan sahaja mendidik rakyat semula tetapi mengambil langkah-langkah yang mungkin lebih drastik selepas ini mengekang kenaikan kes-kes denggi ini. Jadi sebenarnya Jabatan Kesihatan di Selangor bersama dengan semua PBT telah sebenarnya mengutarakan beberapa tindakan yang perlu dilaksanakan oleh PKD Pejabat Kesihatan Daerah dan juga PBT. Jadi ini akan boleh insyaaAllah termasuk meningkatkan aktiviti penghapusan tempat pembiakan PKP yang memang sebelum ini kita galakkan melalui gotong- royong sebelum masuk PKP kita tak boleh buat masa PKP kita tak boleh buat gotong-royong jadi pada masa dan ketika itu banyak aktiviti yang biasa dilakukan tak dapat dikekang tidak dapat dilakukan. Dan sekarang ini approach ataupun pendekatan baru adalah memperbanyakkan aktiviti ataupun mass larviciding outdoor menggunakan Bacillus Thuringiensis Israelensis (BTI) iaitu sejenis bakteria di lokaliti wabak dan tumpuan awam untuk mengurangkan pembiakan nyamuk aedes ini. PBT dan PKD juga turut diarahkan untuk melaksanakan aktiviti adduct cidy membunuh nyamuk-nyamuk yang dewasa menggunakan kaedah- kaedah semburan ruang thermos SRT dan juga di luar premis dan juga ULV ya dilokaliti wabak semasa dan tempat tumpuan. Jadi setelah baru-baru ini jugak semasa apabila tidak boleh dilakukan gotong-royong dan buat apa ini pemusnahan tempat-tempat pembiakan setiap PBT telah diminta untuk membeli ataupun mendapatkan repellent ya aeresol untuk diagihkan kepada penduduk melalui Ahli Majlis ya semasa PKP dan ia akan diteruskan untuk kawasan-kawasan yang wabak ya yang jadi untuk kita ada banyak cara untuk mengurangkan lagi. Itu adalah mengenai denggi last sekali saya ingin respon kepada cadangan mengenai Selangkah ini InsyaaAllah Dato Menteri Besar akan menjawab panjang lebar lagi mengenai isu-isu SELangkah ini.
\nSebenarnya idea SELangkah ini dicetuskan semasa mesyuarat STFC ya Selangor Task Force apa ni Covid apabila kita membincangkan bagaimana kita nak buat contact tracing yang berkesan kerana JKNS. Alhamdulilah melakukan contact tracing tetapi secara manual ya secara manual tidak ada menggunakan\u2026
\nTuan Timbalan pengerusi, boleh saya Y.B. DATUK ROSNI BIN SOHAR mencelah? Saya ingin bertanya kepada EXCO setakat mana status penyelidikan. Maaf ya saya kebelakang sikit wolbachia, setakat mana ya kejayaannya
\nSaya dah jawab dalam tu tapi Y.B. PUAN DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD saya ulang balik ini statusnya sekarang ini sudah lebih saya tak ingat berapa lokasi sudah berjalan lancar cuma laporan sepenuhnya belum kita dapat lagi tapi laporan awal yang kita dapat memang berkesan kalau kalau tak berkesan disebabkan oleh keadaan sekeliling lokaliti dimana wolbachia tu dibebaskan ya jadi sepatutnya turun tapi tidak
\nberlaku kerana kita tidak dapat controlled ataupun kita tak dapat kawal keadaan sekeliling kawasan yang kita bebaskan nyamuk wolbachia jadi tulah kita tgh tunggu laporan daripada JKNS. jadi bila kita membincangkan bagaimana kerana kita menjangka COVID ini akan meningkat sehingga kita tengok kalau dia akan naik dan kalau kita tidak dapat kawal untuk mendatarkannya untuk menurunkannya maka kita akan mengalami masalah kerana jumlah yang mendapat jangkitan COVID ini akan meningkat sungguh tinggi sehinggakan kita tidak ada lagi tempat di dalam hospital untuk pesakit-pesakit COVID jadi setelah berbincang inilah maka anak muda kita didalam STFC kita yang disebut sekarang Dr Helmi ya menggunakan AI dan kemudian kita berbincang dan daripada AI artificial intelligent itu maka kita dapat buat contact tracing yang lebih berkesan.
\nSebenarnya adalah platform yang digunakan oleh JKNS jadi mereka ada dashboard dan sebagainya dan mereka lah yang mengendalikan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Maklumat itu semua mereka akan gunakan untuk mencari siapa dan dimana ya siapa yang kita jumpa apabila ada kes yang telah dikenalpasti daripada sesuatu tempat ya. Jadi dia dengan cara ini maka kita dengan mudah dapat menggunakan nombor telefon yang telah direkodkan untuk contact semua mereka yang berada tempat yang sama dengan pesakit COVID yang telah dikenalpasti.
\nJadi dengan mudah dan cepat, maka contact-contact ini boleh di saring oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan juga oleh pihak Selgate ataupun Selcare Cop. bawah Kerajaan Negeri. Untuk makluman tentang orang yang tidak ada, mereka tidak ada smart phone, smart phone, maka sekarang ini, bermula daripada 9hb Julai, dia boleh, kita, mereka boleh log in dengan SMS. Dah boleh activated sebenarnya, jadi tidak timbul lagi mereka tidak ada telefon smart phone ini, dan memang menjadi kerisauan kami apabila mereka tak boleh mengguna smart phone, tak ada smart phone atau tak tahu menggunakan aplikasi ini. Bila premis-premis yang mereka langgani itu, menyiapkan buku dan pen. Jadi buku dan pen itu pun, pen itu pun kira tak selamat bila di kongsi oleh ramai orang. Jadi sekarang Alhamdulillah, dah sudah ada alternative kepada smart phone.
\nSoalan.
\nOk, silakan.
\nTerima kasih Timbalan Speaker. Dalam usul saya bawa, saya bawa semalam ada mengenai Kad Peduli Sihat dan juga KISS dan mungkin saya yakin Yang Berhormat EXCO telah menjawabnya pagi tadi. Cuma saya nak tambah sedikit lagi. Saya minta supaya Yang Berhormat EXCO supaya semak
\nsemula, sebab saya nak maklumkan ada beberapa orang yang telah diluluskan di kawasan saya baru-baru ini yang saya semak hampir sepuluh orang tidak mengundi di Negeri Selangor, itu yang pertama. Tidak tinggal di kawasan tetapi mengundi tidak apa, tetapi tidak pernah mengundi pun dan IC nya pun ada masalah, orang yang sama, IC berlainan satu angka sahaja. Jadi saya minta pihak EXCO semak semula sebab ini cukup sensitif kepada rakyat kita.
\nY.B. PUAN DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD: Terima kasih Yang Berhormat Seri Setia. Sebenarnya Yang Berhormat Seri Setia, dalam taklimat kepada pegawai-pegawai Pusat Khidmat Masyarakat baru-baru ini, kami sebenarnya telah menurunkan kuasa itulah, untuk menyemak semula itu. Sebab, kita ada 25 ribu, tidak mungkin kita oleh menyemak satu persatu. Kerana kita tahu untuk menyemak tempat mengundi dan sebagainya perlu kita masuk ke dalam daftar pemilik dan sebagainya. Jadi kami, saya telah meminta semua pusat khidmat, dia semua ada senarai pemilik nya, penerimanya. Sekiranya penerima-penerima ini, Yang Berhormat dan kakitangan PKM rasakan tidak layak menerima, silakan tulis surat kepada pihak saya ataupun pada pihak Selcare dengan justifikasi-justifikasi kenapa kita perlu keluarkan dia. Misalnya, tidak memenuhi kriteria, bukan pengundi Selangor dan sebagainya. Ini sebabnya saya sebut tadi, pagi tadi saya sebut, semasa kita mula melancarkan dulu dalam keghairahan untuk kita memberi manafaat kepada rakyat, kita kurang prihatin tentang kriteria-kriteria ini. Jadi bila kita membuat penjajaran semula itu, ramailah yang tidak bersetuju, tapi saya kira sekarang kita balik kepada penyelaras, PKM dan juga warga ADUN untuk mengambil tanggungjawab ini. Tidak begitu susah, yang perlunya adalah saya sendiri biasa melakukannya dan saya ingat Y.B. \u2013Y.B. lain yang mana telah tulis surat kepada saya untuk mengeluarkan beberapa nama yang dikira tidak layak menerima. YB boleh begitu.
\nMaksudnya, pilihan itu ditangan kita ke atupun masih lagi pihak Yang Berhormat hantar kepada kami, kami yang memilih pula.
\nY.B. PUAN DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD: Dia begini, sekarang ini kalau bagi apa ni senarai je sudah ada untuk semua PKM. Suruh dia senarai penerima, ok. Ada senarai, ada tempat yang kuota nya telah penuh. Jadi dia, bila dia semak balik tu dia rasa macam ada orang lebih layak dan kemudian dapati ada yang tak layak. Yang tak layak ini yang kita minta pihak ADUN untuk menulis surat kepada kita. Sebab yang meluluskan dulu, bukan kita, bukan ADUN tetapi mungkin ADUN sebelum itu. Jadi minta tolong tengok balik semula. Dan saya kira sudah diberi, kita sudah bagitahu supaya lepas ini kita akan, bukan itu saja Yang Berhormat, kalau ikut daripada dulu, ada YB ADUN mengeluh lah terutama Sungai Kandis.
\nMemang apabila N49 itu dulu Sri Andalas dan kemudian N49 sekarang adalah Sungai Kandis. Kebanyakkan penerimanya tidak duduk di dalam N49 Sungai Kandis sekarang, mereka duduk diluar daripada itu. Jadi kami juga telah, sedang menyelaraskan dengan bantuan pegawai-pegawai pusat khidmat untuk kita kenal pasti siapakah yang bukan pengundi dalam DUN itu, dan kita akan letak dalam DUN sepatutnya. Kita cuba bantu semua Yang Berhormat ADUN. Insyaallah.
\nTuan Speaker, saya ada soalan susulan tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat. Yang tadi yang disebut oleh Yang Berhormat tentang penerima-penerima yang sekarang kerana isu delimation dengan izin yang telah berlaku di Selangor, mereka sekarang telah berada di DUN-DUN yang lain, adakah jumlah penerima setiap DUN akan bertambah, kalau begitu, ataupun kita masih ada sistem kuota untuk setiap DUN. Kerana ada beberapa DUN yang ada peningkatan jumlah pengundi dan juga penduduk yang amat ketara.
\nY.B. PUAN DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD: Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Untuk ketenangan jiwa kita semua, mereka yang sudah dapat tidak akan dikeluarkan kecuali kalau mereka tidak layak. Tetapi sekiranya misalnya apabila kita baru ni, bila 18 ribu penambahan di dalam Skim Peduli Sihat ini, yang kita masukkan di dalam penerima dan dia mengundinya di tempat DUN yang sudah penuh kuota, sudah penuh kuota, Insyaallah kami tidaklah nak kata kurangkan kuota itu, makna kalau dah nasib dia misalnya kita selepas 18 ribu itu kita buat tanpa melihat kuota dan dia masuk di dalam satu DUN yang sudah melebihi kuota dan mereka itu semua layak. Yang dapat itu misalnya yang kuota itu semua layak, kita nak keluar pun tak tergamak dan tak sampai hatilah kerana mereka memang layak. Jadi Insyaallah, kita ada kuota yang mencukupi, kita ada lagi yang hari itu, jadi mereka tetap akan masuk walaupun melebihi kuota YB. Dan kami telah sedang, Insyaallah untuk calculate semula kuota setiap-setiap DUN based on pada peruntukan yang baru. Kalau dulu KISS daripada nak 20 ribu sekarang jadi 25 ribu dan sekiranya Peduli Sihat daripada 65 ribu ke 85 ribu. Jadi kita akan tengok balik kuota DUN-DUN itu semua.
\nTuan Speaker.
\nKampung Tunku.
\nTerima Kasih Yang Berhormat EXCO atas penerangan tentang fungsi SMS untuk sistem SELangkah. Saya baru melayari laman web SELangkah dan saya nampak ia memang, apabila sebuah premis itu cetak imej SELangkah untuk di scan oleh pelanggan tetapi saya nampak mesej bahawa seorang itu boleh hantar SMS ke SELangkah itu terlalu kecil, jadi saya rasa yang pertama nya fungsi SMS SELangkah itu
\npatut diwar-warkan dengan lebih baik lagi. Dan keduanya dari segi design dengan izin bahawa perkataan SMS itu bahawa ada option SMS itu kena diperbesarkan lagi. Terima kasih.
\nY.B. PUAN DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD: Terima kasih Yang Berhormat Kampung Tunku, saya ambil cadangan itu dan bawa kepada pihak yang bertanggungjawab. Jadi ini, ini adalah. Ok ada lagi saya jelas saya ingat keganasan rumahtangga yang telah dibangkitkan oleh YB Sementa Yang Berhormat Sementa dan juga ditanya oleh Yang Berhormat Hulu Kelang, sama ada keganasan rumahtangga kena pada lelaki ke tidak. Ya, kalau keganasan rumahtangga ini dia tak kira lelaki perempuan, asalkan dia berlaku kepada ahli keluarga, sama ada suami, kadang-kadang mak, anak ada. Jadi memang dalam rekod kita ada. Untuk apa ni, ok, dilaporkan 5 kes yang melibatkan kaum lelaki sebagai mangsa, 3 kes dibawah 18 tahun dan 2 kes melibatkan golongan suami yang masing-masing berumur 45 tahun dan 60 tahun. Kes 45 tahun berlaku, isteri cuba meletakkan dalam kecederaan fizikal bagaimana kes 60 tahun penderaan psychology dan emosi, dia tertekan, isteri asyik marah dan berleter pada dia. Jadi makna dia, saya
\nPenjelasan. Apa jenis penderaan ini?
\nY.B. PUAN DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD: Penderaan fizikal. Y.B. TUAN HAJI SAARI BIN SUNGIB: Tumbuk?
\nY.B. PUAN DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD: Ya, Ya. Untuk makluman Yang Berhormat, saya sendiri semasa PKP mendapat aduan sekali gambar. Kemudian saya tengok, nak cerita, bila gambar itu dia hantar pada saya, saya tengok mata dia hitam kat sini. Jadi saya, kebetulan dia, tak tak, kena tumbuk, bukan mata hitam, keliling mata itu hitam. Saya dapat itu secara kebetulan, isunya kes lain. Tapi sebagai doktor, saya ada pengalaman itu, ini mesti kena tumbuk. Dan true enough, lepas itu suaminya mengadu memang dipukul dan suaminya, isterinya sangat ganas. Jadi, memang kita tengok keganasan rumahtangga ini bukan hanya pada kaum wanita, dia juga berlaku pada kaum lelaki dan kita
\nBukan Hulu Kelang ya. Hulu kelang ke? Adakah di Hulu Kelang? Kes itu di Hulu Kelang?
\nY.B. PUAN DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD: Bukan. Kes itu di Klang. (Ketawa) Sebenarnya, kalau saya ambil sedikit masa cerita, kes-kes itu sebenarnya datang kepada saya kerana dia hilang tempat tinggal. Mereka tinggal dalam kereta, jadi saya cuba mendapatkan tempat perlindungan untuk mereka dan saya dapat, pernah dapatkan tapi orang nak bagi perlindungan itu batal sebab dia takut, dia takut bila dia tengok suami itu
\nbergitu dah kena pukul, isteri megejar dia, dia kata please, saya tak berani, takut. Jadi secara kebetulan. Sebenarnya, keganasan rumahtangga sekarang ini memang kalau kita tengok meningkat juga di dalam pada kaum lelaki, terutamanya mereka yang kurang berdaya. Kepada ibu bapa, kita lagi tengok kes-kes dan sebagainya. Jadi keganasan rumahtangga ini, orang lelaki peka juga kerana kalau tanpa sokongan orang lelaki, kaum lelaki untuk melindungi ahli keluarga mereka, maka kempen kami tidak akan berjaya seperti saya nak ulang, saya nak ulang perkataan ini, semua orang mesti tahu bahawa kekasaran fizikal tidak boleh diterima. Semua anak perempuan kena tahu bahawa kekasaran fizikal tak boleh diterima kalau dia kahwin. Semua anak-anak kena tahu kekasaran fizikal tak boleh dilakukan ke atas mereka. Terima kasih.
\nSilakan Yang Berhormat Kinrara.
\nBaik, terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya memohon untuk menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan selama dua hari. Saya akan memulakan dengan soalan atau isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jeram. Semangat dia, bila sebut nama dia. Ok, Yang Berhormat Jeram telah mencadangkan Pihak Berkuasa Tempatan perlu menjalan operasi atau serbuan terhadap perniaga runcit bersama pihak Imigresan dan pihak LHDN. Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat Jeram, untuk pihak LHDN Bersama-sama PBT dalam operasi atau serbuan di kedai runcit. Untuk makluman Yang Berhormat, secara umumnya semua PBT telah menetapkan jadual operasi penguatkuasaan dan sering mengadakan operasi bersepadu bersama agensi-agensi yang lain mengikut keperluan dan kesesuaian. Selain itu, tindakan penguatkuasaan harian juga sentiasa dijalankan oleh Jabatan-jabatan Integriti sendiri. Yang Berhormat Jeram juga sentuh isu berkenaan penglibatan wakil rakyat di dalam perancangan PBT. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri telah memberi arahan agar semua Datuk Bandar dan Yang DiPertua Perbandaran atau Daerah mengadakan perjumpaan berkala secara dua hala Bersama Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri termasuk ADUN Pembangkang untuk menbincangkan isu-isu setempat di kawasan ADUN masing- masing.
\nDalam perjumpaan tersebut adalah terbuka untuk sebarang perbincangan mengenai isu tempatan. PBT juga boleh memaklumkan keputusan-keputusan dalam Mesyuarat penuh PBT dan Mesyuarat OSC berkaitan pembangunan di semua kawasan Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri berkenaan. Saya juga dimaklumkan bahawa, baru-baru ini ada satu perjumpaan bersama Yang Berhormat Jeram di Kuala Selangor yang dianjurkan oleh MDKS Bersama Tourism Selangor, di mana Yang Berhormat juga dijemput untuk memberi pandangan dan cadangan bagaimana kita boleh memulihkan pelancongan di
\nkawasan Kuala Selangor dalam masa yang paling singkat. Terima Kasih kepada Yang Berhormat Jeram, kerana telah menyertai pertemuan tersebut. Dan satu lagi perkara penting yang disentuh oleh Yang Berhormat Lembah Jaya, adalah untuk cadangan untuk mewujudkan jaringan hijau dibandar-bandar yang berhubung antara satu sama lain. Tuan Timbalan Speaker, dalam konteks perbandaran, jaringan hijau adalah ruang luar rumah dalam bentuk ruang lapang atau ruang yang menpunyai unsur kehijauan untuk beriadah dan bersosial yang dihubungkan dengan laluan berkenderaan berbasikal dan penjalan kaki yang baik. Namun bergitu, persekitaran kawasan perumahan kos rendah sejak dahulu hingga kini, di dapati mempunyai ruang hijau yang sangat minimum selain kualiti kemudahan rekreasi yang amat sederhana dan mengakibatkan pelbagai masalah sosial serta tahap kualiti kesihatan yang rendah di kalangan penduduknya.
\nSehubungan itu, satu projek sedang dilaksanakan dengan usaha Kerajaan Negeri, Pemaju dan PBT dalam menggubal pendekatan pembangunan di kawasan yang dijangkakan ini kepada bentuk pembangunan Jaringan Hijau yang lebih berkualiti dan lestari. Jadi, ini juga bertepatan dengan sekurang-kurangnya tiga (3) Sustainable Development Goals 2030 iaitu SDG 10, Reduce In Equality, SDG 11, Sustainable Cities And Communities serta SDG 17, Partnership For The Goals. Saya ..
\nYang Berhormat, minta maaf
\nYa, Jeram.
\nSaya ingatkan nak menjawab soalan saya punya hujah sebelum ini. Rupanya Yang Berhormat cuma beritahu yang satu sahaja. Ada banyak lagi ni sebenarnya yang tak diterus, dah ke isu lain ya. Terutamanya berkenaan dengan lesen penjaja yang saya minta tempoh diberikan lesen penjaja untuk enam (6) bulan ..
\nItu belum sampai lagi.
\nTapi Yang Berhormat dah pergi ke ..
\nYa, ya, saya akan jawab berkenaan lesen penjaja.
\nOh.. terima kasih, terima kasih.
\nSabar, sabar. jadi, saya ambil kesempatan ini untuk Y.B. TUAN NG SZE HAN : mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di atas teguran dan
\ncadangan yang telah dikemukakan selama dua (2) hari dan terlalu banyak idea yang bernas daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya lihat semuanya adalah demi Negeri Selangor yang lebih baik dan terus menjadi negeri peneraju Malaysia. Saya tidak dapat sebut satu demi satu apa yang telah dibangkitkan oleh semua walau bagaimanapun, perkara-perkara yang dibawakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan dilihat secara serius. Satu perkara yang telah menjadi perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat Jeram adalah pada pasca COVID-19 adalah sejauh manakah keseriusan Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat Selangor khususnya penjaja dan peniaga kecil yang telah terjejas pendapatan akibat penularan COVID -19. Perkara ini telah disentuh oleh Yang Berhormat Batu Tiga, antaranya Bantuan Pemberian Insentif Khas, one-off sebanyak RM 500.00 kepada penjaja berlesen. Hingga setakat ini, sebanyak 22,884 telah menerima manfaat tersebut iaitu bersamaan dengan RM 11, 442, 000.00 peruntukan dan juga pengecualian bayaran sewa premis PBT bagi bulan April dan Mei untuk tahun ini dan kelayakan pengecualian adalah kepada penyewa yang telah mempunyai lesen tahun 2020 serta mematuhi komitmen bayaran sewa bulanan.
\nAhli-ahli Yang Berhormat, pasca COVID-19 ini didapati ramai peniaga kecil atau penjaja yang telah memulakan perniagaan kecil-kecilan. Ada di antara mereka itu tidak mempunyai lesen perniagaan. Kerajaan Negeri akan membantu golongan ini dengan memberikan lesen perniagaan sekiranya kawasan yang mereka berniaga itu sesuai, selamat dan tidak mengakibatkan kacau ganggu, khususnya kacau ganggu lalu lintas ya. Kerajaan Negeri bertekad dan komited untuk memberi keutamaan dan membantu warga negara khususnya rakyat Selangor dalam menceburi bidang perniagaan lebih-lebih lagi pada pasca COVID-19 ini. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan untuk tidak membenarkan warga negara asing menjalankan aktiviti perniagaan-perniagaan kecil atau dilesenkan di bawah aktiviti penjaja. Semua lesen penjaja dan perniagaan kecil termasuk lesen perniagaan di premis milik jabatan, atau agensi ataupun PBT di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor hendaklah dipertimbangkan kepada warganegara Malaysia sahaja. PBT juga meletakkan sekatan kepada syarat-syarat lesen penjaja iaitu tidak dibenarkan menggunakan pekerja warga asing tanpa izin dengan harapan lebih peluang pekerjaan ditawarkan kepada warganegara Malaysia. Tindakan tegas akan dikenakan terhadap perniagaan tanpa lesen yang dijalankan oleh warga asing khususnya, dan juga premis penjaja yang menyewakan kepada warga asing dan melantik pembantu warga asing.
\nBaru-baru ini, PBT-PBT di Negeri Selangor sedang bergiat dalam menjalankan operasi terhadap perniagaan warga asing tanpa lesen. Sebenarnya, selama ini, penjaja dan peniaga kecil merupakan antara golongan yang paling dititikberatkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ahli-ahli Yang Berhormat mungkin tidak sedar insentif pengecualian fi lesen telah masuk ke tahun yang kelima sejak pelaksanaan pada tahun 2016. Tahun
\nkelima kita mengecualikan fi lesen bagi penjaja. Oleh itu, Kerajaan Negeri menyeru para penjaja atau peniaga kecil yang tanpa lesen hendaklah mengemukakan permohonan lesen perniagaan di PBT masing-masing dan Kerajaan Negeri akan sedaya upaya untuk membantu. Ok (ketawa). Ada juga beberapa Ahli Yang Berhormat telah menyentuh isu berkenaan kilang tanpa kebenaran. Jadi, secara ringkas ..
\nMinta mencelah Yang Berhormat.
\nAda lagi?
\nDan kalau yang sebelum itu saya nak tanya balik berkenaan dengan pengecualian sebulan itu sebab kita sedia maklum kita punya tempoh PKP tempoh hari sehingga tiga (3) bulan jadi hanya diberikan sebulan sahaja pengecualian bayaran. Dan yang keduanya, sekiranya ada sebarang tunggakan maka sebulan itu pun tidak layak diterima. Jadi, minta penjelasan Yang Berhormat.
\nTadi, saya telah jawab mungkin Yang Berhormat Y.B. TUAN NG SZE HAN : Jeram tidak dengar, pengecualian sewa bulan itu bukan satu bulan. Kerajaan Negeri memberikan pengecualian sewa untuk bulan April dan bulan Mei, iaitu dua (2) bulan dan on top of this, Kerajaan Negeri masih memberi RM 500.00 insentif kepada penjaja yang berlesen. Bagi mereka yang ada tunggakan, saya rasa kita harus adil kepada PBT juga. Kalau yang tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PBT, mereka tidak layak, tidak layak untuk mendapat insentif dan tidak layak untuk mendapat pengecualian sewa, saya rasa ini adil. Adil kepada PBT dan kita juga perlu memberitahu penjaja- penjaja supaya mereka dapat mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PBT pada masa hadapan.
\nYang Berhormat EXCO. Y.B. TUAN NG SZE HAN : Ya.
\nSaya suka bila Yang Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM Berhormat EXCO sebut tadi bantuan RM 500.00 kepada peniaga kecil berlesen ini namun, saya difahamkan jumlah yang diperuntukkan ialah RM 40 Juta untuk membantu 80,000 sasarannya peniaga kecil yang ada di Negeri Selangor. Namun dalam beberapa pertemuan saya khususnya di kawasan Gombak, banyak peniaga-peniaga kecil yang mengadu mereka tidak mendapat bantuan RM 500.00 tersebut sebab ada yang kata hanya diberikan kepada peniaga kecil yang lesen individu, lesen berkelompok tak dapat. Ada yang kata Bazar Ramadhan tak dapat kemudian yang Uptown pun tak dapat sedangkan, ok kalau Bazar Ramadhan itu mungkin kita boleh kata dia mungkin berniaga
\nsetahun sekali tapi kalau Uptown, Uptown dia tak dapat juga sedangkan dia berniaga setiap hari. Dan daripada maklumat yang saya terima setakat hari ini pun daripada 80,000 sasarannya ataupun RM 40 Juta diperuntukkan setakat hari ini Kerajaan Negeri berbelanja tidak sampai RM 15 Juta pun. Maksudnya not even 50%, 50% daripada dana yang diperuntukkan itu dibelanjakan untuk peniaga kecil. Jadi, sebab itu saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat bagaimana usaha penambahbaikan ini boleh dibantu supaya bila Kerajaan Negeri letakkan sasaran 80,000 peniaga kecil, kita boleh bantu 80,000. Jangan hanya kita peruntukkan RM 40 Juta, beri bantu 80,000, angka nampak bangga. Angka nampak besar tapi akhirnya bila pelaksanaan ia tidak sampai kepada peniaga-peniaga kecil berkenaan. Jadi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO. Terima kasih.
\nTerima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Apabila Y.B. TUAN NG SZE HAN : kerajaan, sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, apabila kita nak memberi insentif atau bantuan kepada golongan yang tertentu kita perlu memastikan sasaran itu betul. Jadi, bagi insentif atau pengecualian sewa itu, Kerajaan Negeri telah memberi kepada penjaja berlesen. Bagi penjaja di bawah lesen berkelompok, mereka .. dia sebenarnya bukan bawah Kerajaan Negeri secara langsung. Dia adalah bawah Pengurusan. Oleh itu, sepatutnya Pengurusan yang harus membantu mereka memberi pengecualian sewa kepada mereka tetapi, sabar, saya belum habis lagi. Tetapi, Kerajaan Negeri juga mengambil perhatian berkenaan perkara ini dan telah berbincang dalam mesyuarat MMKN di mana kami telah memutuskan semua penjaja di bawah lesen berkelompok seperti Uptown, mereka boleh memohon lesen penjaja PBT dan sekiranya mereka kemukakan permohonan mereka akan layak untuk dapat insentif RM 500.00.
\nSatu lagi soalan saya, kalau betul Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : itu penjelasan Yang Berhormat EXCO, saya nak bertanya apakah unjuran ataupun apakah asas kepada Kerajaan Negeri untuk membuat unjuran bahawa dalam tempoh COVID itu yang perlu dibantu adalah 80,000 orang peniaga kecil? Sebab, saya nak tahu kenapa Kerajaan Negeri peruntukkan RM 40 Juta untuk bantu, kononnya 80,000 tapi bila akhirnya kita tanya dalam Dewan, eh ini sebenarnya tak boleh. Ini sebenarnya tak boleh sebab kalau daripada hasil pengagihan ataupun daripada jumlah permohonan yang saya lihat ya, daripada sumber saya, daripada setiap permohonan yang dikemukakan kepada PBT-PBT, jumlah permohonan yang ditolak itu sangat rendah. Jumlah permohonan yang ditolak itu sangat rendah. Jadi, maksudnya kalau jumlah permohonan yang ditolak itu besar, maksudnya memang ramai yang mungkin tidak patuh syarat dan sebagainya. Tapi, kalau jumlah permohonan yang ditolak itu kecil, maksudnya jumlah yang dibuka kepada peniaga kecil ini juga sangat kecil. Sebab itu saya nak tahu apakah asas pula kepada unjuran Kerajaan Negeri untuk memperuntukkan RM 40 Juta bagi kononnya bantu 80,000 sedangkan hari ini yang dibelanjakan tak sampai RM 15 Juta pun. Not
\neven 50% daripada apa yang diperuntukkan itu dibelanjakan untuk membela peniaga- peniaga kecil dalam Negeri Selangor ini. Terima kasih.
\nItu unjuran Yang Berhormat Gombak Setia, dah kata Y.B. TUAN NG SZE HAN : itu unjuran. Apa pun, dalam masa yang begitu singkat, dalam tempoh PKP kalau kita nak mengadakan satu bajet untuk membantu golongan yang paling terkesan maka, kami perlu adakan satu bajet yang mencukupi bukan bagi satu unjuran yang tidak mencukupi lepas itu kami perlu ada bajet tambahan. Itu bukan cara Kerajaan Negeri Selangor.
\nYang Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM Berhormat EXCO menyatakan bahawa apa yang dibentangkan oleh Kerajaan Negeri itu dibuat tanpa sebarang asas unjuran?
\nSpeaker. : Mohon bantu sikit. Tuan Timbalan
\nBatu Tiga.
\nTerima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya minta maaf kepada .. ataupun saya ingin membantu Kinrara sikit. Di mana datangnya data 80,000? Itu soalan ringkas lah kalau saya boleh simpulkan. Sehinggakan kita memperuntukkan RM 40 Juta ok? Data ini sebenarnya sebelum Menteri Besar mengumumkan, kita minta semua ya, semua data-data daripada PBT, berapa ramai sebenarnya penjaja-penjaja yang telah berdaftar di bawah PBT. Jadi, bila kita kumpulkan semua, jumlahnya lebih kurang 80,000. Mereka, penjaja-penjaja yang telah berdaftar di PBT masing-masing. Bila kita umumkan pula, mereka yang berdaftar ini layak menerima RM 500.00 setiap seorang. Data ini dulu berada pecah-pecah di setiap PBT, ada dua belas (12) PBT. Tetapi bila kita kumpulkan dalam satu database ada di kalangan mereka, contoh, kalau kita ambil pekerja pasar malam contohnya atau pekerja-pekerja peniaga pasar malam, dia ada 3 \u2013 4 lesen di PBT lain-lain ya. Jadi, atas dasar itu, kemungkinan ada seorang ada tujuh (7) kalau kita ambil pasar malam setiap malam ada tujuh (7). Ada di Sabak Bernam, ada di Shah Alam, ada di Klang, ada di Tanjung Karang, semua ada, ada di Kuala Selangor dan sebagainya. Jadi, unjuran itu dah betul sebenarnya saya nak sebut. Unjuran itu tepat sebab kita ambil data dari setiap PBT, tetapi bila kita buat satu database berpusat dan kita dapati satu individu penjaja itu, dia juga memohon lesen di lain PBT jadi itu menyebabkan data itu kadang-kadang ada berbeza, itu tak masuk lagi data mungkin ada Ali Baba nya. Saya tak nafikan benda itu berlaku. Jadi, akhirnya di sini kebetulan, saya rasa dengan adanya Covid ini juga membantu kerajaan untuk membersihkan dan memutihkan database sedia ada. Jadi, itu jawapan daripada saya.
\nOkay terima kasih Yang Berhormat EXCO...
\nBoleh saya tambah Speaker ?
\nberkaitan lain boleh tambah. : Bagi saya pihak Kerajaan telah menjawab, ada
\nYa, saya pun kena beri maklum Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM balas. Sebab itu Yang Berhormat EXCO bila saya ucap terima kasihlah kepada Yang Berhormat EXCO, satu lagi yang bantulah menjawab Yang Berhormat EXCO PBT kita ini, sebab pertama tadi dia tanya mana pula saya dapat angka 80,000. Angka 80,000 ini yang keluarkan Kerajaan Negeri.
\nYang Berhormat Gombak Setia sebenarnya angka ..
\nKemudian, sabarlah..
\nSemalam kena tanya dalam perbahasan.
\nsangat bantu ini. Sampai semua nak kena bangun, bertenanglah. : Takkan lah saya seorang, ramai
\nBukan tanya dalam sesi ini, ini sesi penggulungan bukan sesi pertanyaan atau sesi perbahasan. Perbahasan sudah lepas Yang Berhormat Gombak Setia.
\nYa betul, saya cuma tanya apa rasionalnya Y.B., sebab itu kalau Yang Berhormat soalan itu pun perlukan bantuan EXCO lain jawab, tak payah tinggi suara, jawab saja kan senang.
\nYang Berhormat tidak ambil bahagian dalam perbahasan tetapi sekarang nak tanya- tanya soalan.
\nTakkanlah benda kecil itu, saya nak bela peniaga kecil di Negeri Selangor.
\nBanting ingin bertanya.
\npayah.
\nKalau Y.B tak nak bela, tak
\nSaya ingin bertanya.
\nSebab itu saya nak tanya tadi, pertama Yang Berhormat EXCO yang bantu jawab Y.B tadi, dia kata bahawa 80,000 hasil daripada unjuran berdasarkan apa yang didaftarkan di semua PBT dan sebagainya. Saya terima sebab itu unjurannya tapi takkanlah kita boleh anggarkan bahawa satu peniaga dia apply kepada beberapa PBT dan kalaupun itu berlaku takkanlah sehingga Kerajaan Negeri bajetkan 40 juta belanja not even fifty percent saya kata. Jadi sebab itu, itu yang saya nak tanya dan minta penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO ...
\nGombak Setia sila duduk.
\nTak apalah, sekurang-kurangnya apa yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri bukan macam di Kerajaan Pusat, apa yang dijanjikan tapi di bawah itu tidak dapat tapi cukup-cukuplah...
\nSaya tak bantah apa yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri cuma yang saya sentuh tadi hanya soal yang dijanjikan pelaksanaan, soal pengurusan sebab itu kalau diunjurkan untuk bantu..
\nYang Berhormat Timbalan Speaker.
\nYang Berhormat Timbalan Speaker.
\nAhli-Ahli Yang Berhormat sila duduk semua. Pihak Kerajaan telah menjawab persoalan tersebut, bukan satu isu kalau bajet itu terlebih atau tidak dan, Gombak Setia sila duduk.

\nLet\u2019s be fair kepada Yang Berhormat EXCO. Ini adalah sesi menjawab persoalan kepada perbahasan yang dibangkitkan. Dalam sesi ini tidak ada soalan tambahan, bukan ada sesi tambahan. Saya ingat Yang Berhormat Timbalan Speaker kena....

\nGombak Setia, jangan tunjuk hero laGombak Setia, ini sesi penggulungan daripada EXCO, patut datang semalam bahas.
\nYang dipersoalkan daripada 80,000 hanya 50%, ini yang dipertikaikan.
\nSaya ingin bertanya.
\nYang Berhormat, sila duduk semua.
\nSaya minta tenang dulu, saya rasa saya cuma nak tenangkan. Saya rasa soalan yang baik sebenarnya daripada Gombak Setia. Kenapa ada unjuran ini? Ya, jadi saya jawab sebenarnya unjuran itu kita dapat dalam keadaan yang begitu suntuk, emergency, jadi kita dapat daripada PBT. Jadi itulah jumlah yang kita dapat. Lepas itu didapati semak sebenarnya ada orang yang mempunyai lebih dari satu lesen. Jadi saya kira itu jawapan yang baik juga sebab kalau ada seorang penjaja kita dapat 80,000. Kalau seorang dapat dua lesen bererti sebenarnya dah 50% dah tak layak. Jadi bererti dari 40 juta tinggal 20 juta, jadi sekarang yang dikeluarkan hanya 5 juta jadi munasabahlah sebab ada yang tak mohon pun. Jadi tenang, jadi mungkin tadi dalam keadaan yang agak panas jadi kita miss point, saya nampak dah okay.
\nTerima kasih Yang Berhormat EXCO, saya nampak memang inilah tokoh yang patut kita angkat sebagai tokoh PBT saya ingat. Boleh bela peniaga kecil dan boleh jawab soalan di dalam Dewan.
\nY.B. DATO\u2019 TENG CHANG KHIM dan bela juga EXCO yang menjawab. Okay, cukuplah-cukuplah. : Terima kasih. Saya bela ADUN yang bertanya
\nMinta penjelasan.
\nDipersilakan Banting.
\nTerima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Y.B. TUAN LAU WENG SAN Timbalan Speaker. Soalan saya sangat senang sahaja, kalau Kerajaan memperuntukkan RM 40 Juta katakan hanya belanjakan RM 15 Juta, bukankah ini menunjukkan kekuatan kewangan di pihak Kerajaan Negeri Selangor di mana tak akan wujud masalah wang tak cukup, tak macam program-program subsidi kebajikan yang dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan, PSU sebagai contoh, ada lagi ramai yang tidak belum menerima lagi bantuan subsidi kononnya dah habis. Jadi saya minta dari EXCO PBT, adakah ini menunjukkan kekuatan kewangan ada pada Kerajaan Negeri Selangor. Wang kita peruntukan secukupnya mungkin untuk membantu rakyat.
\nSaya dah jawablah soalan Gombak Setia, soalan Yang Berhormat Banting saya dah jawab. Apa yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kami tunaikan, dah dapat. Pemohon-pemohon dah dapat tadi. Yang Berhormat Gombak Setia pun dah kata yang ditolak itu sebenarnya sedikit saja, kebanyakannya dapat. Yang banyak itu kebanyakannya semua dapat. Okay saya akan masuk ke isu yang terakhir berkenaan dengan kilang tanpa kebenaran.
\nTuan Timbalan Speaker, sedikit, boleh?
\nAda lagi?
\nTerima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya bukan hendak mencabar Timbalan Speaker lah tapi tadi bila saya dengar perbahasan keluar daripada pihak EXCO mengatakan bahawa Gombak Setia tidak berbahas ketika perbahasan tetapi mengutarakan soalan, biar mengharapkan ada satu keputusan, keputusan yang rasional sebab daripada pagi tadi saya bersama-sama, saya lihat antaranya maaf Bukit Lanjan pun mengutarakan soalan semasa perbahasan, semasa penggulungan tetapi tidak berbahas.
\nSaya nak mencelah, saya hanya tanya satu soalan susulan, saya tak buat ucapan seperti apa yang telah berlaku tadi, saya different.
\npersoalan itu telah dijawab, jadi apa soalannya sekarang Sijangkang?
\nBukan masalahnya tadi ada yang menyebutkan Gombak Setia tidak berbahas semasa perbahasan, sama juga dengan Bukit Lanjan pun juga tidak berbahas.
\nbertanya, jadi apa masalahnya? : Saya benarkan, saya benarkan Gombak Setia
\nMasalahnya dipertikaikan..
\nDah.. dah..
\nYang Berhormat Tuan Speaker saya mohon, sebab saya rasa ada soalan saya yang perbahasan saya yang belum dijawab. Tapi sebab dia masuk akhir, dia kata kilang, saya ingin mencelah, saya nak tanya, tak bagi laluan ini, saya nak tanya.
\nCepat tanya Sungai Air Tawar, apa dia.
\nSaya nak tanya berkenaan kenaikan kadar sewa MBPJ di pasar Jalan Othman.
\nItu semalam Yang Berhormat Taman Medan sudah jawab semua lah. Dia telah bagi satu jawapan yang cukup jelas. Tak perlu ulang sekali lagi. Buang masa Dewan yang mulia ini. Itu sudah dijawab oleh Yang Berhormat Taman Medan. Itu sudah di jawab oleh Taman Medan.
\nKetua Pembangkang tak ada dalam Dewan, sudah jawab.
\ntolong jawabkan. Tak perlu jawab. Tak apa. Tak apa. : EXCO PBT ini semua EXCO lain
\nItu telah dijawab.
\nSampai ADUN pun tolong jawab untuk EXCO, terima kasih.
\nTak boleh jawablah ini?
\nMemang tak boleh jawab.
\nGombak Setia sila duduk.
\nGombak Setia sila duduk.
\nEXCO teruskan, teruskan EXCO. Itu saya punya tu yang pasal kilang. Teruskan.
\nInilah masalah dia bila di kalangan Ahli Dewan sendiri tidak diberikan kepercayaan..

\nTuan Timbalan Speaker, saya ingin habiskan perkara terakhir berkenaan kilang tanpa kebenaran. Di sini saya ingin mengumumkan Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju bahawa Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran dilanjutkan sehingga 31 Disember tahun ini, manakala Borang 5A dan Borang 7G yang telah tamat dalam tempoh PKP dilanjutkan selama 3 bulan daripada tarikh tamat tempoh Borang 5A dan Borang 7G yang telah dikeluarkan. Keputusan ini adalah selari dengan Dasar Kerajaan Negeri yang mengamalkan konsep prihatin dan berkebajikan berikutan wabak pandemik COVID-19 yang melanda ke seluruh pelosok dunia. Keputusan yang diambil ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh pemilik tanah atau pengusaha kilang di dalam usaha menjelaskan premium tambahan yang dikenakan sejurus kelulusan diperoleh dari program ini. Kerajaan Negeri berharap agar lebih ramai pemilik tanah atau pengusaha kilang yang tampil ke hadapan dan menghantarkan permohonan bagi menyertai program ini. Ini berikutan tempoh perlanjutan program sehingga 31 Disember hendaklah dijadikan sebagai peluang emas oleh pemilik atau pengusaha kilang untuk memulihkan status kilang tanpa kebenaran agar dapat beroperasi dengan mematuhi perundangan sepenuhnya yang sedang berkuat kuasa. Seterusnya bagi mana-mana pemilik tanah atau pengusaha kilang yang tidak menghantar permohonan untuk memasuki program ini sebelum 31 Disember maka tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 127 hingga Seksyen 130 Kanun Tanah Negara akan diambil. Sekian, terima kasih.
\nYang Berhormat EXCO, ada lagi empat minit, minta izin, Timbalan Speaker.
\nYa, silakan.
\nSaya ingin menambah sedikit sebab ini berkenaan dengan masih ada lagi empat minit, berkenaan dengan pertukaran pegawai di PBT sebab sebelum itu saya pernah bawa isu ini tetapi dimaklumkan oleh Yang Berhormat..
\nDalam perbahasan ada disebutkan tak isu itu?
\nAda.. ada, saya ada sebut berkenaan dengan pertukaran pegawai kerana macam apabila kita tidak dapat sokongan daripada pegawai- pegawai di PBT, dia memberi kesan kepada YDP di Majlis itu. Contohnya di Majlis Daerah Kuala Selangor, saya tidak ada sebarang masalah peribadi atau apa juga
\nmasalah dengan YDP di Majlis Daerah Kuala Selangor tetapi apabila pegawai bawahan yang tidak boleh memberi kerjasama kepada wakil rakyat di kawasan itu menyebabkan nampak ada tidak persefahaman antara ADUN dan juga YDP. Jadi inilah yang perlu difikirkan kerana kita nampak JKR atau pun Pejabat Daerah boleh menukar pegawai tetapi yang Yang Berhormat EXCO boleh membuat sesuatu di antara tiga ke lima tahun sekiranya pegawai itu tidak ada prestasi yang bagus mohon tukar di dalam kawasan Selangor bukan kita minta tukar ke negeri lain sebab kita PBT dia under Kerajaan Negeri Selangor. Cuba fikirkan sesuatu di mana ia boleh menambah baik..
\nMohon mencelah.
\nSatu minit akhir saya bagi ..
\nSungai Air Tawar, sila duduk.
\nJadi saya mohon jasa baik Yang Berhormat EXCO fikirkan berkenaan isu ini kerana kita apabila sudah ada pengagihan kuasa kita tidak ada direct access untuk mengarahkan, kita tidak ada dalam organisasi PBT itu sendiri. Jadi kita tidak boleh terus telefon pengarah-pengarah itu untuk minta sebab dia ada boss dia, ahli majlisnya ada dan juga YDP nya ada, jadi kita tidak boleh mengarahkan sesuatu pegawai untuk membantu kita secara langsung.
\nBaik Jeram, sila duduk.
\nEh, dua minit lagi.
\nTuan Timbalan Speaker, Peraturan Tetap. Peraturan Tetap 31.6 menyatakan seseorang ahli hendaklah menghadkan percakapan pada perkara yang dibincangkan. Jadi yang kita bahaskan dan kita gulungkan sekarang ini adalah berkenaan dengan Usul berkenaan dengan pakej yang dibentangkan Kerajaan. Jadi isu-isu yang tidak berkaitan saya rasa tidak dibincang. Walau dibincang kalau dia nak bincang bawa pun Kerajaan tidak perlu menjawabnya. Jadi soalan yang dibentangkan oleh Jeram itu sebenarnya di luar pokok Usul yang dibentangkan, maka tidak perlu dijawab.
\nSaya bukan minta dijawab. Saya cuma maklumkan untuk kebaikan.
\nSila duduk Jeram.
\nYang Berhormat Bandar Baru Klang, kalau asyik nak ambil Buku Peraturan saja susah kerana kita ni nak bahas untuk kebaikan rakyat.
\nYou bawa ke tak bawa? Mana Peraturannya?
\nSaya tak bawa macam mana nak tunjuk?
\nHilang dah sebab itu kena ikut Peraturan.
\nYang Berhormat tarik balik, jangan tuduh kata hilang. Saya ada simpan...

\nAhli-Ahli Yang Berhormat , Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan 1:00 tengah hari. Dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga jam 2:30 petang. Dewan ditangguhkan.

\nDipersilakan pihak Kerajaan, Yang Berhormat Kajang untuk menyambung.
\nTerima kasih Tuan Speaker. Saya ingin memberi Y.B. TUAN HEE LOY SIAN : sedikit maklum balas tentang pemasangan bumbung solar di Pejabat Kerajaan yang dibangkitkan Yang Berhormat Bukit Gasing, beliau telah pun membahaskan perkara berkaitan cadangan pemasangan bumbung solar di Pejabat Kerajaan Negeri Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang ke 15/2019 yang telah diadakan pada 12 Jun 2019 telah menimbangkan dan meluluskan cadangan.
\nTuan Timbalan Speaker, saya merujuk kepada Peraturan 12(1) berkenaan dengan jumlah kuorum 1/3 daripada jumlah Ahli Mesyuarat excluding the chair. Jadi saya percaya kuorum adalah 18 tetapi sewaktu jawapan ataupun daripada Ahli Yang Berhormat Kajang belum lagi cukup kuorum. Jika
\nsudah cukup kuorum saya mohon supaya jawapan ataupun penjelasan Yang Berhormat Kajang dimulakan semula. Silakan.
\nDipersilakan Kajang.
\nTerima kasih Yang Berhormat daripada Sungai Panjang yang sangat prihatin dalam kuorum tapi saya hendak menasihatkan kepada pihak Pembangkang tengok dahulu sebelah blok sana berapa orang Pembangkang yang hadir sebelum buat usul ini sebab kalau lah kata pihak Kerajaan tidak cukup tidak ramai tapi lebih ramai dari Pembangkang so kita tengok balik.
\nBetul lah Yang Berhormat, kuorum dalam peraturan mesyuarat ini bukan kuorum dari pihak Kerajaan atau pihak Pembangkang, kuorum Ahli Dewan, jadi tidak perlulah dipersoalkan kuorum pihak Pembangkang. Ada pihak Pembangkang yang hadir dalam blok Pembangkang ini.
\nOk, Cukup sudah lebih.
\nSaya hendak tengok hanya menasihatkan ADUN Sungai Panjang cerminkan dahulu blok Pembangkang ada berapa yang hadir so saya memang menyatakan blok Kerajaan mereka on the way datang ke Dewan bukan tidak sengaja tidak datang. Untuk menjawab soalan daripada Bukit Gasing yang bertanyakan tentang pemasangan bumbung solar di Pejabat Kerajaan. Untuk makluman pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) 12 Jun 2019 telah menimbangkan dan meluluskan cadangan pemasangan bumbung penal solar di Bangunan-bangunan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Skim Solar Energy Purchase (SEP) telah pun bersetuju pemasangan solar di Bangunan SSAAS dan juga 9 Pejabat Tanah dan Daerah Negeri Selangor dengan tempoh kontrak selama 15 tahun dengan kadar penjimatan yang lebih tinggi so perkara ini sedang di dalam proses semakan kali kedua kontrak di antara Tenaga Nasional Berhad dan anak Syarikat TNB iaitu GSPARX Sdn. Bhd serta Kerajaan Negeri iaitu kita akan jangkakan pemasangannya akan dijalankan dalam masa yang terdekat ini selepas tandatangan iaitu SARE, Supply Agreement of Renewable Energy di mana selepas siap pemasangan dan kita akan menggunakan solar penal di Bangunan Kerajaan Negeri Selangor iaitu di SUK dan ini merupakan pemasangan daripada Anak Syarikat TNB iaitu GSPARX Sdn. Bhd di mana Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu keluar satu sen pun untuk pemasangan solar panel ini. Kita akan dapat penjimatan iaitu sharing profit penjimatan dengan TNB. So untuk satu lagi jawapan daripada ADUN Sungai Panjang yang menanyakan tentang Insentif untuk Pemandu Pelancongan iaitu RM1,000.00 katanya amat sedikit berbanding dengan bilangan pelancong di Negeri Selangor dan juga beliau kata yang terlibat hanya 500 lebih, sangat kurang so saya
\nhendak memberi penjelasan di sini untuk makluman Yang Berhormat, Pakej Rangsangan Ekonomi melalui bantuan one off kepada Pemandu Pelancong dan juga host community dan juga penyelaras homestay berlesen adalah sebanyak RM1,000.00 seorang berbanding dengan Bantuan oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak hanya RM600.00 untuk seorang Pemandu Pelancong. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Panjang banyak Pemandu Pelancongan datang membuat aduan sampai sekarang mereka belum menerima RM600.00 daripada pusat so saya berharap Yang Berhormat Sungai Panjang boleh lah panjangkan isu ini kepada Menteri berkenaan mengapa sampai banyak Pemandu Pelancong datang ke pejabat kita untuk mengadu tidak dapat bantuan ini dan kita akan fokus kepada bantuan yang diambil kira sebagai Pemandu Pelancong Negeri Selangor yang berlesen sah dan aktif dan yang pertama Persatuan Pemandu Pelancong Berlesen di Negeri Selangor kerana ada pemandu pelancong yang berlesen di Kuala Lumpur sebab itu dia tidak dapat di Selangor, hanya di Selangor untuk Selangor bukan di negeri lain. Kalau pemandu itu dapat lesen di Wilayah walaupun bekerja di Selangor kita hanya fokus kepada Pemandu Pelancong yang Berlesen, banyak yang tiada lesen walaupun dia kata Pemandu Pelancong tapi dia tiada lesen jadi kita tidak bagi. Yang kedua host community melalui program latihan host community anjuran Tourism Selangor Sdn. Bhd. Kita hanya bagi host community dengan mereka yang ada latihan oleh anjuran Tourism Selangor. Yang ketiga homestay berlesen dan berdaftar di Selangor di bawah Kementerian Pelancong Seni dan Budaya Malaysia (MOTEC), di Negeri Selangor banyak homestay tapi ke banyakkan tidak berdaftar di bawah MOTEC so kita hanya fokus bagi kepada 16 homestay yang berlesen yang mematuhi segala Garis Panduan MOTEC so yang ketiga. Belum habis.
\nAda sedikit sahaja saya mohon penjelasan berkenaan dengan pendaftaran, yang pertamanya Pemandu Pelancong yang berdaftar dengan Negeri Selangor. Jadi jumlahnya ada berapa yang berdaftar dan juga homestay yang berdaftar dengan PBT ataupun dengan pihak MOTEC Negeri Selangor, ada berapa yang sudah berdaftar. Jadi ini perlu diperjelaskan dan sekiranya yang berdaftar itu ramai jadi berapa peruntukan dan agihan itu sedikit dengan jumlah RM600,000.00. Terima kasih.
\nUntuk makluman Sungai Panjang Pemandu Pelancong berdaftar di bawah berdaftar dengan Negeri Selangor sebanyak 485 sahaja. Untuk host community sebanyak 51 dan untuk homestay berlesen hanya 16 so jumlah 552 orang so untuk yang ketiga tentang kaedah ataupun pembahagian agihan baucar pelancong 2 juta di mana buat masa ini pihak Unit Perancang Ekonomi (UPEN) dan Tourism Selangor sedang memperhalus mekanisme serta kaedah pengagihan subsidi baucar tersebut akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini. Kita belum ada pusat
\ndi mana kita akan bincang dengan kaedah yang lebih halus bagaimana kita hendak agihkan baucar pelancongan ini. Sekian, terima kasih.
\nDipersilakan yang Berhormat Paya Jaras.
\nTerima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin respond kepada beberapa Yang Berhormat - Yang Berhormat bangkitkan di dalam perbahasan usul tentang 3 perkara iaitu isu RiDE, isu kerja an isu diploma yang kita diadakan di UPM. Isu RiDE dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sejangkang dan Yang Berhormat Meru, Yang Hormat Seri Setia, Yang Berhormat Bandar Utama ada dan isu diploma dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Anggerik ada hari ini. Sijangkang menanyakan berkenaan isu keprihatinan terhadap kes yang dibawa oleh Yang Berhormat , belia yang tidak mampu memohon lesen sewaktu PKP dulu dan ini telah menarik perhatian Sijangkang. Kerajaan memberi jaminan bahawa RiDE ini untuk semua belia tanpa mengira kaum, agam , bangsa, politik dan semua, mereka yang berada dalam kelayakan yang kita tetapkan mereka-mereka boleh dan mampu memohon kepada program ini. Untuk maklumat Yang Berhormat Sijangkang berkenaan sistem itu RiDE ini ada dua peringkat, yang pertama diumumkan Yang Amat Berhormat dalam Belanjawan 2020 iaitu kita memberi lesen percuma kepada belia-belia kita. Baik, model apa yang kita hendak pakai untuk pemberian percuma, kita telah membuat kajian dan berbincang ada beberapa risiko yang kita hadapi kalau kita memberi secara membiayai lesen sebab untuk dapat lesen ini seseorang itu kena melalui dua peringkat. Untuk peringkat L dan peringkat P, di peringkat L kita perlu membayar RM180.00 dan untuk peringkat P kita kena membayar RM200.00. Persoalannya jika 1,000 orang pergi mengambil lesen L dan sebahagian besar mereka gagal apa jadi dengan Kewangan Kerajaan Negeri, kita terpaksa membayar juga. Dengan sebab itu kita mengambil pendekatan model perkahwinan, dia berkahwin dia boleh ambil duit, dia tidak berkahwin dia tidak boleh claim duit dengan erti kata lain kalau belia yang telah memohon lesen ataupun telah mempunyai lesen memandu dalam tempoh Januari sehingga Disember 2020 dan mereka berada dalam Negeri Selangor, I/C Selangor mereka boleh claim daripada kita refund balik untuk bayaran lesen tersebut, this is to mitigate our risk di Peringkat Negeri. Peringkat kedua yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar iaitu tambahan RM1 juta di sini kita akan membuat kesinambungan daripada RiDE kepada eRiDE iaitu menjuruskan mereka ini ke dalam Program eRiDE ataupun gig ekonomi. Mereka yang berminat kalaulah mereka ada lesen tanpa kita biayai tapi mereka berminat untuk cebur dalam Program eRiDE kita benarkan sebab peruntukan untuk seorang untuk kursus e-hailing ini sebanyak RM270.00. Masalah besar untuk e-hailing ini. Untuk Makluman Yang Berhormat \u2013 Yang Berhormat sekalian bukan boleh kita naik motor dan hantar begitu, dia mesti mempunyai kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Jalan, ada syarat-syarat yang mereka
\nperlu penuhi oleh para mereka yang mahu terlibat dengan e-hailing. Dengan sebab itu, kita akan melantik mereka-mereka yang terlibat dlam e-hailing ini berkursus dan kita Kerajaan ini akan membayar RM270.00 untuk setiap orang untuk menghadiri kursus untuk dia layak membawa program e-hailing itu sendiri. Ini adalah perkara yang kita akan lakukan sehingga Disember dan apa yang ditanyakan Yang Berhormat Sementa daripada mana datang 2,500 sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Sementa walaupun beliau tidak ada jumlah orang yang diumumkan Yang Berhormat adalah 3,000 orang. Silakan.
\nTerima kasih Yang Berhormat Y.B. DATO\u2019 DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : EXCO. Tadi disebutkan Yang Berhormat EXCO Program Pemberian Lesen Secara Percuma tetapi yang saya maklum dalam apa yang di bentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah berbentuk subsidi dan kalau disebutkan lagi untuk lesen L bermakna claim apabila mereka layak untuk mendapatkan lesen itu mereka boleh claim. Yang kedua program yang berkaitan dengan e-hailing itu juga sifatnya juga begitu claim. Tidak.
\nUntuk gig tidak.
\nTidak, itu tidak ia tidak. Isu yang Y.B. DATO\u2019 DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : timbul adalah untuk mereka ini menghadiri kursus pun memerlukan jumlah yang agak besar ada setengahnya RM500 atau lebih daripada itu dan saya kira mereka ini memang tak berkemampuan yang datang kepada saya tu memang tidak berkemampuan untuk itu. Apa yang saya hendak cadangkan kepada Kerajaan Negeri kalau boleh kursus itu mungkin ada satu bentuk yang boleh kita rancang di bawah mana-mana Jawatankuasa Program untuk mendapatkan ataupun kursus memandu sehinggalah mereka boleh duduk untuk Lesen L dan dapatkan Lesen L. Kemudian juga program Gig ini juga mungkin boleh diadakan oleh Kerajaan Negeri mengadakan kursus untuk Latihan Gig ini dan kemudian tempatkan mereka secara percuma. Tempatkan mereka kepada agensi- agensi yang menjalankan aktiviti tersebut. Terima kasih.
\nTerima kasih Yang Berhormat Y.B. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN : Sijangkang. In syaa Allah kita akan ambil pandangan maksudnya moral of the story ialah kita membantu belia kita sama ada Kerajaan mengadakan siri kursus e-healing ataupun kita bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang telah sedia ada pokoknya kita tidak akan membebankan para belia kita. Bersetuju Yang Berhormat ya. Jadi kepada isu 300
\nSoalan tambahan.
\nDia tidak ada soalan tambahan.
\nEh Bukan.
\nPenjelasan.
\nPenjelasan. Saya tadi di sebut Sementa jadi dapat dengar sekejap jadi saya dimaklumkan bahawa permohonan no peruntukan untuk 3,000 orang peserta tetapi sehingga kini telah ada 2,500 permohonan telah diterima jadi itu yang saya inginkan penjelasan.
\nDaripada mana Yang Berhormat Y.B. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN : dapat maklumat tu? (Ketawa). Tidak, tidak. Apabila kita mula bergerak seawal Januari Yang Berhormat Sementa permohonan yang kita terima di peringkat awal sebelum PKP ni sebelum kita berhenti adalah tidak lebih daripada 300 orang pun. Ini untuk berdaftar sahaja sebab pelancaran akan diumumkan sepatutnya pelancaran kita bulan tiga tetapi kekangan PKP kita tangguh ke Ogos ini. Jadi tidak timbul.......itu sudah sedia ada ia masih terbuka pada belia kita di Selangor dan mereka boleh memohon melalui platform yang kita akan umum nanti di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor.
\nIsu yang kedua isu tentang job fair Seri Setia, Yang Berhormat Seri Setia, Yang Berhormat Meru dan Yang Berhormat Bandar Utama mencadangkan ada institut latihan kerja secara tetap supaya boleh membantu, ini sebenarnya kita ada kerjasama dengan SHRDC sebenarnya tentang kita melatih para pekerja dalam industri-industri yang berkaitan. Kita akan mengambil maklum tentang pandangan daripada Yang Berhormat Bandar Utama tentang mewujudkan institut latihan khas di bawah Kerajaan Negeri Selangor tetapi untuk makluman Yang Berhormat kita juga ada Kolej-kolej Komuniti sebenarnya yang melatih para belia kita untuk bidang-bidang yang khusus.
\nSeri Setia mencadangkan juga kenapa tidak kita anjurkan job fair serentak di mana satu hari atau satu minggu semua daerah begitu Yang Berhormat ya serentak maknanya kempen Selangor Bekerja itu diadakan serentak untuk makluman Yang Berhormat Sekalian peruntukan yang kita ada adalah 800,000.00 dalam belanjawan kita dan in syaa Allah kalau diizinkan oleh Yang Amat Berhormat nanti kita akan mencari jalan bagaimana untuk kita lancarkan secara serentak di seluruh daerah sebab kalau kebiasaan job fair itu menelan belanja dalam 70 ke 80 ribu ringgit tapi dengan PKP ini kita ada penambahan dengan sistem dengan pengawalan dan sebagainya dia akan mungkin akan lebih sikit. Walau bagaimanapun kita akan ambil pandangan. Itu pandangan yang sangat baik Yang Berhormat Seri Setia melancarkan secara serentak. In sya Allah Kerajaan Negeri tidak akan kecewakan Yang Berhormat-Yang Berhormat Sekalian. Kita akan sedaya upaya kita turun ke DUN-DUN Yang Berhormat untuk kita buat Program Selangor Bekerja ini. In syaa Allah nanti.
\nKemudian tentang Diploma UPMM, ini adalah Program yang telah dianjurkan sejak 2014. Bagaimana kita Kerajaan membiayai para pelajar kita yang pergi belajar di Universiti Putera Malaysia dalam khusus belia kita di sana sebab kursus yang dianjurkan oleh UPMM ini adalah dengan kerjasama dengan salah sebuah universiti di United Kingdom. Setakat hari ini kita telah menghantar seramai 49 pelajar kita sejak 2014 sehingga ke hari ini dan kos yang telah kita belanjakan untuk kedua-dua fasa ini adalah sebanyak RM476,000 dan kontrak kita bersama UPMM akan berakhir pada tahun 2021 pada tahun hadapan. Persoalan daripada Yang Berhormat Kota Anggerik apakah program ini akan kita teruskan pada pandangan Kerajaan Negeri kita akan melihat apakah hasil yang kita telah hasilkan di kalangan 49 pelajar ini. Soalannya di mana mereka sekarang ini adakah mereka bertugas di dalam Kerajaan Negeri ataupun mereka lari daripada bidang ini. Ini perkara-perkara yang kita kena tengok balik. Kalau keberkesanan ataupun hasil itu telah manfaatkan Kerajaan Negeri sudah tentu kita akan teruskan program ini. Terima kasih Yang Berhormat.
\nuntuk menggulung penjelasan. Dipersila Yang Amat Berhormat Sungai Tua
\nTimbalan Speaker Dewan. Ahli-Ahli Berhormat Kerajaan Pembangkang dan Terima kasih juga saya ingin ucapkan kepada seluruh Ahli-Ahli Dewan yang turut sama berbahas dan telah memberikan maklum balas -maklum balas yang sebahagiannya saya kira boleh kita laksanakan dan selaraskan semula dalam usaha-usaha kita untuk memulihkan ekonomi dan berdepan dengan beberapa kemungkinan-kemungkinan ketidaktentuan ekonomi menjelang satu tahun ataupun minimum 6 bulan daripada tempoh sekarang.
\nPandangan Menteri Kewangan yang sangat berkeyakinan menyebutkan bahawa dalam tempoh hingga ke hujung akhir tahun ini kita akan dapat melihat perubahan positif. Namun begitu, pandangan daripada beberapa pakar-pakar ekonomi menganggarkan maksimum kita akan berdepan dengan rempuhan kesan daripada renjatan COVID-19 ini sampai ke tempoh dua tahun. Hanya bagaimana kita mampu untuk mempertahankan keupayaan ekonomi kita yang diketuai oleh syarikat-syarikat yang dikepalai oleh Kerajaan GLC dan tidak ketinggalan seluruh rakyat yang bekerja, yang berniaga akan sedikit sebanyak mampu melihat keupayaan kita menangani dan berhadapan dengan cabaran yang mungkin getir kerana ia melibatkan seluruh rantaian dan rangkaian sama ada perkhidmatan ataupun barangan di seluruh dunia.
\nAhli-Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian. Di peringkat awal ini saya ingin memberikan sedikit maklum balas berkenaan dengan pandangan yang telah dikeluarkan
\noleh Ketua Pembangkang yang saya kira memberikan satu pandangan awal daripada mana dan bagaimana kita menguruskan wang yang begitu tinggi dengan nilai yang sampai 50 bilion lebih untuk mengerakkan dan menjana kegiatan ekonomi. Dalam ucapan yang saya sebutkan dan ini turut saya sebutkan di dalam pakej rangsangan kedua ini adalah the hole afforded of the community, government, agency and everybody in the state dalam negara dalam negara kita untuk kita berdepan dengan cabaran ini. Ia tidak boleh diletakkan di bahu rakyat sahaja. Para peniaga sahaja apa tah lagi Kerajaan.
\nNamun masing-masing harus berfungsi dan bertindak untuk memastikan kita berupaya mempertahankan hak kita, jadi istilah kita jaga kita itu amat tepat dalam konteks berhadapan dengan COVID-19 mahupun kesan-kesan ekonomi tersebut. Justeru, ia bukanlah semata-mata digerakkan oleh dana Kerajaan walaupun Kerajaan seperti Air Selangor akan menerbitkan suku sehingga lebih daripada 10 bilion dalam tahun ini sahaja hampir 1 bilion bukan sahaja Kerajaan terpaksa mengeluarkan 50 juta untuk pertanian, 50 juta daripada MBI sebagai contoh untuk dana wakaf, untuk kebaikan ummah dan masyarakat tetapi keseluruhannya termasuk bagaimana kita mengimbangi masalah-masalah retrenchment dengan izin ataupun pengguguran kerja dan kehilangan kerja yang kemungkinan boleh berlaku jika syarikat-syarikat tidak mampu untuk bertahan dan tidak mampu untuk diteruskan perkhidmatannya dengan habisnya monotorium by end of this year menjelang bulan 11 dan bulan 12 nanti maka dijangkakan tekanan- tekanan itu akan semakin meningkat. Sebab itu conceptual pakej rangsangan kali ini adalah untuk menggerakkan, menggabungkan serta menguplift serta meningkatkan keupayaan ekonomi kita berbanding dengan fasa satu dan fasa dua.
\nFasa pertama menumpu serta memberikan perhatian penuh bagaimana kita memberikan sokongan-sokongan seperti penjaja, seperti pelajar mahasiswa, seperti frontliner yang harus dibantu untuk terus kekal bertahan menangani COVID-19. Fasa kedua memberikan sokongan-sokongan daripada impak sosial soal kesakitan ataupun mental illness dengan izin ataupun gangguan-gangguan yang lain serta bebanan pelajaran sebab itu kita perkenalkan Selangor Tuitor dan sebagainya dan Fasa ketiga, selepas kita menampung dan menampan kesan-kesan ini dengan monotorium dengan penangguhan bayaran kepada beberapa kelompok now masanya kita bergerak bersama-sama menangani isu-isu yang harus dilakukan tetapi masing-masing harus bekerja bersama- sama dengan Kerajaan, dengan pihak Swasta dengan semua pihak yang ada di dalam negara kita untuk memulihkan ekonomi kita bersama-sama.
\nAhli Yang Berhormat Sekalian, Ketua Pembangkang menyebutkan daripada mana 127 juta yang kita keluarkan ya sudah pasti daripada dana Kerajaan Negeri. Apakah ianya datang daripada sumbangan Kerajaan Persekutuan? Ya. Tetapi bukan 130 juta hah ini bezanya. Umum 130 juta untuk negeri-negeri dalam ucapan Perdana Menteri rupanya
\n10 juta untuk setiap negeri kerana 130 juta dibahagikan kepada 13 buah negeri. Bunyi sedap hah. Bunyi sedap tapi hasilnya belum tentu lagi jadi kita belanjakan 10 juta itu dengan cukup berhemah malahan kita telah merekodkan dan menghantar kepada Perbendaharaan Negara apakah yang kita belanjakan. Sebahagian besarnya adalah untuk membantu frontliner kita untuk menguruskan urusan-urusan pada Fasa satu dan Fasa dua termasuk membiayai tempat tinggal, kawasan berteduh di Selangor sahaja Alhamdulillah kita sediakan kabin-kabin untuk para polis dan tentera kita berteduh dengan aircond dengan penghawa dingin ketika musim PKP berbanding dengan tempat- tempat lain (tepuk) dan sebab itulah kita dapat memberikan sokongan yang baik kepada semua.
\nIni termasuk juga perolehan PPE untuk frontliner-frontliner kita. Perolehan bahan mentah untuk ATM dan juga termasuk insentif kepada pegawai-pegawai frontliner JAIS dan juga PBT, Pejabat Tanah dan Daerah dan juga tidak ketinggalan membantu untuk menguruskan keseluruhan dan juga membantu untuk membantu seluruh aktiviti-aktiviti kuarantin. Aktiviti-aktiviti pengawalan pandemik yang telah diuruskan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Sekretariat Bilik Gerakan dan sebab itu saya menyampaikan penghargaan dalam ucapan saya kepada barisan penjawat awam kita. Ada sebahagian penjawat awam kita yang terpaksa berdepan risiko yang tinggi malahan seorang Pegawai Daerah kita telah didapati positif COVID-19. Namun kerana ia dapat dikesan di peringkat awal ia akhirnya dapat pulih dalam tempoh jangka masa yang singkat kerana ia dikesan dalam tempoh awal sekitar 7 hari pertama apabila dijangkiti kerana beliau membantu untuk mengawal penyakit dan juga mereka-mereka yang di kuarantin di pusat-pusat kuarantin negara.
\nSebab itu di awal COVID-19 ini saya sebutkan bahawa kita memerlukan kerjasama semua pihak. Kita memerlukan koordinasi dan kerjasama daripada setiap segenap Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dan kita melupakan batas-batas politik ketika itu kerana kita berdepan dengan perang. Kita berdepan dengan keadaan yang tidak pernah kita hadapi mungkin pengalaman darurat terakhir kita ialah ketika tahun 1969 ataupun 13 Mei tahun 1969 yang situasinya berbeza dan situasi ini kali ini juga berbeza. Sebab itu Kerajaan Negeri cuba sedaya upaya untuk mengadaptasi dan accommodate dengan izin mengakomodasi, menyesuaikan beberapa arahan-arahan yang dikeluarkan termasuk hadir mesyuarat dengan Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Keselamatan Negara paling tidak saya bermesyuarat hampir 3 kali dengan Perdana Menteri.
\nSaya bertemu sendiri Perdana Menteri secara peribadi untuk menyatakan beberapa pandangan sebelum dilaksanakan PKPD saya sendiri menyarankan agar di Negeri Selangor dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dan itulah sebabnya selepas di Simpang Renggam, Sungai Lui dipilih kerana kes-kes yang terbit dan juga lahir
\ndi Sungai Lui, Semenyih. Di Hulu Langat itu bukan disebabkan oleh sebabkan beberapa perkara saya rasa Yang Berhormat Seri Serdang telah menyebutkan wujudnya kluster di Hulu Langat ada 2 kluster yang besar, sub kluster daripada Seri Petaling dan juga wujud perkahwinan sub kluster pasca perkahwinan. Dan tidak ketinggalan sebenarnya kes 26 yang melibatkan kes di Subang Jaya dan itulah kenyataannya kenapa kes di Negeri Selangor ini begitu tinggi walaupun telah dijelaskan daripada segi peratusan per seribu orang atau pun ratio bagi setiap rakyat di Negeri Selangor sebenarnya kita duduk di tangga ke-4 satu ketika apabila Negeri Sembilan, Putrajaya dan Kuala Lumpur daripada segi rationya lebih tinggi berbanding dengan Negeri Selangor. Selangor kira-kira 0.29 atau 0.31 sebagai negeri sampai mencapai 1.36, 1.32 daripada segi ratio tersebut. Sebab itu Kerajaan Negeri cuba memahami dengan sedalam-dalamnya. Kita wujudkan Selangor Task Force, dia bukan untuk menandingi, ia bukan untuk berlawan, ia bukan untuk cuba menunjuk kita lebih baik. Tapi cuba untuk menyesuaikan keadaan sebab itu kita lakukan beberapa perubahan, bila PKPBD diubahsuai itu berlaku, ada juga yang sentap, ada juga yang kurang senang. Sebab itu kita buat itu berdasarkan perbincangan. Saya hadir perbincangan bersama Yang Dipertua, Yang Dipertua, DO-DO dan sebab itu kita ubahsuai kerana ubahsuai kita itu untuk kesesuaian dan itulah spirit sebenarnya. Yang lahir daripada mesyuarat bersama dengan Menteri-Menteri Besar dalam Majlis Keselamatan Negara yang dibenarkan. Dan akhirnya kita bukan berseorangan, kita bukan berseorangan. Bukan Pulau Pinang sahaja, bukan Negeri Sembilan sahaja. Johor malahan membuka sektor pada 8hb, tapi tak jadi isulah sebab satu kapal, tak tahulah kapal muafakat ke kapal Perikatan, tak pasti.
\nAhli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, sebab itu kalau kita sebut, penilaian yang kita dapat memang sebahagian besarnya digerakkan oleh Kerajaan Negeri. RM10 juta yang diumumkan oleh pihak Perdana Menteri 130, kita dapat 10 tapi kita dapat tambahan lagi, bukan kita tak dapat tambahan, kita dapat lagi RM5 juta. All in RM15 juta daripada Kerajaan Persekutuan tapi semua selain daripada RM15 juta itu yang kita peroleh yang kali pertama dan kali kedua berjumlah RM400 juta itu adalah hasil daripada reserve simpanan termasuk beberapa Tabung Amanah kita seperti Tabung Amanah Warisan yang memang digunakan untuk kecemasan dan juga perkara-perkara spesifik yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada pihak Kerajaan Negeri.
\nAhli-ahli Yang Berhormat sekalian yang saya kasihi sekalian, sebab itu bila dibangkitkan dengan pembentangan cadangan atau pun huraian saya berkenaan dengan Pemulihan Ekonomi, kita cuba untuk mengalih beberapa peluang yang timbul daripada krisis dan juga bencana COVID-19. Ternyata COVID-19 selain daripada keresahan kita, daripada kegelisahan kita, masalah kesihatan pandemik yang merata, kita juga diberi peluang untuk melihat sejauh mana keupayaan kita untuk bergerak ke arah literasi sasi atau pun ke arah kerajaan pintar atau pun Smart State menjelang tahun 2025. Alhamdulillah
\nbeberapa keputusan-keputusan yang kita buat, beberapa inisiatif seperti e-kitchen, seperti bantuan yang sedikit menjadi pertikaian tadi berkenaan dengan bantuan-bantuan kepada penjaja, akhirnya kita mendapat keberkesanan dan accuracy data. Daripada lesen memang 80 ribu tapi bila kita kenal pasti jumlahnya tak sampai 80,000 orang sebab setiap perseorangan itu kadang-kadang berniaga di 3 ke 4 lokaliti-lokaliti yang berbeza kerana kita mempunyai 12 pusat-pusat, majlis-majlis Petempatan dan Majlis Bandar raya.
\nDan kita agihkan berdasarkan daripada data, nombor ic mereka, nombor lesen mereka dan alhamdulillah ia memberi peluang kita untuk menguruskan data dengan baik serta mengerakkan data dengan baik. Sebab itu sebahagian besar daripada Pakej Rangsangan Yang Ke-3 ini menumpu kepada usaha-usaha digitalisasi. Sebab itu kita wujudkan rakan digital untuk RM3 juta. Sebab itu kita belanjakan RM50 juta sebagai contoh untuk pertanian. Sebab itu juga kita gerakkan kembali e-kitchen, grabfood dan ride yang dibangkitkan oleh EXCO Belia sebentar tadi. Sedikit sebanyak untuk menghidupkan serta mengerakkan. Pengalaman kita daripada COVID-19 bukannya rakyat dan citizen community not ready atau tak bersedia, terhadap kehidupan pintar ini atau pun perniagaan atas talian e-commerce ini sebahagiannya adalah bagaimana kita transform agensi kita. Transform dan mengerakkan peniaga-peniaga kita, usahawan- usahawan kita termasuk usahawan-usahawan mikro untuk ke arah digitalisasi. Hari pertama, hari kedua memang agak sukar tapi alhamdulillah sebagai contoh pelaksanaan e-kitchen, kita telah satu-satunya negeri yang dengan jayanya melaksanakan e-kitchen walaupun Terengganu dan negeri lain mengumumkan buat. Tapi hasilnya tak nampak, kita ada angka 1.5 bilion walaupun di peringkat awal, ada kesan-kesan penolakan dan ketidakselesaan terhadap e-kitchen yang kita laksanakan. Sebab itu kita tambah lagi, kali ini daripada RM133 kita gerakkan kepada RM1,000. Ternyata assumption atau pun tanggapan kita bahawa kemungkinan peniaga akan berpusu-pusu itu sebaliknya. Kemungkinan permohonan atau pun pembelian atas talian itu sebaliknya. Pembelian itu bertambah rancak rupa-rupanya peniaga-peniaga kita belum siap sedia sepenuhnya dan saya kira Kerajaan harus menjadi kenderaan penting untuk mengubah mereka ke arah digitalisasi dan sebahagian besar daripada peruntukan-peruntukan yang kita keluarkan ini adalah peruntukan-peruntukan untuk digitalisasi dan mempercepatkan usaha-usaha kita ke arah sebuah negeri pintar.
\nTentang infrastruktur utama atau pun backbone tadi, saya rasa Pandan Indah telah menjelaskan tentang projek-projek yang akan dilaksanakan oleh TM dengan perbelanjaan hampir RM300 juta sebenarnya dan ini komitmen yang telah diberikan sejak daripada tahun 2018 sebaik saja Menteri Besar bertemu dengan Telekom dan TM. Harapan besar saya janganlah sebab beza politik, projek ini kena sailang dan kena potong atau pun diganggu kerana ia akan memberi manfaat yang lebih bukan hanya
\nkepada negeri ini tapi juga menjadi salah satu daripada punca pemulihan ekonomi yang secara berterusan dipihak Kerajaan Negeri.
\nAhli Yang Berhormat sekalian, ada pandangan dan juga ada bangkitan tentang SELangkah. Seri Serdang telah membangkitkan sedikit sebanyak tentang keupayaan SELangkah dan kita sangat berbangga bahawa sehingga kini kita telah digunakan secara unik oleh 6.156 juta pengguna-pengguna. 6.15 juta ini kalau kita anggapkan mereka ini semua adalah orang Selangor, kita maknanya hampir 95% daripada pengguna- pengguna Negeri Selangor atau rakyat Negeri Selangor telah menggunakan atau anggaplah sebahagiannya adalah Kuala Lumpur. Itu sudah menepati sebenarnya ciri- ciri sebuah pintar atau pun sebuah aplikasi pintar, ciri-ciri aplikasi pintar kepada satu kawasan yang lokaliti itu 60% dan kalau kita tolak dengan penggunaan di Kuala Lumpur memang betul. Penggunaan paling besar adalah di daerah Petaling. Pengguna kedua terbesar adalah di Kuala Lumpur dan antaranya digunakan pengguna yang besar lepas itu adalah negeri-negeri yang lain. Malahan Negeri Perlis ada juga kita dapati pengguna- pengguna itu menggunakan. Bangkitan atau pun pandangan yang telah diberikan atau soalan pertanyaan yang diberikan oleh Sungai Panjang. Adakah soal privasi data ini terkawal, alhamdulillah ini adalah antara consent atau keprihatinan kita yang pertama kerana kita tak mahu data-data ini disalah guna. Sebab itu pihak kerajaan memberi jaminan dan kita letakkan di bawah MBI dan syarikat yang bertanggungjawab untuk menguruskan ini akan dibeli atau pun akan diambil alih oleh MBI untuk memastikan data- data itu adalah menjadi hak milik Kerajaan Negeri dan selamanya akan diuruskan dengan baik dan tidak akan digunakan untuk faktor-faktor lain selain daripada konteks teraksi.
\nKedua, dalam satu mesyuarat yang menghubungkan kesemua pengendali-pengendali tracing ini termasuk negeri lain pun juga ada, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, My Sejahtera dan SELangkah, MCMC telah menyebutkan bahawa kita Negeri Selangor atau pun Negeri Selangor merupakan atau pun SELangkah merupakan satu-satunya negeri di Malaysia atau pun SELangkah merupakan satu-satunya aplikasi yang dapat comply dan memenuhi semua keperluan PDPA atau pun kemudahan privacy of the data. Ini adalah satu kebanggaan kita tapi kita bukan hendak bersaing yang lain can comply ada syarat- syaratnya, ada 6 syarat. Dan pengendali kita telah diberitahu hanya SELangkah memenuhi konsep PDPA atau pun aturan-aturan yang telah ditetapkan oleh PDPA di peringkat Negeri Selangor (Dewan menepuk meja). Sebab itu kalau orang cakap kenapa hendak jual data, hendak jaja nombor telefon ini, saya percaya ia adalah satu dakwaan- dakwaan liar yang tidak tepat dan cuba untuk menimbulkan kekeliruan dan mungkin menimbulkan rasa kurang percaya terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Dan Dr. Helmi Zakaria merupakan brain di belakang SELangkah ini bukan hanya terlibat di dalam negara kita, sebahagian sistem yang digunakan di Amerika Selatan dan dia juga dipanggil oleh Bank Dunia, World Bank sebagai salah satu daripada konsultan untuk
\npenjejakan pandemik dan epidemik sebelum ini. Dan kita sangat yakin dan kita sangat gembira dapat melibatkan beliau, warga tempatan dan tidak menggunakan syarikat asing untuk menerbitkan (Dewan menepuk meja) SELangkah yang menjadi kepercayaan hasil negeri.
\nTapi apakah kita hendak biarkan sahaja tidak, kita akan pastikan sistem itu dapat berguna dan dapat diaplikasikan seterusnya. Cuma PDPA itu kita akan patuhi konsep itu kita akan terus pertahankan dan memastikan ia tidak menjadi satu isu yang berlarutan atau pun isu-isu yang dipertikaikan. Ada dapatan-dapatan malahan ada cercaan di luar kononnya kita tidak membantu. Daripada tracing kita, kita ada 2 mesin tracing. Selain daripada SELangkah kita juga ada ACURA, ACURA ini digunakan oleh pihak STFC untuk mengesan masalah-masalah serta mengesan pesakit-pesakit. Kita dapati daripada konsep 2 alat ini, kita dapat mengesan 225 pesakit yang positif, 225. Dan sebab itu dengan mass testing yang kita lakukan kita dapat memastikan mereka-mereka yang berisiko, kita kenal pasti warga emas sebagai contoh. Dan sebahagian besar daripada warga emas yang kita traced, yang kita dapati positif itu adalah pre-simptomatik atau pun asimptomatik. Mereka yang tidak bergejala, bayangkan kalau kita tidak dapat kesan dengan mest testing dengan konsep, tracing yang kita buat melalui telefon atau pun melalui penjejakan SELangkah dan ACURA ini, akhirnya kita akan gagal membendung dan mengawal pesakit ini. Sehinggalah pada hari ini daripada 9 daerah di Negeri Selangor, 8 daerah kita adalah dalam zon hijau apabila tidak lagi merekodkan kes sepanjang 2 3 hari kebelakangan ini. Kalau orang tengok Sepang, wah, Sepang banyak, Yang Berhormat Seri Serdang telah membangkitkan tadi, ia disebabkan kita berikan sebagai Pusat Kuarantin atau pun Pusat Depot Tahanan untuk tahanan-tahanan warga asing kerana selepas beberapa proses, Jabatan Imigresen juga melakukan beberapa pembersihan dan pemutihan di kalangan warga-warga asing ini dan ditempatkan di depot. Depot itu kebetulan di mukim Labu kalau tak silap saya, di Sepang dan ia memberi kesan kepada kita, itu pun jumlahnya hanya 11 kes. Dan 11 kes itulah, 11 kes yang aktif daripada 2,000 kes yang sedia ada dan kadar pemulihan kita adalah mencapai hampir atau lebih 91% atau 92%. Hampir setanding dengan kadar nasional iaitu pada kadar 95%.
\nAhli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya juga ingin memberikan sedikit penjelasan berkenaan dengan ...
\npenjelasan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato\u2019 Menteri Besar di atas penjelasan yang disebutkan tadi. Saya cuma ingin mendapatkan sedikit penjelasan, kalau kita lihat atau pun kita baca dokumentasi program SELangkah ini dinyatakan yang akhirnya data- data ini akan dimusnahkan selepas berakhirnya PKP dan tadi disebutkan oleh Yang Amat
\nBerhormat Dato\u2019 Menteri Besar sendiri, data-data ini akan diserahkan kepada MBI untuk urusan-urusan kebaikan kepada Kerajaan Negeri, mungkin ada penjelasan.
\nApa yang saya belajar banyak daripada STFC Y.A.B. DATO\u2019 MENTERI BESAR : adalah melihat track dan data-data ini juga akan melihat track. Tapi bukan untuk perniagaan, bukan untuk politik tetapi purely untuk kawalan pandemik, purely untuk kawalan pandemik. Ini penting sebenarnya apabila sebagai contoh mulai bulan 3, akhir bulan 3 tahun 2020 ketika pandemik sedang memuncak di Negeri Selangor dan juga di Malaysia. Kita STFC telah menjangkakan pasar-pasar bakal menjadi epik centre di masa itu ya. Dan sebab itu kita telah membuat beberapa langkah-langkah awalan dan juga program-program menstatik dan salah satu tempatnya adalah pasar. Dan terbukti selepas kes Pasar Borong Selayang yang sebenarnya lokalitinya adalah Kuala Lumpur yang turut merebak di Pasar Jalan Othman sampai di Kuala Selangor, di Tanjung Karang dan sebagainya itu, kita akan guna untuk melihat kepada kesan pandemik atau pun kawalan pandemik, ia tidak ada usaha-usaha yang lain. Namun begitu sistem ini adalah sistem tracing yang sangat baik yang kita akan boleh gunakan sebaik-baiknya kaedah tracing ini untuk data dan juga big data analysis yang merupakan konsep penting di dalam sebuah kendalian serta pengawalan sebuah negeri pintar. Saya sebutkan data untuk SELangkah 6.15 juta pengguna unik, 41 juta telah scan. 77,470 premis telah menggunakan dan setakat ini sekitar 332 yang telah mendaftar atau pun mengimbas dengan menggunakan telefon biasa atau pun dengan sms kerana kita sedar tak semua orang mampu atau pun berupaya menggunakan telefon pintar. Ada juga ulasan ...
\nSikit ya, saya kira sudah tentu memang ada kebaikan daripada kaedah SELangkah ini cuma saya ingat mungkin perlu diperbetulkan sebab kepada rakyat apa bila mereka mendaftar dan bacaan dokumen adalah untuk dimusnahkan mungkin ada cara kajian sama ada ini akan diteruskan atau pun tidak. Kalau tidak saya khuatir apa yang dibuat Kerajaan Negeri nanti akan dipertikaikan oleh rakyat dan kurang confident, kalau hari dan cukup confident saya ingin mungkin sebab akan dimusnahkan. Terima kasih.
\nSebab itu, dapatan ataupun di nominator yang Y.A.B. DATO\u2019 MENTERI BESAR : penting dalam SElangkah ialah nombor telefon sahaja, dia tidak ada nombor IC, tidak ada jantina, tidak ada apa dan sebagainya. Jadi nombor-nombor telefon ini akan dihapuskan sampai masanya dan kita tak boleh trace, cuma kita kena faham selepas beberapa bulan kita PKP dan saya ikuti sendiri di MMKN bergelumang dengan data-data ini, dulu menyesal tak ambil biologi betul-betul. Saya faham rupanya pandemik ini kita kena faham ia. Ini ada nombor malahan penjelasan Yang Berhormat Dr Zulkifli. Dato\u2019 Sri Zulkifli, Ahli Parlimen Kuala Selangor Chairman atau Pengerusi Task Force kita sebut nombor di peringkat awal. Saya kurang faham sebab akhir cerita pandemik ini ialah
\nvaksin. Sekarang kes telah turun sebahagian tempat masih kosong boleh tak kes itu datang semula, saya pasti boleh dan kenapa cabaran kita selepas ini kena tunggu sampai tahun depan. Sampai vaksin dapat, kalau vaksin tak dapat kita kena bersiap sedia kena hidup macam inilah. Kalau dia datang lagi kluster sekarang kluster baru telah muncul di Sarawak, kita kena ingat kenapa bulan 2 bulan 3 kes-kes ini sampai Malaysia sebab sebahagian besar dari North Hemisphere atau pun di kawasan-kawasan sejuk nanti, akan menyebarkan dan menghidupkan balik virus-virus ini. Sebab itu di Australia berlaku second wave kerana sekarang di Australia adalah tempat yang dalam cuaca sejuk sekarang pada pertengahan tahun dan di penghujung nanti meledak dijangkakan selagi mana kita tak dapat mengawal atau tidak ada vaksin untuk ini. Jadi tracing ini walaupun mungkin kesnya telah lega dan zero dan kosong sekarang kita kena bersiap sedia untuk land hold. Sebab itu kita tidak akan segera ini kan dan kita patuh pada PDPA itu yang paling penting. Kepatuhan kepada PDPA itu akan dinilai setiap masa dan MCMC lah akan yang akan memberikan pengiktirafan dan kita juga akan tertakluk kepada beberapa undang-undang privasi of data yang kita tak boleh gunakan. Memang ia sangat berharga, ramai syarikat-syarikat nak tengok trend bagaimana orang datang ke gerai premis mereka. Itu kita tidak benarkan sebab itu kita antara atau satu-satunya alatan yang dapat mendapat pengiktirafan atau cornfield dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PDPA. Tapi keprihatinan rakan saya Sijangkang itu saya ambil maklum dan kita akan cuba patuh memang digunakan contact tracing sahaja. Dalam mesyuarat saya dengan Menteri Kesihatan sebagai contoh saya bangkitkan tentang data sedia untuk mengambungkan dengan My Sejahtera. Tetapi akhirnya My Sejahtera membuat QR sistemnya sendiri. Tak apalah tak ada masalah, walaupun di peringkat awal mereka menggunakan Bluetooth menggunakan my tracing dan sebagainya yang biasa sedikit sebanyak yang sukar di kawal dan menyusahkan untuk tracing ini. Ahli Yang Berhormat sekalian rakan saya daripada Sungai Air Tawar juga membangkitkan tentang pelantikan ini. Saya telah sebutkan dalam celahan saya ketika itu, iaitu, ia diberikan secara percuma oleh rakan Selangor task force dan kalau ia dibuat perolehan pun Pegawai Kewangan memang tidak ada sebarang perolehan tapi pihak Majlis Keselamatan Negara dan pihak Perbendaharaan Kementerian Kewangan telah memberikan kebenaran lantikan-lantikan terus ataupun rundingan terus ketiga musim COVID pembelian-pembelian barang. Bayangkan kita nak beli dawai berduri, sebagai contoh nilainya banyak, jumlah berkilo meter ketiga diserang Kuala Langat Murni dan Kuala Langat Utama panjangnya hampir 4 kilometer dan bukan 4 kilometer ukur lilit sahaja dia kena double sebab ia perlu halang untuk orang keluar masuk. Itu juga kita buat secara runding terus dan mengikut peraturan-peraturan yang telah digariskan ataupun telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri selaras dengan panduan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Kewangan.
\nSeterusnya berkenaan Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri, kita telah mewujudkan satu tabung dan tabung itu telah mengumpul 8.845 juta dan antara anak-anak syarikat yang menyumbang untuk COVID ini ialah PNSB, Worldwide, Semesta dan beberapa anak- anak syarikat MBI yang lain dan kita guna sebahagiannya untuk menangani COVID sama ada menangani COVID itu sendiri kawalan PKP nya sendiri ataupun beberapa program- program yang telah bertepatan dan selari dengan usaha-usaha ketika COVID-19.
\nAhli Yang Berhormat sekalian saya beralih kepada perumahan. Ada orang membangkitkan apakah dengan keterbukaan perubahan sedikit sistem kita membenarkan untuk mereka-mereka menubuhkan rumah Selangorku E ataupun Harapan yang saya sebutkan ataupun Rumah Idaman yang sama sebenarnya konsep tournya. Itu kita akan merupakan type A type B, saya sebutkan bahawa ia berjalan dalam tempoh 2 tahun ini sahaja kita bagi masa untuk 2 tahun ini sahaja kerana kita ingin memulihkan keseluruhan rantaian sistem pembinaan ini. Kerana sebenarnya untuk type A sebagai contoh RM42 ribu nilai kos subsidi bagi setiap unit yang harus dibina oleh pemaju-pemaju adalah hampir RM80 ribu bagi setiap unit. Hampir RM80 ribu setiap unit, so mereka menjual unit-unit ini dalam keadaan yang rugi. Jadi mereka boleh tukar keseluruhan pembangunan dengan rumah Selangorku kesemuanya bukan posyen Selangorku sahaja tapi semuanya dengan nilai RM250 ribu kerana di pasaran RMM250 ini mendapat pinjaman yang lebih mudah dan juga dalam masa yang sama ia dapat memenuhi keperluan-keperluan dan dengan pembukaan ini sahaja dengan permohonan- permohonan yang datang pada kita sekarang kita akan dapat 3 ribu unit rumah-rumah secara percuma dan rumah-rumah ini kita akan gunakan untuk mereka-mereka yang layak untuk beli RM42 ribu dan sebagainya. Selepas itu kita akan kembali kepada skim Rumah Selangorku 2.0 ataupun Rumah Selangorku 2.0 yang sebelum ini telah dilaksanakan oleh beberapa EXCO-EXCO yang terbabit. Saya ucapkan terima kasih Lembah Jaya sama kita siapkan sebelum beliau terpaksa meninggalkan pergi. Ahli Yang Berhormat sekalian, sebab itu kita percaya dengan lonjakan kita ini dia akan mengembalikan dan memulihkan bukan kontraktor sahaja bukan pemaju perumahan sahaja tetapi keseluruhan rangkaian mereka daripada kuari daripada pembuatan daripada program-program yang lain sektor-sektor pekerja yang lain kembali bekerja mencari dana mencari hasil untuk negeri dan juga mencari dana kehidupan keluarga mereka dalam masa yang sama, mereka juga dapat memulihkan sistem ini atau kehidupan ini baik untuk pemulihan ekonomi dan saya sebutkan ia 2 tahun sahaja, kerana saya jangkakan kesan yang paling lebih teruk ialah 2 tahun daripada sekarang iaitu menjelang tahun 2022 nanti baru kita dapat lihat ekonomi kita pulih dan kembali seperti sedia ada. Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian saya juga nak memberikan maklum balas berkenaan dengan cadangan status...
\nSaya ada bangkitkan berkaitan Y.B. DATO\u2019 DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : dengan rumah Selangorku jenis E atau Harapan ataupun rumah Idaman yang dilengkapkan dengan kelengkapan asas atau pun funish. Saya nak tahu sama ada ia satu jumlah tambahan yang signifikan yang mungkin kita khuatir membebankan kepada pembeli-pembeli atau diberikan secara percuma tetapi tidak memberikan kualiti yang baik kepada pengguna atau pun bagaimana. Terima kasih.
\nDia ada kriterianya dalam dasar Rumah Selangorku 2.0 sangat jelas. Apakah kualiti sampai ke pintunya. Sampai kualiti tile pun lantainya kita telah tetapkan kualiti kita harus jaga.. dengan beberapa perkakas dengan beberapa wardrobe dengan izin ataupun almari seperti aircorn dan penghawa dingin, pemanas air dan juga televisyen yang kita telah siapkan dan mereka hanya perlu bawa tilam ataupun katil kalau tak ada pakai tilam angin pun bolehlah untuk duduk di sana tapi yang pentingnya ia dapat 3 ribu yang dapat smart sewa. Smart sewa ini, mereka akan tinggal selama 3 atau 5 tahun di situ dan selepas 5 tahun mereka boleh membeli rumah tersebut atau pun membeli unit lain dengan tawaran RM200 ribu ringgit dengan RM200 ribu tidak lebih RM200 ribu ini dalam konsep Idaman, tapi dalam konsep Harapan tadi mereka boleh beli unit-unit lain pada ketika itu kedudukan kewangan mereka dan baik mereka boleh beli unit dengan nilai bebas rumah-rumah yang lain. Saya nak beri maklum balas cadangan daripada Kampung Tunku cadangan berkenaan status tanah rizab IWK. Sememangnya ..
\nTerima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Y.B. TUAN RIZAM BIN ISMAIL : Berhormat Dato\u2019 Seri Menteri Besar saya ingin sedikit penjelasan dengan kenyataan Selangorkini bertarikh pada 14 Julai. RNR tetap dibina tetapi berubah lokasi ke Sungai Tawar. Seperti mana diperkatakan oleh Yang Berhormat Dato\u2019 Seri Menteri Besar jadi saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Kalau RNR itu akan dibina Sungai Tawar saya amat mengalu-alukan. Kerana sebelum ini tapak RNR itu memang di cadangkan di lokasi perumahan Ladang Air Manis tetapi difahamkan ia dipindahkan di lokasi lain. Saya minta ia perlu dikekalkan di situ kerana dia memberi peluang ekonomi kepada penduduk sekitar itu dan penduduk Sungai Air Tawar. Kerana laluan itu melibatkan laluan nak masuk ke DUN saya. Jadi daripada Ladang Air Manis itu nak masuk ke DUN saya jaraknya sehingga 20 kilometer. Tak ada apa-apa. Jadi kalau ibu bapa nak tengok anak-anaknya di Sungai Lang di SPBI di Politeknik dia boleh berhenti di situ untuk solat makan membeli cenderahati untuk dibawa ke DUN sayalah. Jadi saya ucapkan terima kasih Yan Amat Berhormat.
\nTerima kasih Inn Shaa Allah. Nanti saya kalau datang saya panggil Ketua Pembangkang kita makan mee udang ya. Ahli Yang Berhormat sekalian kita akan menerima pandangan-pandangan tersebut tetapi Kerajaan
\nNegeri tidak juga mahu memaksa dan kena win win situation di saat kita bina rumah mampu milik. Ini adalah rumah landed property, bukan rumah pangsa, kat Sabak Bernam kita tidak lagi nak buat rumah pangsa sebab saiz tanahnya ada dan dalam masa yang sama kita akan pilih lokasi yang sesuai untuk RNR. Inn Shaa Allah kita akan berbincang dengan semua State Holder dan kita akan dapatkan solusi terbaik. RNR kita bina, rumah mampu milik yang selama ini tangguh juga. Saya percaya pihak PNSB akan berjaya selesaikan dalam atau pembinaan dalam fasa pemerintahan penggal yang ke 14 ini.
\nAhli Yang Berhormat sekalian, mana nak jawab tadi lupa. Saya nak jawab tentang daripada Kampung Tunku, Kerajaan Negeri masih berunding sebenarnya dengan Kerajaan Persekutuan mengenai pelepasan tanah rizab Persekutuan kepada Kerajaan Negeri selaras dengan pemakaian pekeliling KPTG Bilangan 2/2015. Kaedah penyerahan balik tanah milik Persekutuan dan pelepasan tanah rizab Persekutuan kepada Kerajaan Negeri bagi maksud negeri. Kerajaan Negeri telah mengenal pasti tanah-tanah lagi digunakan dan perancangan untuk membangunkan tapak-tapak tersebut telah pun disiapkan kita sediakan. Berdasarkan keputusan MMKN ke 28/2018 yang telah disahkan pada 19 September 2018 MMKN ke 29. Kita telah mengemukakan surat pemakluman kepada Kementerian Air Tanah dan Tanah Sumber Asli berkaitan keputusan penyerahan semula tanah rizab IWK kepada Kerajaan Negeri. Sekarang Kementerian kena bagi 2 atau 3, nanti kita akan bincang balik dengan mereka dan perkara ini telah dibincangkan ke Kementerian-kementerian yang lain seperti Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk kita mengambil balik. Memang tanah ini kita serahkan untuk loji-loji rawatan IWK tetapi kerana perubahan sistem teknologi yang terkini, tidak memerlukan saiz kolam-kolam rawatan yang lain akhirnya kita minta balik tanah-tanah itu dan ada sebahagian tanah- tanah itu sangat strategik Kampung Tunku dan boleh kita gunakan untuk pembangunan dan salah satu daripada pusat penjanaan dan pengembangan ekonomi negeri di masa hadapan.
\nAhli-ahli Yang Berhormat sekalian akhirnya saya juga, bukan terakhir kedua terakhir Saya juga mengambil maklum tentang beberapa isu-isu yang dibangkitkan dengan Selangor Kerjaya. Saya dengar pandangan Meru, saya dengar beberapa pandangan yang mengambil kira bahawa kita tidak boleh hanya mengerakkan ekonomi kita kena ambil mereka yang berdepan dengan situasi yang getir. Kehilangan kerja, tidak ada tempat kerja dan sebagainya. Sebab itulah pihak Kerajaan Negeri memikirkan tidak hanya memberikan bantuan one-off sebaliknya memberikan peluang. Selangor Kerjaya adalah satu contoh bagaimana kita memberi ia sebagai pusat untuk mempertemukan pekerja- pekerja ini kepada sektor-sektor yang lain serta bidang-bidang yang lain. Mungkin sebelum ini mereka dalam bidang perhotelan, mereka terpaksa berpindah ke bidang pertanian. So, ada period tertentu, jangka masa tertentu, yang kita akan siapkan untuk
\nmereka berpindah ke sektor pertanian dan badan ini juga akan menemukan dan match kan mereka sektor yang mana, yang telah mereka dapatkan latihan serta sebagainya. Dengan program RiDE sebagai contohnya, kita menggalakkan mereka menyertai e- hailing, ataupun perniagaan-perniagaan perkhidmatan-perkhidmatan penghantaran yang sudah menjadi trend dan sebagainya. Dan kebetulan kita ada SELDEC sebagai contoh, yang akan membantu kita untuk memberikan peluang pekerjaan. SELDEC yang bila kita buka untuk 300 usahawan-usahawan tani, sekarang ini kita dah ada 300 pendaftaran usahawan tani. Kita perlukan 300 penunggang-penunggang kenderaan motosikal, sekarang ini yang berdaftar dan telah disahkan, 300 daripada 500 yang telah kita temu siasat dan telah kita interview baru-baru ini. Jadi kita lihat ini satu peluang yang baik dan mungkin kita boleh kembangkan dan menjadi salah satu daripada platform kepada perubahan dan kembali kepada kehidupan yang baik, ekonomi yang lebih subur, tapi dalam suasana dan konteks yang berbeza, yang saya sebut di awal tadi berkenaan dengan e-hailing dan sebagainya.
\nAkhir sekali, ada dibangkitkan, dan juga ada isu yang dibangkitkan berkenaan dengan Yayasan Selangor. Seolah-olah Yayasan Selangor telah kehilangan arah dan tidak lagi berfungsi sebagai satu pusat dan semangat yang lahir, apabila dilahirkan pada 5 November 1970.
\nAhli Yang Berhormat sekalian, Yayasan Selangor yang ditubuhkan pada tahun yang saya sebutkan tadi, di bawah Akta syarikat 1965. Sebagai sebuah syarikat berhad. Menurut jaminan tanpa modal saham. Tujuan penubuhan Yayasan Selangor adalah untuk memberikan galakan dan bantuan pendidikan kepada rakyat negeri Selangor khasnya kepada mereka yang kurang berkemampuan, dan berpotensi. Untuk makluman, Yayasan Selangor adalah sebuah syarikat yang tidak menerima geran daripada Kerajaan Negeri sebaliknya harus menjana pendapatan sendiri untuk memastikan objektif penubuhan dilaksanakan. Pelan Tindakan Strategi Yayasan Selangor telah dibentangkan kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan Selangor yang bermesyuarat pada 19 Disember tahun 2019. Dan telah diluluskan dengan beberapa strategi yang berikut :
\n1. Penstrukturan Organisasi dan terma rujukan organisasi. 2. Penambahbaikan pengurusan prosedur kendalian standard SOP, tadbir urus
\nkorporat, pengurusan risiko dan kontingensi.
\n3. Penambahbaikan operasi pengurusan, penjawatan latihan, pengekalan ganjaran, pentadbiran penambahbaikan perkhidmatan skim Yayasan Selangor.
\n4. Kajian gabungan rakan strategik untuk keseluruhan operasi dan pentadbiran. 5. Kemampanan kewangan dari segi harta, kawalan kos dan pelaburan-pelaburan
\naset-aset Yayasan Selangor.
\nIsu-isu penting yang telah dibincangkan dengan teliti dan cukup panjang lebar pada ketika itu ialah tentang soal legasi-legasi lampau yang terpaksa di hadapi semenjak daripada pentadbiran sebelum ini. Dan segala permasalahan perlu diselesaikan bagi memastikan asas penubuhan Yayasan Selangor seperti yang termaktub dalam memorandum dan artikel penubuhannya serta keperluan SSM dapat dipenuhi. Kedudukan kewangan Yayasan Selangor yang tidak berapa sihat serta memerlukan suntikan dana untuk menambahbaikan proses kawalan dan pengurusan kewangan kos operasi dan membebankan serta tidak efisien.
\nYang ketiga, bagi hutang penyewaan dan pinjaman pelajaran sebanyak RM34 juta, semenjak tahun1990 yang perlu dikutip ataupun perlu dilupuskan. Banyak lagi hutang- hutang tertunggak yang melibatkan pendidikan dan pelajaran sebelum ini. Seterusnya sistem sedia ada tidak dapat menghubungkan antara satu sama lain, mengakibatkan kelewatan dan tidak kesaksamaan data di bahagian masing-masing, mengakibatkan kerugian kepada Yayasan Selangor dalam melaksanakan objektif penubuhan.
\nYang kelima penggunaan standard perakaunan terbaru MFRS, memerlukan sistem yang dapat memastikan data yang tepat di mana sistem sedia ada dan tidak dapat menampung keperluan semasa. Asas penting dalam pelan strategik, kemampuan kewangan adalah untuk memastikan Yayasan Selangor dikawal dan digunakan asas- asas penubuhan Yayasan Selangor terutama sekali untuk pendidikan. Pendapatan pada tahun 2019, adalah sebanyak RM17.1 juta berbanding dengan RM27.68 juta, iaitu perbelanjaan operasi. Kos penggajian merupakan 47 peratus daripada RM13.1, iaitu sebanyak RM13.1 juta untuk 172 pekerja. Untuk makluman, simpanan tetap pada awal 2019, adalah sebanyak RM7.8 sahaja. Namun selepas proses pembaikan dan pelarasan yang telah dikendalikan oleh Pengurus Besar, CEO yang kita kawal, pada Julai 2019, simpanan tetap Yayasan Selangor telah meningkat kepada RM11.6 juta.
\nAhli Yang Berhormat sekalian, kita kena menyedari legasi-legasi lampau inilah yang perlu kita selaraskan. Kenapa kita pilih pegawai yang terbabit. Sebab mereka dan beliau memang terlatih untuk membentuk serta membetulkan urusan-urusan kerajaan ataupun urusan-urusan syarikat sebelum ini, sewaktu beliau terlibat dalam bidang korporat, untuk terlibat secara langsung membetulkan kerugian-kerugian dan kesilapan-kesilapan pentadbiran kepada sesuatu urusan serta sesuatu agensi.
\nSaya ambil contoh CCSB, yang telah dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang. Memang betul ada sebahagian teguran-teguran itulah yang terpaksa dibetulkan ketika beliau masuk sebagai CEO CCSB pada tahun 2015. Berkaitan dengan kedudukan beliau selaku CEO CCSB, yang dianggap haram oleh Ketua Pembangkang, sebenarnya ia tidak haram, ia hanya urusan teknikal. Kerana pada Mei tahun 2015, sebaik beliau cuba dilantik
\nataupun dilantik sebagai Pengurus Besar dan CEO CCSB pada ketika itu, minit mesyuarat telah mengesahkan dalam Lembaga Pengarah CCSB untuk melantik beliau. Apa yang tak ada ialah Bahagian HR ataupun Sumber Manusia Yayasan CCSB pada ketika itu terkhilaf ataupun tidak mengeluarkan surat lantikan itu. Dan itulah yang telah ditegur oleh pihak audit. Seolah-olah kita melakukan kesilapan besar dan sebenarnya pada Mei 2019, pihak Jabatan Audit Negara telah memberikan surat ratifikasi setelah kita memberikan penjelasan-penjelasan berkenaan dengan, berkenan dengan kedudukan saudara Eddie sebagi CEO. Jadi tidak timbul soal haram dan sebagainya.
\nPenjelasan.
\nSilakan.
\nTerima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato\u2019 Seri Menteri Besar atas penjelasan yang diberi. Dan saya ucap selamat berkhidmat pada CEO yang baru. Cuma saya ingin menyentuh sedikit tadi, berkenaan dengan satu pendidikan bagi saya satu perkara yang berbeza. Satu pengurusan aset, satu benda yang berbeza. Tetapi bagi saya ia perlu dilaksanakan dalam bentuk seiring. Sebab itu bila berlaku penjualan aset secara besar- besaran ini, saya tidak bersetuju. Kerana Yayasan Selangor ini cukup mempunyai satu sentimental value kepada kami, khususnya saya, bekas alumni pelajar Yayasan Selangor sendiri. Di dalam Dewan ini, saya difahamkan, Yang Berhormat Sementa juga, alumni pelajar Yayasan Selangor dan saya nampak Yayasan Selangor berjaya melahirkan begitu ramai orang yang berjaya di dalam negara kita. Jadi saya juga berharap selepas ini agar mereka ini diberilah ruang untuk berada di dalam Yayasan Selangor sebagai Ahli Lembaga Pengarah sendiri ke. Ya, untuk mereka menabur bakti balik, berkhidmat di dalam Yayasan Selangor ini, yang telah berjaya menaikkan ataupun membawa anak- anak Yayasan ini sehingga berjaya ke menara gading.
\nDi samping itu juga saya dah mendengar dengan jelas, huraian daripada Yang Amat Berhormat Dato\u2019 Menteri Besar berkenaan dengan perbelanjaan, COVID. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih di atas perbelanjaan ini. Cuma saya berharap ia sewaktu COVID ini, ia tidak menjadikan ia sebagai asas lesen ataupun kerajaan Negeri menghalalkan untuk menjual aset-aset Kerajaan Negeri secara besar-besaran. Seperti mana yang kita tahu di Yayasan Selangor melibatkan 77 aset yang akan dijual. Saya baca ni, satu keratan akhbar The Star, 13 Julai, baru saja dua hari. Disebut, akan berlaku pula penjualan aset Plaza Perangsang, yang selama ini menjadi mercu tanda kebanggaan rakyat di negeri Selangor. Kenapa waktu ketika ini perlu dijual? Kenap aset-aset ini harus dijual? Alasannya apa? Adakah ia tidak diurus dengan baik? Ataupun sebagainya. Ini belum lagi Stadium Shah Alam. Saya tengok hari ini berada dalam keadaan yang begitu
\nusang. Kita tak pasti dari keselamatan stadium ini. Menjamin ke kepada besok mereka yang nak datang ke stadium. Dari segi piawaian, pendawaian, apa nama... keselamatan, pemadam api dan sebagainya. Saya bimbang, saya bangkitkan kerana saya bimbang, akhirnya tak mustahil stadium juga besok ditenderkan untuk dijual. Jadi saya minta balik, saya mintalah, Kerajaan Negeri dengan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Dato\u2019 Seri Menteri Besar, mengkaji semulalah. Jangan kita jadikan pandemik COVID ini, untuk menjadikan ia sebagai lesen kepada Kerajaan Negeri untuk menjual aset-aset negeri Selangor pada waktu dan ketika ini. Terima kasih.
\nYang Berhormat, saya nak jelaskan sama ada urusan strategik dan penyusunan semula Yayasan Selangor ataupun Perangsang yang saya akan sebut nanti, saya akan masuk hari itu, tak ada kena mengena untuk membiayai COVID-19. Tidak ada kena mengena untuk menggerakkan ekonomi. Itu untuk menstrukturkan semula. Kan saya sebut, ini masalah-masalah legasi. Saya sebutkan, unit-unit yang nak dijual ini sebahagian besarnya adalah legasi lampau. Legasi lampau. Kerana daripada rekod kita, bukan kita tidak berusaha untuk memastikan ia mampu sustain kepada Kerajaan Negeri ataupun pentadbiran Yayasan Selangor. Tetapi tidak ekonomi. Bayangkan, kos pentadbiran dan pengurusan, the holding cost nya, satu tahun untuk unit-unit yang dibangkitkan tadi, ialah RM2.9 juta. Tetapi sewaan yang kita perolehi adalah sebanyak RM123,000.00. Ni tokeh balak pun pengsan. Ini tak boleh, bukannya tak boleh, kita dah bertahun-tahun mencuba. Ara Damansara tu, tidak ada. Ahli Yang Berhormat sekalian, sebab itu.. sabar, sabar, jangan marah. Sabar,sabar,sabar. Sebab itu saya nak sebutkan, kalau dibangkitkan soal memori, sentimental dan sebagainya, ini adalah hasil daripada usaha sama tanah-tanah Yayasan Selangor yang telah dibuat pada zaman UMNO dan Barisan Nasional.

\nRumah kedai Puncak, Rumah Kedai Puncak Ara Damansara, 16 unit, sabar,sabar,sabar. Sabar, jangan. Rumah kedai Puncak Ara Damansara dan Kondominium Puncak Ara Damansara, 16 unit dan 14 unit. Nilai pasaran adalah RM8.2 juta dan juga RM17.36 juta. Dia adalah usaha sama pada tahun 1999. Masa tu, Sungai Pinang. Bandar Baru Klang. Dan pada tahun 2003, perjanjian penyelesaian akibat kegagalan pembayaran diganti dengan bayaran balasan ataupun \u2018in-kind\u2019 barang-barangan yang tak laku, yang tak boleh dijual, diserah kepada Yayasan Selangor. Ini ke cara mereka jaga warisan tanah untuk warga dan rakyat negeri Selangor.

\nRumah Kedai Jalan Stesen Klang, satu lot. Ada empat unit. Nilai RM3.5 juta. Itu adalah hasil kerjasama yang diuruskan pada tahun 2002. Sekali lagi zaman Barisan Nasional, masa tu PAS pun lawan Barisan Nasional. Dan nilainya..
\nMenteri Besar, Menteri Besar, Yang Berhormat Menteri Besar, ulang sekali lagi, di bawah, ulang sekali lagi di bawah pentadbiran, sekali lagi, sekali lagi.
\nJangan jadi batu api. Cukuplah ada hansad, ada hansad, sabar.
\nPenjelasan. Terima kasih atas penjelasan. Tetapi hakikatnya walau apa pun jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Dato\u2019 Menteri Besar, tetapi sebagai kerajaan, ya, yang diberi mandat oleh rakyat, sepatutnya kerajaan hari ini membuktikan keupayaan Kerajaan Negeri mengurus tadbir anak syarikat kerajaan negeri dengan baik. Bukan dengan cara menjual aset jalan penyelesaian. Tadi kerajaan sebut, sebut apa bangunan, saya tak berapa dengar, tabung haji, dan sebagainya. Apa bezanya, kerajaan sekarang dengan yang perkara disebut, kalau setakat untuk menjual aset-aset bangunan. Sebab itu saya ambil kira, ini saya menegur, menyebut kerana berlaku penjualan secara terang-terangan pada waktu ini dengan aset yang begitu besar. Ya, rakan-rakan Yang Berhormat boleh nak mempertahankan penjualan aset ini, tetapi percayalah, kenapa dengan begitu banyak pada waktu dan ketika ini. Ini belum saya sebut, bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang, dah bertahun-tahun usang. Tapi saya memberi keyakinanlah kepada Yang Amat Berhormat Dato\u2019 Seri Menteri Besar dan CEO yang baru dilantik supaya ia dapat dibangunkan. Jadi janganlah setakat menuduh, kerajaan UMNO, kerajaan barisan Nasional, kerajaan itu, kerajaan ini. Lepas itu dengan cara itu menghalalkan cara untuk menjual bangunan. Saya kira ini satu perkara yang bukan masalah fakta, masalahnya kerajaan yang telah memegang dua penggal, tiga penggal dah. Tiga penggal, kenapa perlu menuding Kerajaan Barisan dan UMNO. Sepatutnya perkara ini sama-samalah kita pikul dengan baik. Teruskan. Terima kasih.
\nAmat Berhormat. : Penjelasan. Penjelasan Yang
\nYang Berhormat Sungai Air Tawar.
\nKepada...
\nBanting, Banting.
\nYa terima kasih. Saya ingin bertanyakan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar adakah benar bahawa Yang Amah Berhormat percaya bahawa keputusan kerajaan yang lepas, kerajaan Barisan Nasional yang mana PAS lawan pada masa itu melakukan satu business decision yang kurang bijak sehingga menyebabkan kerajaan sekarang ataupun Yayasan Selangor sekarang perlu menanggung kerugian bertahun-tahun lama dan sekarang terpaksa kita melakukan sesuatu untuk mengurangkan atau menghentikan kerugian ini dan dengan wang yang dijana daripada itu kita pun boleh gunakan untuk membuat pelaburan di sektor-sektor ataupun hartanah yang boleh mendatangkan keuntungan yang lebih supaya lebih ramai anak Selangor boleh menerima ya.
\nSabar, sabar, Yang Berhormat saya nak Y.A.B. DATO\u2019 MENTERI BESAR : habiskan tadi , sebab itu kita ada banyak tempat yang dibuat pada tahun 93 yang dibuat pada tahun 2002, yang dibuat pada tahun 2004, semuanya holding cost, tanggungan kita untuk menyelenggara serta mengawal dan membaiki kerosakan-kerosakan ini sampai RM2 juta lebih. Tetapi nilai sewanya adalah RM123,000.00. Jadi bagaimana kita nak jaga semata-mata untuk pelihara sedangkan asasnya dulu tanah tidak dibuat dengan baik. Hasilnya tak dapat lantik syarikat yang salah syarikat tak mampu nak bayar dan bagi kepada unit-unit yang tak boleh dijual oleh syarikat-syarikat ini. Bukan tak cuba, kita dah cuba bertahun-tahun kita cuba, lepas kita cuba bertahun-tahun tak boleh barulah unit-unit ini kita rasakan kita jual untuk kita laburkan kerana pada masa ini Yayasan Selangor akan berusaha menggantikan beberapa pembangunan-pembangunan lain berdasarkan urus tadbir dan juga nilai keuntungan yang jauh lebih baik daripada kerajaan ini.
\nTerima kasih Yang Amat Berhormat Dato\u2019 Seri Menteri Besar, sekiranya benar bangunan ini tetap ingin dijual saya berharap agar ia nya digantikan kepada aset yang lebih berharga kerana saya tak, saya kena jelaskan supaya perkara ini sebab akhirnya keputusan terletak kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga walaupun kita tak bersetuju tetapi tetap akan berlaku penjualan. Tetapi saya berharap ia nya dapat digantikan juga dalam bentuk aset seperti mana yang saya perkatakan pada perbahasan saya yang lepas kerana ia nya adalah pusaka, khazanah Negeri Selangor yang perlu diurus dengan baik.
\nPusaka boleh jual, mana ada Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN : larangan mengatakan pusaka tak boleh jual, dari 3-4 hari sebut pusaka tak boleh jual. Pusaka boleh jual. Pusaka boleh jual tak ada masalah.
\nBenar, tetapi perlu diganti, kalau begini...
\nSelangor. : Seolah-olah kerajaan nak tutup Yayasan
\nTak dapat nak jual saya rasa amat malang. Y.B. TUAN LAU WENG SAN : Minta penjelasan.
\nKetua Pembangkang saya nak bagi tahu kalau kita di kampung kita ada tanah pusaka satu ekar, tanah pusaka itu tak boleh mendatangkan keuntungan kepada kita. Kalau kita jual tanah pusaka itu seekar kita boleh beli 10 ekar kita nak yang mana seekar atau yang 10 ekar. Sudah tentulah 10 ekar. Ini yang jadi masalah ini pembangkang ini bila dia nak berniaga dia nak rugi, kita nak berniaga kita nak untung.
\nTenang Taman Templer.
\nmasalah Ketua Pembangkang ini. Ini fahaman Pakatan Harapan. Ini
\nPenjelasan, penjelasan..
\nPembangkang ini mari bersama-sama dengan Pakatan Harapan. Sebab itu saya nak minta Ketua
\nTaman Templer.
\nSebab kita jaga harta ini dengan baik, kita tak main tuduh sebab itu isu Tabung Haji sudah dijawab oleh abah dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga Agama.
\nTempler,Templer.
\norang bukan Islam.
\nSerah pun Tabung Haji ini kepada
\nJual 1 ekar dapat 10 ekar dekat hulu sana, jual pusaka sebab tanah keturunan masalahnya.
\nRugi pun Tabung Haji, malahan Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN : aset Tabung Haji sekarang ini bernilai hampir RM78 bilion. Ini PAS ini. PAS yang dok hari-hari sebut kata Tabung Haji nak diserahkan kepada orang bukan Islam ini yang buat fitnah ini. Perdana Menteri dah jawab, Jabatan Perdana Menteri dah jawab bukan fitnah Ya Allah. Ini yang jadi masalah PAS sekarang ini parti fitnah sekarang ini.
\nTerima kasih Yang Berhormat.
\nYang Berhormat - Yang Berhormat dah bertenang-bertenang dah sampai dah kena semua yang tak kena semua dah kena saya rasa cukuplah. Cukuplah bagi..
\nSikit lagi, sikit lagi Yang Berhormat.
\nCukuplah balik kepada..
\nSaya rasa Taman Templer malam ini dah boleh Y.B. TUAN RIZAM BIN ISMAIL : tidur. Sudah dah habis dah bercakap. Cuma tadi saya sebab katakan tadi kalau benar penjualan aset ini tetap akan dilakukan sebab itu saya katakan tadi perlu diganti kepada aset yang jauh lebih berharga untuk masa depan. Ini cadangan saya, sebab itu tuduhan Taman Templer tadi tak bertepatan.
\nBerhormat Dato\u2019 Menteri Besar. : Baik Sungai Air Tawar cukuplah ya, bagi dekat Yang Amat
\nceramah politik Taman Templer. Betullah dia boleh tidur, senyum malam ini. Silap-silap dia boleh melompat, tak melompat sana, melompat kekal bersama Pakatan Harapan.
\nLepas ini boleh beri pertimbangan.
\nmelompat-melompat ini tarik balik. Menteri Besar melompat-melompat ini jangan sebut. Tawaran sudah datang. Jeng, jeng, jeng.
\nsebelahnya. Bagi lah pertimbangan bagi dia duduk dekat
\nJangan sebut lompat, jangan-jangan
\nTaman Templer akan setia kekal dengan Y.A.B. DATO\u2019 MENTERI BESAR : Pakatan Harapan. Ahli Yang Berhormat sekalian, sebab itu saya nak terangkan ada sedikit kurang tepat cara Templer sebut tadi. Tanah pusaka jual dapat tanah 10 ekar, daripada 1 ekar jual dapat 10 ekar. Tetapi apa yang ada di depan kita tanah ada 10 ekar, jual dapat 3 unit, rumah, dah itu 3 unit tak boleh jual. Inilah masalahnya dan sebab itu 3 unit ini memang dah tak boleh jual dan terpaksa daripada kita terus menanggung kerugian dan tak disewa bertahun-tahun di Ara Damansara itu tak dapat disewa akhirnya kita ambil keputusan untuk cari lagi sampai ada beberapa syarikat Aerospace sebagai contoh memang nak sewa bangunan-bangunan itu sebagai lab sebelum ini, itu pun tak jadi sebab lokasi dan kawasan strategiknya tak tepat dan kita jual dan sementara itu saya nak sebutkan di sini jangan bimbang sebab pada ketika ini aset-aset utama Yayasan Selangor seperti bangunan Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, bangunan Yayasan Selangor, Kampung Baru, bangunan Yayasan Selangor, Bukit Bintang, bangunan kedai Dana Satu dan bangunan kedai Ampang Point akan dibaik pulih dengan dana-dana yang kita kumpulkan dan membeli aset-aset lain yang boleh menjana keuntungan kepada Yayasan Selangor yang kita boleh kembalikan kepada sektor pendidikan yang menjadi tanggungjawab penting kepada Yayasan Selangor, dalam masa yang sama kita meneliti kawasan-kawasan pembinaan hasil kerjasama dengan anak-anak syarikat ataupun dengan syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk kita bina bangunan Yayasan Selangor di Shah Alam. Shah Alam ini adalah Ibu Negeri tetapi Yayasan Selangor berpusat di Petaling Jaya, kan lebih baik ia duduk di Ibu Negeri kita di Shah Alam dan dibangunkan menjadi lambang kebanggaan kepada anak-anak dan alumni Yayasan Selangor termasuk di Klang dan juga tempat-tempat yang lain sebab bagi kita cash flow yang dikawal dengan baik, pembangunan yang teratur akan menjamin kelangsungan dan kestabilan Yayasan Selangor untuk kebaikan pendidikan yang telah dilaksanakan.
\nberikan cadangan kalau boleh Plaza Perangsang. Penjelasan Yang Amat Berhormat, saya nak
\nbanyak kali mencelah ini yang terakhir. Peluang terakhir. Sungai Air Tawar ini saya bagi yang terakhirlah ya. Dah
\nTerima kasih Yang Berhormat. Saya ingin cadangkan apa salahnya ambil Bangunan Perangsang daripada dijual, ini cadangan saya, sayang kita jual Bangunan Perangsang, ini mercu tanda, jadi daripada Yang Amat Berhormat nak buat bangunan baru baik majukanlah Bangunan Perangsang itu jadi bangunan Yayasan Selangor.
\nTerima kasih Adhif. Terima kasih Sungai Y.A.B. DATO\u2019 MENTERI BESAR : Air Tawar yang jelasnya ia bukan sengaja-sengaja kita jual. Ini jadi masalah persepsi dan pandangan yang cuba dipermainkan, sebagai kes Tabung Haji, dulu Khazanah, konon jual, jual, jual. Bila kita nampak dalam tempoh setahun kita dapat pulihkan, akhirnya mengakui pelan itu adalah pelan yang baik. Tetapi dah lompat, dah khianat, dah hancurkan kerajaan. Jadi sukar kita nak buat. Jadi Yang Berhormat sekalian, sebab itu beberapa aset-aset penting ini kita harus pertahankan dan ya kita akan naik taraf kita akan baiki, kita akan cari syarikat yang berkaitan dan kita bangunkan semula. Saya akui dalam tempoh tahun-tahun sebelum ini kita pernah cuba untuk membangunkan, tetapi banyak perancangannya adalah perancangan yang gagal ataupun perancangan kesilapan yang sekarang kita betulkan dan kenapa CEO ini kita lantik sebab dia memang ada pengalaman membetulkan pengurusan dan pentadbiran yang kelihatan tidak lagi berlari dan berjalan dengan baik kerana Yayasan Selangor mempunyai 2 fungsi yang disebut oleh Ketua Pembangkang betul, untuk pendidikan. Timbalan Pengurus Besar nya masih menjalankan dengan baik berurusan dengan sekolah-sekolah, berurusan dengan institusi-institusi pendidikan. Cuma kita tak lagi membuat asrama-asrama sebagaimana tahun 70an dulu, sebab betullah tahun 70an dulu daripada Klang mahu pergi ke Kuala Kubu mungkin ambil masa satu hari setengah atau satu hari. Satu harilah, tak sampai satu hari setengah, tetapi sekarang mungkin dalam tempoh 40 minit, 50 minit sudah sampai jadi tidak perlu asrama-asrama itu, cuma bagaimana pendekatan lebih baik, mungkin pendekatan e-learning akan kita laksanakan dan ini memang menjadi salah satu daripada hala tuju masa depan dan ia akan melibatkan kos pengurusan yang baik, tentang Perangsang ini adalah satu contoh lagi bagaimana satu-satu bangunan itu tidak lagi dapat berfungsi dengan baik kerana ditelan zaman, tidak ada lagi hotel-hotel yang boleh diuruskan pada tingkat-tingkat tertentu yang menjadi lobi dan kita terpaksa mengubah kedudukannya untuk pejabat-pejabat, namun akhirnya kalau kita nak tukar pada fully pejabat ia memerlukan parking yang bersesuaian. Malangnya bangunan itu dibuat dengan tanpa ada kecukupan parking. Kenapa kita tak buat parking? Oh tak boleh pula, kerana piling, piling apa? Cerucuk yang digunakan, cerucuk yang digunakan pada pembinaan itu tidak boleh menanggung kenderaan-kenderaan yang sangat banyak dan tidak berkemampuan untuk menanggung sebagai tempat parking kereta. So the best adalah roboh dan buat baru ataupun kita jual dan kita nak bina kerana di Seksyen 14 berhampiran kawasan baru pembangunan sekitar Azalea dan alam sekitarnya juga KDEB akan membina satu lagi bangunan yang menjadi mercu tanda kerana kita nak gantikan mercu tanda itu kepada mercu tanda yang berguna, beroperasi dan mampu Prestasi Perangsang, untuk membiayai dan menghasilkan suatu yang baik. Alhamdulillah. Perangsang merupakan antara syarikat yang paling berdaya tinggi di Negeri Selangor kita bukan sahaja menjadi syarikat untuk berkaitan dengan pengurusan air, operasi air dan sebagainya. Perangsang sebelum ini ada membeli chemical untuk pembersihan air tetapi juga memiliki saham, saham-saham syarikat-syarikat besar,
\nsyarikat pembuatan aerospace, syarikat pembuatan plastik yang besar, di China, di Jepun dan juga di Amerika Syarikat. Tilam King Koil sebagai contoh untuk dagangan di Amerika Syarikat dan dagangan tempatan. Pemegang saham terbesarnya adalah daripada Syarikat Perangsang dan kita alihkan fungsi itu mendatangkan hasil dan mampu membayar nilai hampir 200 ke 300 juta dividen kepada kerajaan negeri selepas penstrukturan penuh Perangsang pada akhir tahun ini yang tidak lagi diletakkan di bawah MBI. Plaza Perangsang memerlukan ubahsuai yang menyeluruh setelah 30 tahun. Anggaran kosnya adalah sekitar 40 hingga 50 juta. Hulu Kelang sebentar ya. Pendapatan bersih daripada kutipan sewa cuma RM2 juta, ini sekali lagi holding cost nya serta baik pulihnya besar dan akhirnya kita terpaksa dapat kutipan cuma RM2 juta, tiap- tiap tahun. Jadi bukanlah penjualan ini suatu yang total salah, tetapi bagi saya ia harus memikirkan baik buruk dan bagaimana perancangan keseluruhan terhadap Perangsang dan juga Plaza Perangsang untuk masyarakat.
\n, Terima kasih Dato\u2019 Menteri Besar, saya menyentuh semalam tentang capacity building yang telah dinyatakan di dalam ucapan Dato\u2019 Menteri Besar. Di mana saya menyentuh apa yang dikatakan oleh Nabi Yusuf (Bahasa Arab), asas kepada capacity building yang kita cadangkan adalah (Bahasa Arab), \u2018aku adalah orang yang mempunyai penguasaan ilmu dan pengetahuan yang luas\u2019. Jadi kita kena bina manusia- manusia yang begini dan di antara perkara yang dilakukan oleh Nabi Yusuf adalah plan 15 tahun (Bahasa Arab), 7 tahun yang ketat yang kamu buat seperti biasa, normal, back to normal. Normal yang mana? Original normal. Original normal yang macam mana dinasihatkan oleh Sayidina Ali. \u2018apabila kamu balik ke sesuatu tempat dan bukan niat kamu berdepan dengan 2 kelompok manusia, bila-bila kamu berada di mana-mana dunia ini, kamu berada di dalam 2 kelompok manusia. Satu manusia yang sama dengan kamu di sisi agama, yang kedua yang setara dengan kamu dari segi kemanusiaan\u2019. Apa yang berlaku hari ini, kita tidak berada dalam, kalau kita tak kembalikan konsep ini, politik Malaysia akan punah kerana hari ini yang menjadi kerajaan mereka yang nak kerajaan Melayu Islam tanpa DAP. Tanpa Cina, tanpa India. Ini betul ke tidak?. Saya menyeru dalam capacity building yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato\u2019 Menteri Besar bagi komen yang jelas tentang sikap ini. Kita mahu mendidik rakyat Malaysia agar politik berbagai kaum adalah politik kita. Kita mahu politik Malaysia ini politik yang tidak menyisihkan mana-mana bangsa dan parti-parti politik yang besar dan kita mesti bersetia kawan dengan semua pihak dan saya menyeru agar Dato\u2019 Menteri Besar merakamkan komen ini agar saya puas hatilah, maknanya saya dah nyatakan benda ini dan Dato\u2019 Menteri Besar tidak komen kena komen, komennya adalah agar saya jelas bahawa inilah konsep yang kita bawa oleh setiap hari kita hendaklah kita berjuang agar kerajaan yang tidak mendapat redho awam tak dapat konsep dan public consent ni mandat rakyat ni dikembalikan kepada kita setiap berkali kita berjuang kita mesti berjuang agar kita
\nPakatan Harapan mengambil alih semula Kerajaan Negara Malaysia ini..sekian..terima kasih..
\nSaya mengambil maklum hari tu Y.B. DATO\u2019 DR. AHAMD YUNUS BIN HAIRI : sebab itu saya belum jawab yang ini berkaitan dengan bangunan-bangunan tadi yang terpaksa Kerajaan Negeri jual pada pandangan saya ia adalah soal pengurusan dan saya tak nafikan pengurusan dari pihak Kerajaan Negeri kekhuartiran saya bila kata jual ada pihak yang mampu untuk menguruskan dengan baik dan saya melihat adakah kita sudah mendapat pandangan-pandangan mungkin di pihak memberikan pandangan pengurusan yang terbaik pada Kerajaan Negeri untuk kita uruskan ataupun adakah kita jual ni yang kita tak boleh nak buat apa lagi da dan akhirnya membebankan pulak kepada pembeli seterusnya. Jadi kalaulah memang kita dah tak mampu sangat saya ingat itu terpulangla kepada Kerajaan Negeri tetapi bagi yang berkaitan Yayasan Selangor tadi saya melihat, kalau disebutkan tadi Ketua Pembangkang untuk mencadang beli Plaza Perangsang ni tetapi saya juga mempunyai pandangan supaya teruskan usaha untuk mendidik anak- anak kita terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar ni di daerah-daerah yang masih lagi terpinggir keperluan Pendidikan khusus atas nama Yayasan Selangor dan mungkin Kerajaan Negeri juga boleh memberikan satu bentuk dalam organisasi yang boleh menjana pada Yayasan Selangor ini sendiri. Tadi disebutkan di peringkat awal tadi adalah Yayasan yang tidak didanai oleh Kerajaan Negeri. Terima kasih..
\nTerima kasih ..terima kasih ..sebelum saya jawab Hulu Kelang saya nak jelaskan memang telah bertahun-tahun sebab tu bangunan Perangsang ini bukan kita buat decision bukan baru kita buat decision sejak 2010/2011 masa tu board peransang telah buat keputusan dan bangunan hotel itu tidak lagi berdaya saing jadi kita terpaksa tukar kepada pejabat bila tukar pada pejabat kita dah panggil consultant. Consultant datang okay kena tukar kena ada parking kena ada tempat letak kereta tetapi piling nya tidak cukup..atau cerucuknya tidak cukup menampung pada ketika itu memang kita tidak boleh lagi transform dan sebagainya dan jadi pada masa yang sama KDEB dan sebagainnya ingin membina satu lagi di Seksyen 14, kenapa kita nak memelihara serta mengawal satu bangunan yang tidak dikawal dan hasilnya kos holding consortium tinggi juga yang saya sebut tadi sebahagiannya saya ada 6 tadi yang kita sebagainya tahun 99, 2002,2002,93,2004 ini semua adalah nilai-nilai projek yang salah sebab itu saya cakap tadi templer tanah pusaka jual 1 ekar dapat 10 ekar dalam konteks sini tanahnya berpuluh ekar yang dapat 4 / 8 unit yang tidak boleh dijual jadi hasilnya tak kemana adakah kita jual dengan harga yang murah? Tidak. Ia hasil berdasarkan daripada valuation dan juga penilaian jurunilai-jurunilai bebas yang kita lantik. Ada juga sebut ni tau-tahu diam-diam nak jual. Kalau macam ni diam-diam nak jual sekarang kita iklankan satu dunia tahu. Bukan saya tahu nenek saya pun tahu kita nak jual Yayasan Selangor ..eh bukan Yayasan Selangor nak jual unit-unit yang tak berapa
\nberkualiti ni dan kita gantikan tapi ada unit-unit yang berkualiti yang berdaya saing kita Pertahankan Dan Kita Jual. Ahli Yang Berhormat sekalian sebab itu saya menyambut baik apa yang telah disuarakan oleh Hulu Klang..sebab itu saya mulakan pembentangan saya dengan ayat Al-Quran\u2026( ayat Al-Quran) ini adalah satu ayat yang selalu disebutkan ketika khutbah solat jumaat tradisinya ayat ini disebutkan pada suatu ketika dahulu ia menjadi satu masa untuk mencerca satu khabilah ketika pentadbiran Umairah muauwiyah dan sebagainya keturunan itu adalah masa untuk mencerca keluarga Saidina Ali tetapi khalifah islam yang sangat terkenal di zaman Muaiwiyah ataupun Bani Umaiyah aitu umar abdul aziz telah mengantikan dengan ayat ini \u201c berlaku adil dan ehsn kepada ahli keluarga dan kaum kerabat dan juga mengelakkan perbuatan keji dan perbuatan mungkat jadi istilah asas inilah menjadi asas pembentangan pakej rangsangan kerana kita ingin mengembalikan maruah bukan mereka yang boleh menggandaikan diri nya dan maruahnya untuk kepentingan peribadi bukan untuk menggandaikan kehidupannya untuk kepentingan diri sendiri dan kita tidak mahu berlaku kes yang lebih besar kita lihat krisis ekonomi di Venezuela anak-anak kita menjaja badan ditepi jalan terpaksa menjual maruahnya dan sebab itu kita initiatifkan perkara-perkara yang mereka boleh menjaga maruah mereka dengan bekerja masuk ke arah digitalisasi dan mampu untuk memulihkan ekonomi dalam masa yang sama mempertahankan maruah dan jati diri mereka sebagaimana yang saya sebut dalam ucapan pada awal kepada pembentangan belanjawan ataupun pembentangan pakej rangsangan yang nak masuk macam perbahasan belanjawan yang makmur hari ini. Apapun saya ucapkan terima kasih diatas teguran-teguran yang telah disampaikan khususnya daripada rakan-rakan pembangkang dan juga daripada pihak kerajaan dan tidak ketinggalan kepada semua yang telah menyumbang saran, kita akan melakukan yang terbaik ini adalah masa untuk kita berdiri sama inilah masa pentingnya untuk kita meletakkan symbiosis professional diantara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan sebab itu saya sebutkan berulangkali dalam bab pertemuan-pertemuan kita mahukan hubungan yang professional sebab tak mungkin kita boleh berdiri sendiri kalau tanpa sokongan kerajaan persekutuan dan tak mungkin kerajaan persekutuan akan pulih dengan segera kalau tidak melihat Selangor rupakan penyumbang KDNK yang terbesar. Sebab itu saya datang dijemput oleh Menteri kanan MITI ketika jemput untuk Majlis Tindakan Ekonomi Negeri saya datang walaupun berbeza parti walaupun dalam pada masa yang sama Muafakat Nasional nampak kurang senang saya dijemput saya tak tau sebab sana Muafakat Nasional ke Perikatan Nasional ketika marah jadi Muafakat Nasional ketika nak minta peruntukan jadi Perikatan Nasional. Kahwin dua tak bagitahu jadi masalah jadi ahli yang berhormat sekalian kita dapat maju kedepan usik-usik politik ini biasa tapi pentingnya kestabilan, kemakmuran, serta kemajuan Selangor dapat kita pertahankan dan pakej ini adalah rangkuman pemikiran kita untuk kita pulihkan negeri kita. Kita bantu Malaysia untuk kembali pulih dan kita mampu menjadi negeri yang gemilang dan mempercepatkan proses kita sebagai smart state\u2026 terima kasih\u2026.saya mohon untuk menggulung.
\nTerima kasih Y.A.B. Dato Menteri besar memberi penggulungan dan barisan kepimpinan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang memberi penggulungan yang panjang lebar dan saya telah memberi ruang dan peluang yang terbuka sebebasnya dan juga pihak pembangkang untuk memberi pencerahan dan sebagainya inilah ruangan demokrasi di Dewan Negeri Selangor ini. Jadi saya mengucapkan terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah dihadapan dewan ini ialah suatu Usul yang berbunyi bahawa dewan yang mulia ini bersetuju dan menyokong pakej rangsangan Selangor prihatin dan pelan pemulihan ekonomi Negeri Selangor demi menghadapi cabaran ekonomi fasa COVID 19 Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju kata ya\u2026
\nYa\u2026
\nini dipersetujui. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju kata tidak..usul
\nUsul seterusnya.. Usul no.9 Tahun 2020. Usul penggantian ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JP- PBT).
\nBismillaah hirrahman nirrahim.. Tuan Speaker dan Ahli Berhormat sekalian, bahawasanya menurut 68(2) dan 68(2) peraturan-peraturan tetap Dewan Negeri Selangor, dewan yang mulia ini membuat ketetapan bahawa Yang Berhormat Tuan Azmizam Bin Zaman Huri Ahli Dewan Negeri kawasan Pelabuhan Klang dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa menggantikan yang Berhormat Puan Daroyah Binti Alwi Ahli Dewan Negeri kawasan Sementa. Dan yang kedua, Yang Berhormat Puan Daroyah Binti Alwi Ahli Dewan Negeri Kawasan Sementa dilantik menjadi ahli jawatankuasa menggantikan Yang Berhormat Tuan Azmizam Bin Zaman Huri Ahli Dewan Negeri kawasan Pelabuhan Klang didalam Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan.
\nTuan Speaker saya menyokong
\ntelahpun disokong saya buku usul ini untuk dibahaskan\u2026Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah dihadapan dewan ini ialah suatu Usul yang berbunyi bahawasanya menurut peraturan 68b(2) dan 68(2) peraturan-peraturan tetap Dewan Negeri Selangor membuat ketetapan bahawa Yang Berhormat Tuan Azmizam Bin Zaman Huri Ahli Dewan Negeri kawasan Pelabuhan Klang dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa
\nmenggantikan Yang Berhormat Puan Daroyah Binti Alwi Ahli Dewan Negeri Kawasan Sementa dan dua Yang Berhormat Puan Daroyah Binti Alwi Ahli Dewan Negeri Kawasan Sementa dilantik menjadi ahli jawatankuasa menggantikan Yang Berhormat Tuan Azmizam Bin Zaman Huri Ahli Dewan Negeri kawasan Pelabuhan Klang didalam Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JPBT).
\nAhli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju kata ya\u2026
\nYa\u2026
\ntidak\u2026.usul ini dipersetujui. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju kata
\npindaan Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Usul seterusnya.. Usul no.10 Tahun 2020. Usul cadangan
\n, Tuan Speaker dan Ahli Yang Y.B. DATO\u2019 TENG CHANG KHIM : Berhormat sekalian, saya mohon untuk bawa satu Usul seperti berikut. Bahawasanya menurut perenggan 4 Peraturan Tetap 69 bagi Dewan Negeri Selangor membuat ketetapan meminda Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor seperti draf cadangan di kertas mesyuarat Bil. 15 Tahun 2020.
\nTuan Speaker, saya menyokong.
\nAhli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telahpun disokong menurut (4) Peraturan-Peraturan Tetap 69 usul ini tidak perlu dibahaskan lagi dan dikemukakan masalah ini kepada mesyuarat untuk keputusan sehingga Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap menyediakann penyata berhubung cadangan pindaan tersebut kepada dewan oleh itu, usul ini Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap Dewan untuk dikaji dan dibincangkan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah dihadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi bahawasanya menurut perenggan 4 Peraturan Tetap 69 baig Dewan Negeri Selagnor membuat ketetapan meminda Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor seperti draft cadangan di kertas mesyuarat bilangan 15 Tahun 2020. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya.
\nYa..
\nini dipersetujui. Ahli-Ahli Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak\u2026Usul
\ndibawah peraturan 76 (5) olleh Yang Berhormat Dusun Tua. Usul seterusnya.. usul No.11 Tahun 2020. Usul
\nTuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya menurut peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Dewan yang mulia ini menerima penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan bagi Dewan Negeri Selangor berhubung pembangunan perniagaan atas talian e-dagang untuk peniaga kecil di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai kertas Bil. 12 Tahun 2020. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ini telah pun meluluskan Usul kerajaan pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin fasa ke-3 dalam usaha manangani COVID- 19. Suka saya memtik pakej rangsangan berkenaan yang menekankan kepada pembangunan keupayaan sebanyak RM58 Juta diperuntukkan untuk Selangor Kerjaya bagi mengatasi masalah pengangguran yang meningkat pasca perebakan COVID-19 melalui kaedah mempertingkatkan kemahiran dan seterusnya membantu memadankan permintaan Ini usaha baik namun permasalahan pasca COVID-19 ini bukan sahaja melibatkan pengangguran tetapi juga ketiadaan pekerjaan apabila banyak perniagaan yang terjejas akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP. Kita khuatir suatu hari nanti kita mampu untuk membangunkan modal insan untuk dipersiapkan bagi mengisi pekerjaan, tetapi untuk pekerjaan itu sendiri tidak mencukupi. Oleh itu, Kerajaan juga perlu mempersiapkan warga Selangor untuk menjadi usahawan dengan ilmu dan kemahiran yang betul. Latih warga Selangor untuk jadi usahawan, latih usahawan untuk lebih cekap berniaga sesuai dengan industri 4.0. dengan itu, bukan sahaja kita dapat membina kapasiti tenaga kerja, namun boleh membina usahawan yang satu hari nanti mampu memberi peluang pekerjaan kepada ramai warga Selangor. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat, revolusi industri ketiga ditandai dengan kewujudan zaman digital teknologi maklumat dan internet. Kini kita hidup dalam era revolusi industri 4.0, yang mana peralatan dan mesin bukan alat untuk melakukan satu-satu tugasan tertentu sahaja, sebaliknya teknologi kini berkomunikasi dengan kita. Mesin dan peralatan juga kini berinteraksi antara satu sama lain. Sehingga menjadikan integrasi dunia digital dan fizikal begitu licin dan lancer. Dengan peralatan digital mewujudkan jaringan antara dunia digital dan fizikal, sudah tentu perniagaan juga diharapkan turut mampu melakukan perlbagai perkara dan bukannya hanya tertumpu untuk satu perkhidmatan tertentu, sperti mesin-mesin di zaman lampau. Perniagaan kini diharapak mampu membina jaringan di dalam talian, membuat penghantaran produk, dan juga pada yang sama menjaga kedai-kedai fizikal mereka, saya cuba menjangkau industri yang serupa, supaya dapat mendakap lebih menyeluruh
\nkeperluan pengguna. Tinjauan Global Web Index mendapati untuk suku kedua dan ketiga 2018, bagi pengguna internet yang melaporkan setiap aktiviti bulanan mereka, 88% mencari perkhidmatan dan produk secara dalam talian dan 75% membuat pembelian suatu produk atau perkhidmatan secara dalam talian. Melalui data statistik Digital Market Outlook bagi industi e-dagang, berdasarkan anggaran perbelanjaan keseluruhan tahun pengguna pada 2018, menunjukkan 19.8 juta rakyat Malaysia membeli barangan pengguna melalui e-dagang. Apabila dunia dilanda COVID-19, kita berdepan dengan satu cabaran ekonomi baharu. Jika cabaran-cabaran lalu sering di atasi melalui pakej-pakej rangsangan yang bertujuan meningkatkan kuasa beli pengguna agar permintaan barang dan perkhidmatan meningkat berterusan.
\nCabaran kali ini cetus oleh pandemik yang menyekat pergerakkan manusia dan pergerakkan ekonomi. Sehingga seolah satu paradoc, apabila setiap Kerajaan di dunia mahu rakyat nya berbelanja, pada masa yang sama tidak boleh membenarkan rakyatnya keluarkan menjalan aktiviti ekonomi seperti biasa. Tetapi di saat pergerakkan fizikal di sekat, penguna mula menumpukan aktiviti berbelanja mereka di dalam talian. Melalui satu tinjauan oleh Machixian company pada April 2020, mendapati 58% daripada pembeli belah Malaysia, melakukan pembelian barang runcit mereka di dalam talian. Kita juga mendapat gambaran peningkatan beli-belah dalam talian, apabila Pos Malaysia sendiri mengumumkan terdapat peningkatan jumlah pembukusan ketika Perintah Kawalan Pergerakan. Kesan daripada aktiviti beli-belah dalam talian.
\nPada ketika itu, seolah-olah kelangsungan hayat perniagaan itu, secara mendadak bergantung kepada sejauh mana perniagaan itu telah dipersiapkan untuk dunia dalam talian. Tidak pernah kita menjangkakan akan wujud satu keadaan yang bakal memaksa kita untuk memberi perhatian serius terhadap usaha digitalisasi ekonomi dan e-dagang. Laporan ekonomi SCA 2019 menyebut, transaksi e-dagang Malaysia meningkat tiga kali ganda sejak 2015 dan melangkaui tiga billion dolar pada 2019. Bagaimanapun, perniagaan runcit dalam talian hanya merangkumi sekitar 2-3% sahaja daripada jumlah penjualan runcit. Dalam konteks membantu rakyat menambah pendapatan dan mengurangkan kadar kemiskinan melalui keusahawanan, adakah Kerajaan Negeri telah berusaha untuk membantu mempersiapkan para usahawan atau perniaga mikro Negeri Selangor untuk digitalisasi, lebih-lebih lagi selepas kita dilanda pandemik COVID-19.
\nIni kerana melalui soal jawab dengan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Jawatankuasa telah dimaklumkan bahawa tiada statistic terperinci, namu UPEN bersetuju dengan anggaran terdapat lebih daripada 100 ribu usahawan dan perniaga kecil yang masih memerlukan bantuan untuk menjalankan perniagaan di dalam talian. Jawatankuasa juga maklum, dengan usaha pembangunan digital yang telah dimulakan oleh Selangor Information Technology and E-Commerce Council (SITEC), untuk
\nmembantu golongan usahawan ataupun perniaga mikro. Di maklumkan bahawa seramai 3542 usahawan atau perniaga mikro, telah berjaya dimasukkan ke dalam plantar Shopee. Serta melibatkan juala sebanyak RM1.8 juta dalam masa dua minggu. Oleh itu Tuan Speaker, Jawatankuasa ingin memberikan dua saranan kepada Kerajaan.
\nYang pertama, Jawatankuasa mencadangkan supaya SITEC mensasarkan untuk menambah bilangan penerima manfaat program SITEC sehingga mencapai bilangan 100 ribu perniaga kecil atau usahawan yang menyertai perniagaan di atas talian atau syarikat e-dagang. Dan meminta supaya Kerajaan menambah peruntukan untuk SITEC, supaya dapat membantu perniaga-perniaga kecil dan perniaga-perniaga mikro, untuk kita digitalisasikan.
\nYang kedua, Jawatankuasa juga mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat membantu para petani di Negeri Selangor dalam mensasar, dalam memasarkan menjual hasil pertanian mereka melalui syarikat e-dagang. Sudah tentu kita maklum dan menyambut baik, usaha Kerajaan dengan tertubihnya SELDEC. Namun pada masa kita berharap Kerajaan juga boleh berkerja sama dengan syarikat-syarikat e-dagang yang telah pun sebahagiannya membenarkan penjualan hasil-hasil pertanian. Jadi mungkin dengan kerja sama ini, bukan untuk persaingan SELDEC dan sebagainya, tapi meluaskan lagi peluang dan pasaran bagi petani-petani. Saranan-saranan ini bukan lah terhad untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi ketika COVID-19 sahaja, sebaliknya untuk memastikan Selangor terus menjadi peneraju industri dan teknologi. Dengan izin Allah, mungkin kita bakal lihat unikon pertama Malaysia lahir di negeri yang kita cintai ini. Dengan itu saya mohon mencadang.
\nTuan Speaker, saya menyokong.
\nsokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan sekiranya ada. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun di
\nKampung Tunku.
\nTerima kasih Tuan Speaker. Pertama sekali saya mengucapkan tahnia kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Pembasmian Kemiskinan atas kertas yang cukup menyeluruh ini. Hanya ada dua point di mana saya ingin bertanya, mengenai Program Zero to Hero, di mana taklimat oleh HIJRAH Selangor mengatakan bahawa mereka akan mewujudkan sistem mentor dan menti. Saya ingin bertanya, apakah sasaran bilangan pasangan mentor dan menti untuk Program Zero to Hero ini. Itu yang pertama, dan keduanya mengenai SITEC. Saya Nampak semasa Perintah Kawalan Pergerakan pertamanya pada peringkat yang fasa yang lebih ketat, SITEC tidak
\nberhenti kerja nya dan saya ingin mengucapkan tahniah, saya terima email tentang kelas- kelas dalam talian oleh SITEC. Namun kita sedar bahawa rangkaian internet di Negeri Selangor, ada yang sangat laju dan ada yang tak berapa laju. Jadi bagi golongan contohnya petani yang berada diluar bandar, yang ingin menceburi e-dagang ini, adakah Kerajaan Negeri mungkin mempertimbangkan subsidi data kepada golongan tersebut. Saya juga faham bahawa Wifi Smart Selangor dalam proses penstrukturan semula. Jadi saya harap ini juga dapat dipertimbangkan supaya kita menyediakan infrasturuktur yang mencukupi untuk e-dagang. Satu lagi cadangan mungkin kita boleh sediakan, macam pusat internet ataupun co-working space, bagi golongan petani untuk akses kepada internet dari masa ke semasa dan akhir sekali Kampung Tunku amat mengalu-alukan SITEC untuk datang membuat proses usahawan e-dagang di kawasan saya. Sekian, terima kasih.
\nTiada. Baik, ada respon daripada piahak Kerajaan.
\nTerima kasih. Sebenarnya saya pada asalnya nak ambil maklum sahaja apa yang diutarakan, tetapi izinkan saya sikit memberikan satu maklum balas tambahan. Sebenarnya memang perkara yang dibangkit kan kita ambil maklum. Satu lagi isu pembangunan usahawan ini melibatkan banyak standco. Sebab itu Kearaajn Selangor telah pun meluluskan, mewujudkan satu Majlis Pembagunan Ushawan yang melibatkan banyak pelbagai standco yang akan diletak. Kerana kita lihat perkara yang penting di dalam perkara ini adalah keselarasan dan eko sistem yang perlu kita buat. Tak kira lah daripada mana, portfolio siapa yang mengendalikannya, eko sistem itu mestilah menjurus kepada akhirnya rakyat Selangor boleh berpendapatan dengan baik dan Insyaallah boleh ditingkat dari semasa, daripada satu tier kepada satu tier dan akhirnya mereka boleh mengeksport barangan. Mindset itu perlu dibetulkan terlebih dahulu, kerana kita mahu rakyat Selangor mempunyai keusahawanan, bukan mindset sekadar berniaga kecil-kecil ataupun makan gaji. Kalau boleh mindset itu mereka menjana pendapatan. Itu yang pertama.
\nYang keduanya, kita boleh melihat database juga, memang ada kekurangan. Makna database ini agak berterabut, disitu kita susah sikit untuk mengukur, sebenarnya bagaimanakah potensi, siapa yang potensi, bagaimana potensi dan sebagainya untuk kita buat pembangunan ini. Yang ketiganya fokus juga, kita akan beri. Eko system yang saya sebut tadi termasuklah eko sistem e-dagang, eko sistem infrastructure yang sebagaimana Yang Berhormat nyatakan iaitu Wifi dan akses internet nya juga perlu dipertimbangkan. Dan akhirnya tentang sasaran Zero to Hero, mentor menti ini memang juga diguna pakai kebanyakan program-program terkini yang bawah keusahawanan. Kerana kita tahu diantara success ataupun kejayaan terbesar adalah bila mana bimbingan berterusan dilaksanakan. Dan kita tengok dalam musim PKP pun, kita telah
\nmemilih 1,000 peserta yang kita didik melalui talian. Makcik-makcik yang dulu jual tepi jalan pun, dan sekarang ini dah mula bertanya ataupun ingin nak mengetahui, bukan cik kiah lah. Ingin mengetahu macam mana nak masuk, apa itu e-wallet, bagaimana dia nak link dengan dia punya aplikasi-aplikasi atas talian yang sedia ada. Jadi itu respon saya Yang Berhormat Speaker.
\nIya, Bandar Baru Klang.
\nYang Berhormat Speaker, saya ucapakan terima kasih kepada Jawatankuasa Khas Pembasmian Kemiskinan yang menyentuh bidang e-commers, e-dagang, di bawah jagaan saya. Saya ucapkan terima kasih ekapda usaha yang dijalankan oleh pihak Jawatankuasa untuk melihat bagaimana dapat kita melatih usahawan untuk, supaya mereka dapat juga membuat perniagaan atas talian. Cuma satu pemerhatian daripada saya, pertamanya sebenarnya mereka yang berminat berniaga di atas talian dalam keadaan kalau ikut piawaian Negeri Selangor, dia bukan golongan yang miskin. Sebab dia perlukan pengetahuan mencukupi dan juga ada pengetahuan yanga asas. Jadi itu memerlukan modal sebenarnya. Jadi ini sebenarnya tidak begitu sesuai, jika kita menggunakan ini, cara menggalakkan mereka berniaga atas talian dengan alasan hendak membasmi kemiskinan. Saya kira tajuk dah hilang fokus.
\nSaya kira Jawatankuasa harus melihat fokus pada pembasmian kemiskinan. Bila kita kuat mengatakan membasmi sudah tentu wujud, kita basmi wujud, apakah masalah sekarang. Jadi dan saya lihat sebab, saya lihat laporan ini menyatakan tajuk utamanya adalah perniagaan pembangunan perniagaan atas talian untuk peniaga kecil, tapi saya apabila saya menerima surat jemputan dariapa Jawatankuasa untuk hadir, tajuk yang diberikan kepada saya adalah idea baru bagi menjana pendapatan dan menguruskan hutang Negeri Selangor semasa dan selepas penularan wabak COCID-19. Jadi saya tak tahu, dimanakah hala tuju Jawatankuasa, saya dijemput memberikan idea baru menjana pendapat dan perlu mengurus hutang Negeri Selangor. Jadi ini tidak berkaitan Jawatankuasa, bidang kuasa, Jawatankuasa Pilihan Khas Pembasmian Kemiskinan ini. Jadi, dan ini lebih merupakan.
\nPendek sahaja, sebab masa dah hampir nak tamat. Cuma, sebagai pembasmi kemiskinan, kemiskinan ini jangan anggap mereka tak boleh maju dari segi teknologi. Kita jangan anggap orang yang miskin, tiada keupayaan untuk belajar dan bangun. I think, kita selalu kena explore idea, kita jemput sebab kita nak tengok apa jabatan-jabatan dan standco-standco sedang menilai dan kita memberi cadangan dan idea selepas kita mendengar pandangan daripada semua pihak. But there are also many people yang hilang pekerjaan yang hilang business dia zaman COVID, kalau mereka tidak mendapat pengajaran baru untuk start a new business, to
\nstart a new, mereka mungkin masuk ke adalam kategori miskin dalam beberapa bulan yang akan dating. So take it with open heart. We are suggesting all this for the better man of the businesses in Selangor.
\nIya, kita tak boleh menjangka kemiskinan, kita basmi yang ada, yang belum ada kita mencegah bukan pembasmian. Jadi kena bezakan, bukan saya nak menghalang, saya ucap terima kasih atas usaha ini. Sebab kita kena lihat bidang kuasa ini. Saya tahu semua ADUN prihatin terhadap kemiskinan dan sebagainya. Kita menjalankan tugas, kita kena ada mengikut garis panduan. Dan\u2026
\nYang Berhormat Bandar Baru Klang, sila duduk. Sambung ya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 4:30 petang. Dengan ini saya menangguhkan dewan sehingga hari esok, 16hb 7 2020, hari Khamis jam 10:00 pagi. Dewan ditangguhkan.
\nDoa.

\n